27-ABANG

1.4K 45 21
                                        

MATURED

“AIKHA,”

Zulaikha yang sedang menangis itu mengangkat wajahnya memandang Naz di muka pintu. Dia bangun dan badan lelaki itu didakap erat.

“Naz..” panggil Zulaikha.

“Y-yusuf.. dia marah Aikha..” Zulaikha mengadu perlahan.

Naz senyum.

“Aikha mengandung?” Zulaikha mendongakkan kepalanya. Senyuman manis mekar di bibirnya. Leher Naz dirangkul erat sebelum dia mengangguk laju.

“Naz suka?” tanya Zulaikha semula, mahu melihat reaksi Naz.

“Suka, suka sangat.”

Rambut Zulaikha diusap lembut.

“Terima kasih, Aikha.” Dahi Zulaikha dikucup penuh kasih. Wajahnya ditundukkan dan mengucup lembut leher Zulaikha.

“Aikha mesti penat. Jom, Naz teman Aikha rehat. Naz rindu Aikha,”

Pipi Zulaikha dikucup sebelum dia mencempung tubuh isterinya. Badan Zulaikha diletakkan di atas katil dan dia naik berbaring di sebelah. Bahu Zulaikha ditarik merapat. Sebelah tangan naik menongkat kepala.

“Dah, jangan sedih sedih. Yusuf tu memang tak guna,” kutuk Naz.

Mendengar nama Yusuf disebut, mata Zulaikha kembali bergenang. Bibirnya diketap menahan tangisan.

“D-dia tak nak baby ni..”

Naz tersengih.

“Kenapa cakap macam tu?” Rambut Zulaikha dimain dengan jari.

“Dia marah,” adu Zulaikha. Kali ini Naz ketawa perlahan.

“Kenapa gelak?” Zulaikha bertanya dengan wajah serius. Sampai berkerut dahi. Pipi merah Zulaikha ditekup lembut.

“Aikha, listen here. We're still the same person walaupun secara personaliti memang jauh berbeza. Apa yang kami nak kami akan dapatkan, cuma caranya mungkin lain. Yusuf nak Aikha, so Naz pun akan nak yang sama, Aikha. Dia cuma takut, dia tak marah pun.”

Makin berkerut dahinya.

“Kenapa nak takut? Aikha yang sakit nak bersalin nanti..”

Naz cium dahi Zulaikha lama.

“Dia ada sebab sendiri. Naz pun ada sebab sendiri nak Aikha mengandung sekarang.”

“Awak suka sangat berahsia. Saya ni isteri-”

Bibir Zulaikha dikucup lembut. Kepala Zulaikha ditarik merapat, mendalamkan ciuman mereka. Zulaikha mula meronta. Naz naik menindih tubuh Zulaikha. Bila Zulaikha sudah sedikit tenang, wajahnya dijauhkan.

Pipi merah Zulaikha diciumnya lagi.

“Naz pernah cakap jangan guna saya-awak tu. Naz tak suka. Naz minta maaf, kalau Aikha nak tahu Aikha kena tanya Yusuf sendiri. Dia ada jawapan,” anak rambut Zulaikha diselitkan ke belakang telinga.

Okay?” Wajah Zulaikha diusap. Zulaikha hela nafas melihat Naz yang seperti mengharap itu.

Okay,”

Good girl,” puji Naz. Zulaikha senyum palsu.

Memang taklah dia nak tanya Yusuf. Seram tahu tak?

“Yusuf tu bodoh sangatlah. Tak nak Aikha mengandung, tapi sentuh juga. Lepastu sesuka hati je suruh Aikha telan benda pelik-pelik. Huh, geram!” bebel Naz.

BIDADARI ; YUSUF'S Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang