38-HADIAH TERINDAH

352 21 17
                                    

SHAFIE memandang Zulaikha penuh simpati. Dia baru sahaja tahu tentang hal ini sementelah dua hari yang lepas dia ada datang ke rumah Yusuf tapi tiada sesiapa di sana.

Itupun, Luke yang memberitahu kepadanya. Jelas di matanya yang Luke sendiri geram dengan perangai Yusuf. Apatahlagi, sekarang Yuta yang mengawal tubuhnya.

Dia kenal sangat dengan Yuta. Lelaki itu sangat menakutkan baginya. Yuta selalu.. urgh, tak mampu dia mahu mengingat.

"Afie pun tak tahulah dia ke mana, akak. Abang tak bagitahu apa-apa pun pada Afie. Tapi akak jangan risau, abang mesti akan balik juga nanti." Shafie berkata lembut. Tak mahu Zulaikha berfikir terlalu jauh.

Tak baik untuk kandungannya.

Zulaikha hanya tayangkan senyuman lembut.

"Tak apa, Afie. Sekarang ni, Afie fokus pada perkahwinan Afie. Next week, kan?" Zulaikha bertanya. Tahulah dia itu tujuan Shafie bertemu dia hari ini.

Zulaikha kerutkan dahi memandang wajah Shafie yang kelihatan sugul itu. Bila ditanya, kepalanya hanya mengangguk lambat.

"Kenapa ni, Afie? Nampak sedih je, Ainam ada kata yang buruk pada Afie ke?" tegur Zulaikha. Bukannya dia tak tahu, mulut Ainam itu boleh tahan pedasnya. Ada saja yang nak dijawab dan dibalasnya. Lelaki berhati lembut seperti Shafie ini mesti mudah terasa.

"Eh, tak adalah akak. Ainam okay, dia tak melawan sangat. Cuma.. Afie sedih yang abang takkan ada waktu majlis tu nanti," jujur Shafie. Yusuf satu-satunya keluarga yang dia ada dan pasti lelaki itu takkan hadir nanti.

Kasyaf pun ada pesan supaya jangan buka cerita pasal Zulaikha di hadapan Yuta. Jadi, dia akur saja. Tahu yang abangnya yang seorang itu tidak sukakan perempuan.

"Tak apa, Afie. Kalau Afie perlukan tempat untuk bercerita, akak ada. Jangan pendam sendiri, tak elok. Kalau Ainam ada buat sesuatu yang tak menyenangkan, bagitahu akak juga. Nanti akak cuba bercakap dengan dia," kata Zulaikha lembut.

Shafie pun memang sudah dianggap seperti adik sendiri.

"Hmm.. pasal Ainam tu akak. Macam mana nak pikat dan ambil hati perempuan? Dia.. dia memang jelas-jelas tak sukakan Afie,"

Zulaikha diam berfikir seketika.

"Cuba berlembut selagi boleh. Selalunya, perempuan ni kalau lelaki tu berlembut dia sendiri tak berani nak berkasar sebab sifat semulajadi lelaki ni memang kasar kan? Perempuan suka lelaki yang ambil berat dan peka dengan perkara-perkara kecil. Afie kena selalu ingat segala detail tentang dia. Mungkin, dia perlukan seseorang untuk hargai dan sayangi dia."

"Kita tak tahu apa yang dia alami, tapi sebaik mungkin cuba untuk faham situasi dan keadaan dia. Dari terharu, dia akan perlahan-lahan cuba buka hati. Akak tahu, Afie pun tak ada perasaan pada dia juga tapi, kita sebagai manusia ni kena mencuba. It's now or never. Akak sentiasa doakan yang terbaik untuk Afie, InshaAllah," pesan Zulaikha panjang.

"Bagi diri sendiri ruang dan masa, InshaAllah semuanya akan baik-baik saja."

Shafie senyum. Bagaimana orang lain letak harapan padanya, dia juga akan letak harapan yang sama pada diri sendiri. Dia sudah berazam mahu memimpin Ainam bersama. Sejak malam itu, malam di mana Allah mengatakan, Ainam lah jawapan di setiap doanya.

"Terima kasih, a-"

"Shafie!" kedengaran suara Ainam menjerit memanggil Shafie. Tak sempat nak berterima kasih, kalut Shafie berlari ke arah kereta. Sempat dilambaikan tangan kepada Zulaikha sebelum dia hilang di sebalik pintu kereta.

Zulaikha senyum saja.

Yusuf pernah berkata, mulut bising seperti Ainam itu pasti kalis dengan kata-kata Maryam. Jadi, gadis itu masih boleh 'survive'.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now