"FATIHA Zulaikha.."
Gadis cantik yang kelihatan comot itu mengangkat wajahnya, bersandar lemah pada dinding. Dengan tudung yang sudah tidak kemas dan dicemari tompokan yang sudah berubah coklat warnanya, muka juga penuh dengan lebam dan abaya yang koyak mendedahkan bahunya.
Sangat messy.
Apabila pandangannya bertemu dengan milik Yusuf, gadis itu menunjukkan riak terkejut.
Sangat terkejut.
Terus kesan koyakan tadi ditutup dengan tangan. Menghalang Yusuf dari terus memandang ke situ.
"Y-yusuf?"
Bergetar bibirnya mengungkap nama itu. Yusuf mendekatinya dengan senyuman sinis, dia bercangkung di hadapan Zulaikha.
Lihatlah, wajah itu masih kelihatan cantik.
"Yu-yusuf, kau kena t-tolong aku. A-aku tak nak du-duduk di sini.."
Air mata sekali lagi mengalir di pipi mulusnya.
Tanpa kata, Yusuf merapatkan jarak mereka, pipi Zulaikha diusapnya lembut.
Gadis itu masih kelihatan cantik walaupun mukanya dipenuhi lebam. Zulaikha bagai direnjat elektrik dengan tindakan Yusuf, tangan itu ditepis perlahan.
"Teruk juga dia orang pukul kau."
Berkerut kening cantik Zulaikha.
Apa maksud Yusuf?
"Apa m-maksud kau 'dia orang'?" tanya Zulaikha takut-takut.
Sudah dia kata lelaki ini menakutkan.
Sekali lagi Yusuf tersenyum.
Sungguh sinis.
"Kau buat apa sampai dia orang pukul kau macam ni, hm? Tell me, what happened?" tanya Yusuf prihatin. Mata Zulaikha kembali berkaca mengingatkan peristiwa tadi.
Abah..
"A-abah aku, dia orang bu-bunuh ab-abah aku. A-aku nak lari, tapi terus kena pukul. Sedar saja, aku dah di sini." Adu Zulaikha seperti anak kecil. Mata Yusuf tidak lepas memandang bibir merah yang bergetar itu, sungguh mengganggu ketenteramannya sekarang.
Dan perasaan itu sering dirasai apabila bersama Zulaikha.
"Boleh kau bukakan ikatan ni?" tanya Zulaikha.
Pertanyaan itu menyentak imaginasi Yusuf. Mata terus beralih kepada tangan Zulaikha yang masih terikat itu.
Lantas, ikatan itu dibuka tanpa bicara. Pantas gadis itu bangun walaupun sengal di badannya masih terasa, sungguh dia tak mahu berlama-lama di situ.
"T-terima kasih. Jom, kita keluar dari sini cepat!" ucap Zulaikha kalut.
Tanpa menunggu Yusuf, Zulaikha jalan di hadapan.
Tiada apa yang difikirkannya kini selain keluar dari gudang besar itu.
Dia mahu cari Naz.
Dia perlukan penjelasan.
"Kau tak tertanya macam mana aku boleh ada di sini?" tanya Yusuf mendatar. Tidak bernada.
Langkah Zulaikha langsung mati.
Jantungnya tiba-tiba saja berdetak laju.
Suasana bilik yang hening itu berjaya menambahkan lagi rasa gerun. Dapat dia dengar derapan tapak kaki yang menghampirinya, rapat sehingga dapat Zulaikha rasa ada nafas hangat di tepi kepalanya.
Yusuf tersengih. Setiap kali Zulaikha takut, gadis itu pasti akan kelihatan sangat comel.
Menggemaskan sungguh!
YOU ARE READING
BIDADARI ; YUSUF'S
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...