40-AMANAH

286 16 10
                                    

"TOLONGLAH Zulaikha, aku datang sini. Aku pecah amanah sebab aku nak selamatkan kau. Kau tak kesian dekat anak-anak kau? Sampai bila nak biar Yusuf junjung ego dia tu? Zulaikha tolong, kalau kau masih sayangkan hubungan kau orang ni, tolonglah ikut aku."

Permintaan Luke semalam masih terngiang-ngiang lagi. Tak sangka setelah dua tahun ini, dia masih boleh bertemu Luke. Bak kata lelaki itu, dia telah pecah amanah.

Tak tahulah apa yang jadi sampai Luke sanggup bertindak begitu. Tapi, dia tahu Luke, Kasyaf dan Damian susah untuk mengingkari arahan Yusuf. Kalau iya pun semuanya kerana kebaikan.

Macam sekarang. Tapi dia masih ragu-ragu. Takkanlah nak tinggalkan anak kembarnya bersama Atiqah pula? Tak sampai hati pula dia, sudahlah anak-anak sahabatnya itu juga masih kecil.

"Bubu!" Fathi datang mendekat kepadanya dengan sekeping kertas di tangan.

"Kenapa happy sangat ni? Dah habis dah buka hadiah?" tanya Zulaikha. Rambut anak sulungnya disikat dengan jari.

Fathi sengih.

"Babah!" teruja Fathi berkata. Kertas di tangannya diangkat tinggi ke hadapan muka Zulaikha. Ini bukan kertas, ini gambar Yusuf. Gambar sewaktu zaman sekolah mungkin.

"Ady agi.." beritahu Fathi tanpa sempat Zulaikha bertanya. Zulaikha tersenyum lagi. Tiba-tiba dia rasa serba salah, dia tak mampu buat lebih melainkan bercerita tentang Yusuf pada Fathi dan Fattah.

"Fattah mana, sayang?" tanya Zulaikha penuh lembut.

"Ada dengan aku," kata satu suara. Bila Zulaikha toleh, matanya terus membulat besar.

"Kasy," panggil Zulaikha terkejut. Kasyaf lepaskan Fattah dari dukungannya dan laju saja si kecil itu berlari ke arah Zulaikha.

"Kalau kau tak percaya si Luke tu, kau boleh percayakan aku. Cukuplah dua tahun, tak perlu lagi lama-lama nak berjauhan macam ni. Kau kekuatan dia, Ika. Kalau kekuatan dia tak ada macam mana dia nak bertahan? Aku tahu kau tunggu dia, tapi tak salah kau memaksa dia kalau itu je jalan yang ada," terang Kasyaf.

"Aku bukan apa, siapa nak jaga budak berdua-"

"Ika, aku ada nak jaga," sampuk Johan yang baru tiba di halaman rumah itu.

"Mummy pun willing nak tolong, dia orang ni tak adalah nakal pun. Baik aje budaknya," sambung dia lagi.

Zulaikha jadi buntu sendiri. Allah dah mudahkan jalan dia, tapi entah kenapa dia rasa resah sangat.

Takut!

"Johan, boleh kau bawak budak-budak ni ke depan tak? Ada hal sikit aku nak cakap," pinta Kasyaf. Akur, Johan terus mengajak kembar itu untuk menonton televisyen di dalam. Suasana jadi sepi seketika.

"Ika, inilah masanya. Yusuf tu sakit, dia tengah sakit teruk sekarang. Kau tak kesian ke Ika? Aku yang tengok ni pun rasa tak sanggup."

Penyakit itu ialah Yuta dan dia sudah tak sanggup melihat kemesraan Yuta bersama 'lelaki-lelaki simpanan' itu.

Raut wajah Zulaikha berubah risau.

"S-sakit? Sakit apa.." tanya Zulaikha risau. Kasyaf selamba mengangkat bahunya.

"Tak tahu."

"Kasyaf, tak kelakar tahu tak?" marah Zulaikha bila Kasyaf kelihatan seperti main-main.

"Aku pun tak buat kelakar, Fatiha Zulaikha. Kau tahu kan suami kau sakit apa, tak payahlah nak bertanya lebih. Kerja kau, ikut kami dan pujuk Yusuf. Jadikan dia Yusuf yang dulu semula. Bawa dia pulang,"

Zulaikha terdiam. Mental Yusuf sedang terganggu ke? Ya Allah, suami dia.

"A-aku.."

"Tolong Zulaikha, buat pilihan yang bijak. Ini demi kau juga, demi anak-anak."

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now