05-HARI INI

377 28 8
                                    

JAGA anak abah, Naz. Abah harapkan kamu.”

Bahu menantunya ditepuk perlahan. Naz tersenyum sambil kepalanya terangguk-angguk.

Sure, abah. Naz akan jaga Aikha baik-baik walaupun Naz perhatikan dia dari jauh. Terima kasih sebab terima Naz dalam keluarga abah.” ucap Naz sopan.

Encik Zulkifli ketawa perlahan.

“Abah dah lama simpan hasrat nak jodoh kan kamu berdua. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kita.”

Mendengarkan itu, Naz turut ketawa perlahan. Gembira, ya dia terlalu gembira.

Walaupun ada rasa aneh dalam dirinya. Sangka dia, Yusuf akan datang dan merosakkan rancangannya namun, dia langsung tidak mendengar khabar lelaki itu. Seolah-olah tidak kisah dengan apa yang dia lakukan.

Bukankah baguslah kalau begitu?

Bahagia hidup dia.

“Kamu nak bawa Ika tinggal rumah kamu ke? Abah tak halang, cuma jangan lupa jenguk abah.” pesan Encik Zulkifli. Tanggungjawabnya telah beralih kepada Naz. Lelaki itu ada hak untuk membawa anaknya ke mana sahaja.

Kenyataannya, Naz selalu membantunya dan dia terhutang budi.

“Pergilah masuk, dah senja ni. Abah pergi dulu, ya?” Naz angguk perlahan. Nafas dihela berat. Mask yang bersangkut pada telinga kirinya dipakai kemas.

Masih belum sedia untuk tunjukkan wajahnya pada Zulaikha.

Langkah diatur perlahan dan tombol pintu bilik mereka dipulas. Susuk tubuh Zulaikha yang sedang mengemas katil itu menyapa pandangan.

Sesekali dia menelan air liur. Belakang badan Zulaikha yang sedang menunduk itu dipandang tidak lepas. Dengan rambut perang yang mengurai cantik separas pinggang, ya Allah dia tak boleh tahan diri dia.

“Naz?” Zulaikha menegur. Angkat saja muka, senyuman Zulaikha dibalas. Lengannya ditarik Zulaikha duduk di katil. Dia duduk menghadap isterinya. Tangan mereka yang bertaut kemas itu dipandang lama.

Sebelah tangan diangkat mengelus lembut wajah Zulaikha.

“Aikha cantik,” entah ke berapa kali dia memuji Zulaikha hari ini. Wajah Zulaikha merona merah.

Mimpi. Semuanya bagaikan mimpi.

Tak sangka, di sisinya sekarang adalah lelaki yang sentiasa bersamanya dari dahulu.

“Kenapa tak cakap abah kenal awak? Kenapa awal sangat majlis ni? Kenapa tak bagitahu saya awal-awal? Terkejut tahu
tak—”

'chup'

Slow down, Aikha. Aku tak tahu nak jawab mana satu.” Naz berkata selamba. Dia tertawa kecil melihat wajah terkejut Zulaikha. Itulah, bising sangat. Zulaikha sentuh bibirnya sendiri. Lembutnya.

Memanglah berlapik, tapi dia masih malu.

Mana pernah dia serapat ini dengan lelaki.

“Aikha nak lagi? Come,” usai berkata begitu, pinggang Zulaikha ditarik duduk di atas ribanya. Zulaikha yang sememangnya tidak sedia itu terjerit kecil. Bahu Naz lantas dipukul perlahan. Lelaki itu ketawa.

Zulaikha sentuh wajah Naz.

“Naz tak nak buka ni? Tak panas? Tak lemas?” Naz menggeleng perlahan.

“Aku tak sedia. Kau akan bencikan aku kalau aku buka.” Tangan Zulaikha dialihkan perlahan. Dia bangun dari duduknya.

“Naz, bukan Aikha tak—”

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now