14-CERITA KASYAF

328 20 9
                                    

ZULAIKHA pandang Kasyaf tidak percaya. Tak sangka yang Kasyaf ini orang upahan Yusuf. Kalau Yusuf pun kenal Naz, maknanya Kasyaf pun mesti kenal.

Kenapa semua orang nak menipu dia? Boleh tak semua jujur saja?

Letih.

“Kau dah kenapa pandang dia macam tu? Makanan kau dalam pinggan, bukan dekat muka dia,” tegur Yusuf datar. Terbakar jugalah hati dia melihat Zulaikha tak lepas merenung Kasyaf yang sibuk membasuh kuali itu.

Zulaikha kelip mata dua kali.

Ha?

Yusuf merengus apabila Zulaikha memandangnya polos.

Ada yang kena cium nanti.

Ish, semak betul.” Yusuf berdiri, laju saja kakinya menghala ke arah sinki.

“Pergi masuk bilik kau. Yang lebih ni nanti aku basuh,” kata Yusuf.

Kasyaf berkerut tidak mengerti.

“Lah, kenapa pula? Ini kan memang tugas aku,” kata Kasyaf pula. Tak, sekarang ni dah kenapa si Yusuf asyik merapatkan tubuh ke arahnya.

Gila ke dia ni?

“Kau dah kenapa?”

“Baik kau ikut je arahan aku,” bisik Yusuf keras. Yakin yang Zulaikha sedang memandang ke arah mereka.

Mana nak letak ego dia kalau Zulaikha tahu dia sedang cemburu?

Aduh, memalukan.

Zulaikha angkat kedua belah tapak tangan menutup mulut kerana terkejut. Tak berkelip mata melihat kedudukan Yusuf yang rapat dengan Kasyaf. Sudahlah lelaki itu mengepung Kasyaf di tengah-tengah, berhadapan dengan sinki. Kepala Kasyaf pula menoleh ke arah Yusuf.

Rapat.

Bukannya dia tak dengar khabar angin dekat sekolah dulu.

Yusuf gay. Bengkok. Homoseksual. Suka sesama jenis. Mulanya, dia memang tak percaya tapi dia pernah nampak dengan mata kepalanya sendiri. Yusuf dan Syed berciuman di belakang blok sekolah.

Makin bulat mata Zulaikha mengingatkan peristiwa itu.

Masa itu, Yusuf ada kata yang dia tertarik dengan Zulaikha.

T-takkanlah..

Yusuf biseksual?!

“Kau dah kenapa muka macam tu? Setahu aku rumah ni tak ada hantu,” tegur Yusuf. Zulaikha punya termenung sehinggakan Yusuf bercangkung di hadapannya pun tidak sedar lagi.

Risau.

“Ha? Eh, ta-tak ada apa-apa.” Zulaikha menggeleng-gelengkan kepala. Tubuh dikalih semula menghadap meja makan. Garpu diambil dan dia kembali menjamah spageti carbonara yang disediakan oleh Kasyaf.

Entah bila Kasyaf pergi pun dia tak sedar. Otak dah mula fikirkan perkara-perkara tak sepatutnya.

Yusuf menggulingkan biji matanya. Dia bangun lalu mengepung Zulaikha di antara meja dan kerusi yang didudukinya. Zulaikha terkaku.

Dah kenapa ni?

“K-kenapa..” Zulaikha menghesot kerusi menjauh, namun Yusuf lebih cekap menarik kerusi Zulaikha supaya rapat dengannya. Tajam matanya menikam anak mata Zulaikha yang kelihatan seakan-akan bergetar.

“Kau jangan nak pandang-pandang Kasy macam tu. Aku tak suka. Kalau nak tengok sangat, aku ada. Tengok aku je,” tegas Yusuf. Dingin saja suaranya. Muka usah dikata, tegang semacam.

Zulaikha terdiam. Yusuf cemburu dengan dia ke?

“Faham tak?”

Zulaikha telan liur seketika sebelum menjawab. Tahu tak wajah Yusuf tersangat seram? Rasa nak tercabut kaki.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now