EPILOG

783 28 6
                                    

YUTA BERPELUK TUBUH di sofa berangkai tiga di pejabatnya. Mata beralih ke arah laptop yang terbuka di atas meja kopi sebelum tangan mencapai senaskhah buku di sisinya. Tangan kanan memegang buku manakala tangan kiri mengetik papan kekunci komputer ribanya.

Mengkaji laman sesawang yang meninggalkan tip-tip untuk mendapat anak kembar. Yang paling Yuta tak sangka, kalau pernah ada sejarah melahirkan kembar, lebih tinggi peluang untuk mendapat kembar lagi.

Yuta harus pastikan Zulaikha makan makanan yang dia sudah tetapkan terutama sekali ubi-ubian. Huh, kacang goreng saja semua ini.

Parental guide book. Dia sedang dalam misi memujuk anak-anaknya untuk berikan adik baru dan menimba ilmu bagaimana mahu mendapatkan anak kembar.

Dia rasa sekarang masa yang sesuai memandangkan anak kembarnya akan menginjak umur tiga tahun tak lama lagi.

"Boys, come!" panggil Yuta. Laju saja kembar itu meninggalkan mainan di sudut ruangan pejabat itu sebelum mendekati Yuta. Lincah mereka berdua memanjat sofa itu. Nasib baiklah lepas.

"Careful, buddies." Yuta tergelak kecil, tangan naik mengusap kepala anak-anaknya. Terhibur dengan dua budak tembam ini. Entah apa yang Zulaikha suap, semangat betul.

"Okey, babah ada satu soalan. Siapa nak adik?" tanya Yuta. Mendengar perkataan adik, terus Fathi mengangkat tinggi tangan tembamnya. Bibir tersenyum lebar menayangkan gigi comelnya.

"Saya! Saya! Athi nak! Nak adik.." Fathi teruja. Dia suka adik, dia suka bayi. Fathi paling suka jika bubunya memuji dia seorang abang yang baik. Jadi dia nak ada adik ramai-ramai.

Fattah pula hanya diam sambil memerhati wajah teruja abangnya. Dia tak nak..

Yuta tersenyum ke arah Fathi sebelum beralih ke arah Fattah. Mata anaknya itu sudah berkaca, tunggu masa saja nak meletup.

"Nanak.." Fattah menggeleng sambil mencebik sedih. Terus mengalir bisu air mata di pipi. Yuta mengeluh seketika, sedih betul ni.

"Mari dekat babah,"

Patuh. Terus saja Fattah masuk ke pelukan Yuta. Bahu Yuta dijadikan tempat dia melabuhkan kepala.

"Nape nanak bibi?" Fathi berdiri di sebelah Yuta. Dia mengintai sedikit wajah adiknya.

"Hmph!" Fattah palingkan muka menghala ke leher Yuta. Makin erat pelukannya. Yuta senyum saja, dalam otak sudah menyusun pelbagai cara untuk memujuk Fattah.

Tapi, dia tak nak memaksa.

"Kenapa Fathi nak baby?" Yuta tanya anak sulungnya itu. Sebelah tangan mengusap belakang tubuh Fattah sebelah lagi mengusap lembut rambut Fathi.

"Athi nak jadi heyo! Bubu kata Athi babang yang baik!" tersengih lebar Fathi. Berkerut seketika dahi Yuta.

Apa kejadahnya heyo?

"Hero?" Yuta menebak. Laju Fathi mengangguk mengiyakan. Fattah yang mendengar terus mengangkat kepala, matanya tepat memandang ke arah Yuta.

"Babah heyo.." kata dia, suaranya perlahan saja kedengaran. Yuta tahan senyuman. Nampak gaya macam nak bergaduh saja si kembar ini.

Jarang sangat berlaku.

"Athi nak jadi heyo jugak!" Fathi kembungkan pipinya. Geram. Bubu kata dia boleh jadi hero macam babah kalau dia boleh menjadi abang dan pelindung yang baik untuk adiknya.

"Dah, tak naklah gaduh-gaduh. Apa kata, Fathi dengan Fattah sama-sama jadi hero?" Yuta jungkit kedua keningnya. Cuba memujuk keduanya.

Fathi dan Fattah berpandangan seketika sebelum terkelip-kelip mata mereka memandang Yuta. Tidak memahami.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now