33-PESANAN

382 23 10
                                    

BELAKANGAN INI, Yusuf kerap kali menghabiskan masanya dengan Zulaikha dan termenung. Bila saja masa Zulaikha tiada, pasti Yusuf akan termenung.

Macam sekarang, dia sedang termenung sendiri di balkoni bilik. Zulaikha masih tidur jadi dia tak mahu mengganggu.

“Abang..” tersentak kecil Yusuf dibuatnya apabila tubuhnya tiba-tiba saja dipeluk dari belakang. Terasa benjolan perut Zulaikha melekap pada belakang badannya. Lengan kecil itu disentuh lembut.

“Sayang.” Yusuf memalingkan tubuhnya.

“Tak mengantuk dah? Kenapa bangun?”

“Apa yang abang menungkan ni? Dari hari tu lagi sayang perasan. Abang ada masalah boleh cerita dengan saya..” kata Zulaikha. Tak menjawab soalan Yusuf. Pipi Yusuf diusap. Mestilah dia sedar kerana kadang-kadang Yusuf tak dengar langsung apa yang dia katakan.

“Tak ada-” tak sempat Yusuf mahu menghabiskan ayatnya Zulaikha terlebih dulu mencubit manja bibirnya.

“Menipu. There's must be something. Abang tak bagitahu, saya gigit abang.” pesan Zulaikha garang. Berkerut-kerut dahinya. Yusuf capai jari Zulaikha yang mencubit bibirnya lalu tawanya terlepas. Dilabuhkan juga ciuman pada tapak tangan itu.

Zulaikha merona malu. Tersentuh dengan perlakuan Yusuf.

“Abang rela digigit kalau macam tu ugutan sayang..” bisik Yusuf sensual. Bukan dia tak tahu perangai hamil Zulaikha. Asyik nak makan dia saja.

Macam malam semalam.

Zulaikha telan liur. Tergoda, namun cepat-cepat dia gelengkan kepala. Ish, kuat betul penangan Yusuf!

Haip, jangan goda!” Zulaikha menolak dahi Yusuf apabila suaminya itu mahu mencium lehernya. Pipi Yusuf dipegang kuat.

Zulaikha tahan senyum melihat kecomelan Yusuf. Dengan mata yang terkebil-kebil itu, bibir memuncung itu. Urgh!

“Jujur sekarang. Kalau tak, tidur luar!” kata Zulaikha, serius. Langsung tak senyum.

Yusuf kemam bibir. Ya Tuhan, isterinya comel!

“Abang cuma fikirkan Thaqief dan Johan. Itu je, tak payahlah risau.” balas Yusuf. Zulaikha sudah mengecilkan matanya pada Yusuf. Tak percaya.

“Menipu.” kata Zulaikha sepatah. Pipi Yusuf makin dicengkam. “Shayang!” suara Yusuf mula berubah. Zulaikha ketawa.

Bethul ah..” susah payah Yusuf mahu mengatakan itu. Zulaikha lepaskan tekupan.

“Abang rindu dia orang ke?” tanya Zulaikha. Yusuf tak mengangguk cuma tersenyum nipis sahaja.

“Dah berkawan lama, tapi abang tak pernah bagitahu tentang Naz pada mereka. Abang takut dia orang judge abang, siapa saja nak kawan dengan orang gila macam abang. Tambah pula si Naz tu tak habis-habis nak cemburu dengan Johan. Pening kepala abang.” keluh Yusuf.

Zulaikha tersenyum. Comel je si Yusuf ini. Rasa nak gigit!

“Suami saya yang kacak, baik hati dan romantik, janganlah kuat sangat overthinking. Tak baik tahu? Dia orang kawan abang, mustahil dia orang nak buat macam tu. Bagi sayang, abang tak gila. Abang istimewa sangat!”

Wajah Yusuf dipegang dan bertalu-talu ciuman dihadiahkan di seluruh wajah Yusuf. Yusuf ketawa perlahan. Pinggang Zulaikha ditarik masuk semula ke dalam bilik. Punggung dilabuhkan di atas katil sebelum Zulaikha ditarik duduk di atas ribanya.

Perut besar Zulaikha diusap lembut dan perlahan. Sekejap saja sudah enam bulan usia kandungan isterinya.

“Tak sabarnya abang nak tunggu dia lahir, sayang..” kata Yusuf. Matanya langsung tidak lepas memandang perut Zulaikha. Tersenyum kecil Yusuf ketika merasai tendangan kecil mengenai tapak tangannya.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now