28-NAZRIEL

509 21 31
                                    

MASING-MASING diam, baring dan saling berpelukan tanpa berbicara apa-apa. Lebih kepada melayan perasaan. Selepas solat subuh secara berjemaah tadi, mereka kembali berselubung di bawah satu selimut yang sama sambil berpelukan erat.

Sesekali bibir Yusuf jatuh menyentuh dahi Zulaikha.

“Sayang nak tahu macam mana Naz muncul?” tanya Yusuf tiba-tiba. Zulaikha mendongak lalu dijatuhkan kepala beberapa kali. Yusuf senyum seketika, sebelah tangan di pinggang Zulaikha naik menyentuh rambut perang isterinya.

It's you,” kata Yusuf. Zulaikha terpempan seketika.

Dia ke puncanya?

“S—saya?”

“Dia muncul sebab abang tak berani nak dekati sayang. Makin abang tak berani, makin dia kuat untuk kawal tubuh abang. Sejak dari hari pertama Johan kenalkan sayang pada abang dan Thaqief lagi,” Yusuf mengeluh perlahan.

“Abang bukan dari keluarga yang baik, Zulaikha. Datuk abang, dia Yakuza. Dari kecil, datuk abang dah ajar abang dan Maryam untuk warisi empayar dia. Ajar kami pertahankan diri dan rampas kuasa-kuasa besar. Walaupun masa tu papa berkeras tak nak ambil alih kuasa dia. Macam tu juga dengan adik papa.”

“Yakuza?” Zulaikha bertanya semula. Seolah tak percaya apa yang didengarinya. Yusuf angguk sekali dan ciuman dijatuhkan pada bibir Zulaikha.

“Walaupun, keluarga abang macam tu. Tapi ada satu prinsip yang mereka pegang kuat,” rambut Zulaikha dicium pula.

“Perempuan. Dia orang takkan sakiti mana-mana perempuan, tak jual atau memperdagangkan perempuan sebab datuk abang memang angkat tinggi martabat seorang perempuan. Sehinggakan, ketua pun tak boleh ada perempuan simpanan atau isteri. Sebabnya tak nak ketua terganggu kerana emosi seorang perempuan.”

Zulaikha tersentak. Inilah maksudnya bila mereka kata mahu mencabar 'ego' Yusuf.

“Abang pernah terus terang dengan keluarga abang yang abang memang tak nak warisi empayar bodoh tu walaupun abanglah cucu lelaki pertama. Tapi, Maryam.. dia gilakan kuasa. Dia nak sangat abang ketuai semula kumpulan tu walaupun abang tolak keras keras dulu. Apatahlagi, bila datuk dah meninggal dunia.”

“Tapi.. sekarang? Abang ketua?” tanya Zulaikha bila Yusuf tiba-tiba berhenti. Yusuf tunduk memandang tepat ke anak mata Zulaikha. Tangannya naik menyentuh pipi wanita itu.

“Kalau abang cakap ya?” soal Yusuf. Zulaikha pegang semula tangan Yusuf di pipinya.

He's shaking!

“Saya terima abang. Saya akan ada dengan abang,” tutur Zulaikha ikhlas. Tangan Yusuf yang bergetar perlahan itu digenggam dengan kedua tangannya lalu dikucup lembut tangan kasar itu. Menghantar rasa tenang dan hangat kepada Yusuf.

Zulaikha senyum. Kelihatan lembut.

“Abang dilarang bercinta atau ada hubungan dengan mana-mana perempuan waktu Maryam pimpin kumpulan dan sebab itu khabar angin yang kata abang gay tu tersebar. Dia.. bencikan perempuan dan abang tak pernah tahu apa sebabnya.”

Nafas ditarik dalam dan perlahan.

“Dia mula jual perempuan, tindas perempuan dan macam-macam lagi. Abang tak suka semua tu dan abang setuju yang abang akan jadi ketua dengan syarat. Tapi Naz tak nak, dia marah. Dia kahwin dengan sayang and everything is getting worse. Abang jadi takut sendiri. Bertahun abang simpan dia supaya tak rosakkan rancangan. And I don't even know who is Nazriel at first.”

“Apa rancangan abang?” tanya Zulaikha pula. Ingin tahu. Yusuf angkat bahu.

It's such a mess now. Abang tak tahu..”

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now