57-PUJUKAN

478 21 5
                                    

MATURE

“SAYANG..”

Tersentak kecil Zulaikha apabila ada lengan kekar memeluk tubuhnya dari belakang. Terus bibirnya mekar dengan senyuman. Pipi Yusuf disentuh. Pantas saja suaminya itu menempelkan kepala di bahu Zulaikha.

“Tak dengar pun abang balik,” tegur Zulaikha. Kepala Yusuf sempat diusap sebelum api dapur ditutup. Tangan yang agak basah dilap dengan tuala kecil. Tak tunggu lama terus Zulaikha berpusing menghadap Yusuf.

Tangan lelaki itu disalam dan dihadiahkan kucupan di pipi Yusuf. Yusuf tersenyum dengan mata yang terpejam. Hilang penat seharian bekerja. Yusuf cium pula dahi Zulaikha sebelum ditarik isterinya rapat ke dalam pelukan.

“Penat?” Zulaikha bertanya, sambil itu tangan menepuk dan mengusap belakang tubuh tegap itu perlahan. Kesian Yusuf..

Hmm..” Yusuf membalas. Sememangnya dia penat. Dia sudah jangka yang Yuta dan Naz memang akan letak semua hal kerja di atas bahunya. Dah berminggu cuti, dia lah yang harus menghadap kerja di pejabat.

Penat sememangnya penat.

Hampir setiap hari Yusuf balik lewat, kadang itu balik saja Zulaikha dan anak-anaknya tertidur di ruang tamu kerana menunggu dia pulang.

Nak marah, tapi tak tahu mahu lepas marah pada siapa.

“Mana Fathi dengan Fattah?” Yusuf bertanya setelah sekian lama mereka senyap. Namun pelukan masih tidak dilepaskan.

Sekarang baru pukul 7:50 petang, selalu si kembar itu masih terjaga masa-masa begini.

“Tadi Han bawa keluar. Dia tak cakap dengan abang?” Zulaikha bertanya pula. Terus Yusuf capai telefon pintar di dalam poket.

“Oh, ada. Abang tak baca chat dia tadi. Maaf, sayang. Abang sibuk sangat uruskan hotel tu sampai masa dengan family pun tak ada..” Yusuf mengeluh perlahan. Pelukannya dieratkan lagi.

Hm, rindu..

“Tak apa, abang. Banyak benda jadi lately ni, abang perlukan masa juga, kan? It's okay..” pujuk Zulaikha. Tak mahu Yusuf susah hati. Mental suaminya itu harus dijaga juga.

“Tapi abang still rasa serba salah. Abang tak ada masa dengan anak-anak. Han tu lagi layak-”

“Abang..” panggil Zulaikha meleret. Pipi Yusuf dipegang dengan kedua tapak tangan. Pandangannya berubah lembut.

“Tak nak lah macam ni.. abang kan suami saya. Saya isteri abang kan? Kita kena terima kekurangan masing-masing. Bukan abang je terima saya, saya pun kena terima abang. I chose you at the first place,” pujuk Zulaikha.

Sedikit sebanyak Yusuf terkesan dengan pujukan itu. Apatah lagi dengan usapan Zulaikha di pipinya. Rasa dihargai dan diperlukan.

Tenang.

Seketika mereka berdua tenggelam dengan rasa itu. Yusuf kucup lembut tapak tangan Zulaikha lalu beralih ke wajah isterinya. Belakang tubuh Zulaikha ditolak supaya merapat ke arahnya. Dicium dalam bauan milik Zulaikha.

Mata dipejam tenang. Lama rasanya tidak memanjai Zulaikha seperti ini. Dia keluar saja, sudah sibuk sudah sibuk dengan kerja di hotel dan pejabat. Balik ke rumah pun dia dalam keadaan penat.

“Sayang..” garau suara Yusuf memanggil membuatkan Zulaikha berdebar sendiri. Dia paling lemah jika Yusuf buka skil menggoda. Yusuf bisik pun dia sudah meremang bulu roma.

Entah kenapa, aura itu lain.

“Abang rindu..” ciuman lelaki itu jatuh tepat di tepi telinga Zulaikha. Terus telan liur Zulaikha dibuatnya. Tangan sudah naik menggenggam bahu lebar Yusuf. Tidak kuat tidak juga perlahan. Cukup untuk dia tidak jatuh ke bawah. Rasa-rasa skru lutut dia sudah mula melonggar.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now