17-COMFORT

342 25 7
                                    

ZULAIKHA cuma termenung saja hari ini. Tak ada rasa nak buat apa-apa. Fikirannya menerawang jauh, memikirkan kata-kata Luke semalam. Penuh makna tersirat dan rahsia yang tersimpan kemas.

“Samalah macam suami kau, dia jauhkan diri bukan sebab dia tak sayang kau. Kan?”

Hatinya sudah dihambat rasa risau. Mungkin benar kata Luke, Naz mesti ada sebab kerana meninggalkan dirinya di sini. Apa hubungan Naz dan Yusuf, dia sendiri tak tahu. Mungkin juga, saudara atau kawan.

“Zulaikha,”

Tegak terus tubuh Zulaikha mendengar suara itu memanggil. Dia pantas menoleh memandang Yusuf yang sedang berjalan ke arahnya dan duduk di satu sofa dengannya.

Zulaikha diam. Dah kenapa tiba-tiba?

“Aku minta maaf,” ucap Yusuf setelah agak lama mereka mendiamkan diri. Tubuhnya turut dipalingkan menghadap Zulaikha. Dilihat wajah cantik yang tersarung tudung sarung itu.

Zulaikha.. terlalu indah.

“Aku.. cuma nak lindungi kau. Aku tak suka kalau orang rendah-rendahkan perempuan, apatahlagi kau. Aku jahat, Zulaikha. Aku bukan orang yang baik, aku tahu dan aku sedar. Bukan niat aku nak buat kau rasa murah, tak. Aku.. aku kisahkan kau.”

Zulaikha kemam bibir. Entah apa yang membuatkan ayat itu keluar dari mulut Yusuf pun dia tak pasti. Yang dia pasti, perutnya mula rasa tidak selesa.

Seperti ada yang mengepak di dalam perutnya.

Aku takut, Zulaikha. Kau sempurna di mata aku dan orang macam aku sememangnya tak layak untuk memiliki kau.

“Aku dah maafkan. Cuma, kalau aku nak minta tolong boleh?”

Yusuf tidak membalas, dia cuma menunggu Zulaikha menghabiskan kata-katanya.

“Aku dah tak nak duduk dekat sini. Aku dah tak kisah pasal sesiapa lagi, mesti Naz—”

“Dia bukan seperti apa yang kau bayangkan, Zulaikha.” Pintas Yusuf laju. Tak mahu gadis itu menyambung lagi katanya.

“Dia mesti ada sebab buat macam ni.” Sangkal Zulaikha. Mengharapkan Yusuf faham dan mengizinkan dia keluar. Ikut hati, nak saja dia lari tetapi kawalan rumah Yusuf terlalu ketat.

“Aku pun, ada sebab aku kurung kau dekat sini.”

Zulaikha terdiam. Dahinya berkerut tidak mengerti.

“Aku bukannya is—”

“Kalau aku cakap, aku ni.. suami kau. Kau akan percayakan aku ke Zulaikha?” tanya Yusuf yang kini sudah melutut di hadapan Zulaikha dengan kedua tangannya mengepung tubuh Zulaikha pada sofa.

Lembut panahan matanya menikam anak mata Zulaikha. Tak lepas dia memandang bulu mata lentik itu bergerak setiap kali Zulaikha mengerdipkan mata.

Zulaikha masih diam.

Mata Yusuf jelas memaparkan bahawa lelaki itu lelah. Penuh dengan bebanan dan tekanan. Pandangan itu lembut.

Yusuf mesti kesunyian.

Zulaikha tergamam sendiri. Mulutnya bagai digam sehingga tiada sepatah pun perkataan keluar dari mulutnya. Jantungnya berdetak laju kerana kedudukan mereka, namun bukan rasa takut yang menyinggah ke hatinya.

Rasa ini.. tenang.

Haruman woody dan musky dari Yusuf juga seakan Deja Vu.

Bagai dijampi, ada sesuatu yang menarik Zulaikha untuk berbuat begitu. Tubuh Yusuf ditarik ke dalam pelukan dengan lembut. Yusuf yang tadinya kelihatan tenang mula membulatkan mata. Lama, dia hanya senyap sebelum tangannya naik juga membalas pelukan hangat Zulaikha.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now