30-AINAM IRDINA

919 41 13
                                        

SHAFIE termenung memandang pantai yang terbentang luas itu. Menikmati kesegaran angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar wajah. Di tangannya tergenggam kemas sekeping gambar lama.

Ada sebuah keluarga kecil yang tersenyum manis berlatarbelakangkan pemandangan pantai yang indah. Pantai yang sama.

Shafie masih ingat dengan jelas bagaimana rapuhnya seorang Yusuf Nazryn ketika ibu bapa lelaki itu meninggal dunia. Dia fikir, mudah untuk menerima kenyataan itu tetapi bila perkara yang sama turut terjadi kepadanya, dia sedar.

Dia tak sekuat yang Yusuf sangka.

Sejak hari itu, Shafie hanya ada Yusuf. Yusuf yang membawa dunia baru untuknya, cahaya untuknya supaya terus bertahan. Lelaki itu yang menjaganya, melindunginya dan memberi segala yang terbaik.

Yusuf lah ibu, Yusuf lah bapa.

“Afie, buat apa termenung dekat sini? Tu, keluarga Dr Irfan dah sampai. Jom,” ajak Damian. Bahu Shafie dipegang kejap. Shafie mengangguk, gambar lama tadi disimpan semula ke dalam poket seluarnya.

Oh, okay.” balas Shafie lalu mengikut setiap langkah Damian. Senyap saja dia hari ini.

Tak ada mood sebenarnya, tapi hari ini kebetulan Dr Irfan mahu bertemu dengan keluarganya. Saat bertentang empat mata dengan lelaki separuh baya itu, pantas Shafie menyalami tangan Dr Irfan manakala dia hanya tersenyum pada isteri lelaki itu.

“Saya Yusuf, macam yang uncle dah tahu saya satu-satunya keluarga yang Shafie ada. Ini, isteri saya, Zulaikha. Yang lain ni, kawan saya.” kata Yusuf. Mereka berdua bersalaman.

“Ah, saya tahu. Shafie ada cerita,” dia memandang wajah-wajah yang agak asing pada permandangan matanya. Dari Yusuf sampailah Luke yang berada di hujung meja. Dengan Farhah sekali dibawanya.

Ramai betul kawan abang Shafie ini.

“Duduklah, kita makan dulu.” Kasyaf mempelawa sambil meletakkan sepinggan ayam bakar ke atas meja. Shafie memandang sekeliling seperti mencari sesuatu.

Aik, mana bakal tunangnya? Yang ada hanyalah ibu bapa gadis itu saja.

“Oh, Shafie. Ainam ada cuma dia lambat sikit.” tegur Dr Irfan. Perasan sangat yang Shafie asyik tercari-cari dari tadi.

Shafie termalu sendiri. Kantoi!

“Oh, ya ke, Dr—”

“Eh, kenapa pula panggil Dr? Panggil je daddy dengan mummy.” Puan Aini mencelah. Dr Irfan pula hanya angguk setuju.

“Ya, Shafie. Selesakan diri kamu sebelum kita jadi keluarga rasmi.” ramah saja Dr Irfan berkata. Yusuf tersenyum kecil lalu belakang kepala Shafie diusap. Ceria sangat wajah Shafie sekarang. Tak seperti tadi, mendung saja.

Shafie senyum. Panggilan itu, sama dengan panggilan yang dia guna pada arwah ibu bapanya.

Tiba-tiba menggebu rasa rindu di dada berkurangan sedikit.

“Terima kasih, mummy, daddy.” ucap Shafie mesra. Malu adalah sikit, tapi dia terlalu teruja. Dah lama rasanya tak panggil nama itu.

Ayy, belum kahwin pun dah claim mummy daddy aku tu kau punya?” tegur seseorang. Tersentap Shafie dengan pertanyaan itu.

“Ainam, apa cakap macam tu?” Puan Aini menegur. Yusuf yang tadinya senyum mula mendinginkan wajah, tetapi sekejap saja bila ada tangan naik mengusap lengannya.

Wajah isterinya dipandang. “Abang okay.”

Zulaikha senyum. Eyy, suami dia ni comel!

BIDADARI ; YUSUF'S Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang