42-LANGGAN

353 17 17
                                    

MATURED

KEJUNG tubuh Zulaikha apabila Yuta menyuruh dia keluar dari bilik dengan pakaian yang begitu. Gaun hitam separas paha itu melekap rapat pada tubuhnya, sudah seperti kulit yang kedua.

Ingatkan Yuta menyuruhnya memakai di hadapan lelaki itu saja tapi sangkaannya meleset apabila Yuta terus memaksa dia keluar.

Lupa pula lelaki itu tidak sukakan perempuan.

“Perempuan, kau keluar sekarang sebelum aku yang masuk!” tersentak Zulaikha ketika suara itu menjerkah dari luar closet. Beserta ketukan kuat. 

Zulaikha kemam bibir. Tombol ditahan kuat. Tahu dia tak mampu melawan kekuatan lelaki Yuta tapi dia tetap juga mencuba.

“Ta-tak nak! Awak nak bawa saya pergi tempat tak baik!” 

Yuta merengus.

“Kau isteri, dengar cakap suami kau! Zulaikha, sebelum aku bunuh kau baik kau keluar sekarang!” arah Yuta tegas. Tertahan-tahan nafasnya menahan marah.

Degil betul.

“Ta-tak nak!”

“Keluar!” Keras.

“Tak nak!” Zulaikha tak mahu kalah.

“Keluarlah, perempuan!”

“Tak- argh!” terkejut Zulaikha bila pintu almari itu akhirnya terbuka. Wajah tegang Yuta menyapa bola mata.

Gulp!

Zulaikha menggeleng sambil berundur menjauhi Yuta. 

“Ta-tak nak.. janganlah buat saya macam ni..” rayu Zulaikha. Dadanya yang terdedah ditutup dengan kedua tangannya. Walaupun dia sedar pandangan Yuta padanya.

Kosong. Tiada perasaan.

Tetapi dia tak mahu Yuta bertindak luar kawal. Yuta ini gila.

Yuta berdecit. Lengan halus Zulaikha dipegang dan ditarik perlahan mendekatinya. Bila pandangannya bertukar lembut, barulah Zulaikha merelakan. 

Tangan wanita itu dibelai lembut dan dikucup lama tanpa melepaskan tautan mata mereka.

“Sayang, kau ni cantik tau. Takkanlah aku nak simpan je, hm?” bisik Yuta. Rambut Zulaikha yang sedikit berserabut itu disisir dengan jari lalu dibawa ke hidung dan dicium dalam.

Harum.

Berdebar jantung Zulaikha dengan pandangan menggoda Yuta itu. Aura ini sama dengan yang dia jumpa di sekolah menengah dulu.

Sah, yang dia takutkan bukan Yusuf tapi Yuta!

“Ta-tapi..”

“Tapi what, wifey?” Yuta berbisik lagi. Bibirnya berlabuh rapat di tepi telinga Zulaikha. Mengusap-usap bibirnya di situ. Pinggang Zulaikha yang mahu menjauh itu ditahan.

Huh, perempuan.

“A-awak.. takkan bawa saya pergi tempat t-tak elok kan?” tanya Zulaikha. Dada Yuta ditolak sedikit namun tubuh itu tidak berganjak langsung.

Yuta ketawa, sinis dan perlahan.

How did you know?”

“H-ha?” tak sempat Zulaikha nak menjauh, hidungnya ditekup. Beberapa saat bergelut dengan Yuta akhirnya dia rebah.

Huh, susah betul.” 

Yuta membebel perlahan sebelum tubuh langsing itu digendong. Tak lama itu, bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now