MATURED
“AWAK NAK ANAK?” Yuta berkerut mendengar soalan Zulaikha itu. Wanita yang sedang ditindihnya itu dipandang tidak percaya.
Masa-masa macam ini dia nak tanya?
“Dah tu, selama kau gatal nak sentuh aku tu? Bukan sebab kau nak anak ke? Dah berapa lama kau kahwin, seorang anak pun tak ada.” Yuta membalas lalu wajahnya disembamkan pada leher Zulaikha. Mencium haruman di situ.
Terkelip-kelip mata Zulaikha memandang siling bilik mereka. Banyak persoalan yang bermain di mindanya sekarang.
Yuta sudah kembali lurus ke?
Yuta masih tak tahu ke mereka sudah ada anak bersama?
Kenapa rumah ini di tengah-tengah hutan?
Tapi semua soalan itu tidak terkeluar dari kerongkongnya. Kalau dirinya pun Yuta tak kenal apatahlagi Fathi dan Fattah.
“S-saya tak nak mengandung lagi..” kata Zulaikha perlahan. Yuta mengangkat wajah mahu menatap wajah isterinya.
“Asal pula? Kau dah lama kahwin dengan aku kan? Takkan tak nak ada anak lagi? Aku nak anak, aku nak pewaris,” rungut Yuta. Garang wajahnya.
Zulaikha diam.
“Sebabnya adalah saya tak nak lagi. Mereka masih kecil, baru dua tah-”
“Mereka? What do you mean?” Yuta memintas, pandangannya berubah tajam. Sisi pinggang wanita itu dicengkam sedikit. Zulaikha tersenyum bila teringatkan anak sulung mereka itu.
“Anak sulung kita, kembar. Dua-dua lelaki,” kata Zulaikha. Yuta terus terdiam, baru tahu soal itu. Dua orang itu memang nak kena. Suka kongsi rahsia bersama dan dia dibiarkan seorang. Dan..
Kembar? Yusuf dan Naz dapat anak kembar?
“Comel ke?”
Zulaikha angguk.
“Comel dan kacak, dua-dua ikut muka awak.” Biarpun ikut dirinya, tapi Yuta rasa lain. Dia cemburu!
Tak boleh jadi, dia tak boleh kalah.
Terkebil-kebil Zulaikha bila jemari Yuta laju membuka baju sendiri. Setelah itu, dia berdiri untuk membuka tali pinggang dan seluar pula.
“A-awak nak buat apa ni?” Gelabah Zulaikha dibuatnya. Tangan Yuta ditarik duduk semula di birai katil namun suaminya pula naik menindih tubuhnya sekali lagi.
Tadi nampak macam nak bermanja, ini sudah kelihatan seperti mahu menelannya hidup-hidup!
“A-awak!” Zulaikha terjerit kecil.
“Aku nak baby. Tak tak, aku nak twins juga!” desak Yuta. Tak tunggu lama, blaus yang dipakai Zulaikha dirobek dengan sekali koyakan. Terbeliak mata Zulaikha disebabkan itu.
“Sejak bila awak lurus ni?!” tanya Zulaikha kalut bercampur terkejut, bahu Yuta ditahan supaya menjauh. Mana tidak terkejut. Biarpun rumah ini di dalam hutan, tak mustahil anak buah suaminya tiada di sini. Sudahlah dindingnya kaca lutsinar.
Dari luar boleh nampak segala yang berada di dalam.
Gila!
“Bukan aku yang berubah, cuma aku dah berhenti berpura-pura.” Setelah itu, bibir Zulaikha menjadi mangsa bibirnya. Terpejam mata Zulaikha kerana ciuman yang kasar dan dalam itu.
Dada Yuta ditolak menjauh bila terasa nafasnya mula menyesak. Masing-masing laju mengambil nafas namun tak lama apabila Yuta kembali merapat dan bibir itu ditawan lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/271473843-288-k617661.jpg)
YOU ARE READING
BIDADARI ; YUSUF'S
RomansaCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...