23-RANCANGAN

498 22 11
                                    

MATURED

KASYAF dan Luke memandang Zulaikha yang termenung di bangku di halaman belakang rumah. Mereka berdua berdiri sambil berpeluk tubuh di sliding door berdekatan dapur.

“Kau yakin ke plan kita jadi semalam?” bisik Luke. Tak mahulah Zulaikha sedar kehadiran mereka. Kasyaf mengangguk sekali.

“Aku tahulah. Ada lovebite dekat leher Yusuf pagi tadi. Muka dia pun berseri bukan main lagi,” jujur Kasyaf berdasarkan pemerhatiannya. Sajalah pagi tadi dia buat tak tahu, padahal dia perasan. Well, it's obvious!

“Dah tu, kenapa Ika macam sendu je?”

Kasyaf angguk setuju. Betul, Zulaikha nampak sedih.

“Mungkin sebab hari ni Yusuf tak spend time dengan dia kut..” Kasyaf pun terkejut, sebab kurang lima minit Yusuf naik ke bilik, dia turun semula dan tergesa-gesa meninggalkan rumah.

“Mungkin, sebab ada investor buat hal pagi tadi. Tapi, aku tak rasa sebab tu.” kata Luke pula. Dia pun ada dapat maklumat pagi tadi,  nak membantu juga tapi Syed menghalang. Zulaikha pula memang sudah biasa kena tinggal ketika Yusuf pergi kerja.

“Kenapa kau rasa macam tu?” Kasyaf menoleh memandang Luke. Menantikan jawapan.

“Kau tak ingat ke dulu? Kau pernah cerita dekat aku yang Yusuf ada suruh Damian carikan morning after pills. Waktu tu kita masih study. Ingat?” Kasyaf diam seketika sebelum mengangguk.

“Eh, tapi masa tu Ian tak bagi pun pil tu pada Ika.”

Luke mengangguk.

“Memanglah dia tak bagi, walaupun Naz tu kadang-kadang gila idea dia. Tapi berani dia tu berguna. Mesti Yusuf tak nak Naz mengandungkan Zulaikha waktu tu.”

“Betul, aku setuju. So.. sekarang ni nak biar je?” tanya Kasyaf. Jari telunjuknya terarah kepada Zulaikha.

“Patut ke aku call Farhah?” soal Luke semula. Tak sempat Luke nak menekan nombor Farhah, tunangnya itu sudah menelefon terlebih dahulu.

“Sayang, assalamualaikum.” Luke tersenyum. Pagi-pagi dah bersayang. Aduh, hati!

“Waalaikumussalam, ada apa kau call ni?”

“Ika okay tak? Macam mana plan semalam, nampak apa-apa tanda ke?” tanya Farhah. Bukan nak menyibuk hal rumah tangga orang tapi, dia jadi kesian pula pada Zulaikha.

That's the problem now, Kasy kata jadi tapi Ika nampak sedih.”

“Gosh, pity her. You nak I datang sana?” Farhah bertanya. Luke pandang Kasyaf sekilas.

“Kau free ke?”

Farhah senyum.

“Mestilah, dad masih merajuk dengan I. Dia tak bagi I masuk kerja.” kata Farhah.

Okay, then. Aku ambil kau nanti.”

No, it's okay. I'll go by myself. Jumpa you nanti, bye sayang.”

Hm, bye.”

Luke simpan telefonnya semula.

“Farhah nak datang. Aku tunggu dekat depan. Kau pergilah borak-borak sikit dengan dia. Mana tahu, betul apa yang kita jangka tadi?” kata Luke sebelum berlalu.

Kasyaf tiada pilihan lain, selain pergi ke Zulaikha dan bertanyakan keadaannya.

“Kau okay?” tegur Kasyaf membuatkan bahu Zulaikha terjungkit sedikit. Dia kemudiannya menoleh.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now