46-KEMBALI

450 23 6
                                    

HARI YANG MEMENATKAN buat Johan, mana tidaknya kalau si kembar itu seharian mahu bermain dengannya. Dikerling sekilas Fathi dan Fattah yang sudah terlena di sofa panjang di dalam pejabatnya itu. Punyalah dia sayang, sampai sanggup angkut keduanya ke pejabat kerana tengah hari tadi ada mesyuarat yang tak boleh ditangguh. Pembantu peribadinya juga tak menang tangan menjaga si kembar, itu yang bersepah habis bilik pejabatnya.

Bertambahlah gaji si Arash bulan ini.

"Tuan, dah nak masuk maghrib ni. Tuan nak balik dah ke?" Arash muncul bersama lego-lego yang baru selesai dikutip tadi.

Johan menggeleng kepala saja.

"Kau baliklah dulu, aku nak siapkan proposal ni. Esok aku nak cuti, nak bawa kembar tu pergi theme park," tanpa sedar, Johan bercerita.

Sanggup dia kerja lebih masa supaya dapat meluangkan waktu esok bersama anak-anak Yusuf.

Arash mengangguk faham, wajah majikannya dipandang sekilas.

"Tuan.. sayang betul dengan budak-budak tu, ya? Dah macam anak sendiri," kata Arash, ada tawa kecil di hujung bicaranya.

Johan tersenyum dalam diam. Anak?

Ya, dia memang anggap Fathi dan Fattah seperti anak sendiri.

"They're so cute, I couldn't resist. Lagipun, ibu dengan ayah dia orang berjauhan dah jadi tanggungjawab aku sebagai kawan, Rash."

"Ya, dia orang memang comel. Akal panjang betul, ada je yang nak dibuat. Apatah lagi si Fathi tu, nakal. Fattah pula behave je tapi dingin betul!" Arash bercerita dan tidak tertahan, tawa Johan meletus.

Tak dinafikan kenyataan dari pembantu peribadinya itu.

"I know.. kadang rasa nak culik buat jadi anak sendiri," Johan berkata dengan tawa yang masih bersisa.

Arash senyum saja.

"Jangan lupa rehat pula, Tuan. Saya minta diri dulu," pamit Arash sebelum tak lama selepas itu, Johan menahan.

"Rash, aku.. tak nampak macam mengharapkan dia kan?"

Arash terdiam seketika dengan soalan majikannya merangkap sepupunya sendiri.

Dia tahu kisah itu kerana Puan Sri Janirah kadang-kadang ada mengadu dan Johan sendiri pun jadikan dia tempat meluah dan bertanyakan pendapat.

"Sebenarnya, Han.." Arash menukar panggilan memandangkan waktu bekerja sudah tamat.

"Kalau kau ikhlas, itu bukan namanya mengharap malah kau perlahan-lahan terima. Ingat yang macam mana susah sekalipun kau cuba dah kalau Tuhan tu kata bukan dia maknanya bukan dia. Aku ni pun, tak adalah pandai mana soal hati ni tapi cukuplah sekadar nak hilangkan sikit risau kau tu,"

"Perasaan sesuatu yang kita tak boleh nak halang tapi masih boleh dikawal. Aku tahu kau rasa macam nak merampas anak-anak Yusuf waktu kau jaga dia orang tapi aku tahu bukan tu niat kau, Han." Pesan Arash.

Johan tersenyum nipis mendengarnya.

Betullah, kalau benar dia ikhlas, niatnya itu tak akan terpesong. Bukan mahu menangi dua hati kecil itu melainkan menjadi ibu bapa sementara saja.

Kasih sayang dia kepada makhluk bernama manusia, tidak lebih dan tidak kurang.

"Thanks, Rash."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now