41-TAHU

265 18 9
                                    

BANGUN saja pagi ini, Zulaikha berada di bilik tidur Kasyaf yang lama. Seketika keningnya berkerut. Kemudian diselak pula selimut yang membaluti tubuh dan Zulaikha pantas bangkit dari katil.

Semalam, dia tidak tidur di sini. Takkanlah dia bermimpi pula?

Tudung sarung yang terletak elok di atas sofa dicapai sebelum dia melangkah keluar. Risau kalau-kalau Kasyaf atau Damian masih ada di situ.

Keluar saja dari bilik, suasana serta merta jadi sunyi. Tiada sebarang bunyi, senyap. Baru Zulaikha mahu mengeluarkan suara, kelibat Naz yang sedang menuruni tangga menyapa pandangan.

Fuh, ingatkan mimpi.

Tak tunggu lama Zulaikha terus berlari anak mendapatkan suaminya. Lengan lelaki itu diselar.

“Naz-” terhenti bicara Zulaikha bila Naz rentap kasar tangannya dan pandangan lelaki itu juga.. dingin.

Who are you?” kening Yuta bertaut. Begitu juga Zulaikha.

“A-apa..” tersekat suara Zulaikha di kerongkong. Yuta menjeling Zulaikha atas bawah.

Perempuan mana pula yang Naz angkut semalam?

“Ena!” jerit Damian dari belakang. Tak teragak, bahu Zulaikha ditarik ke arahnya. Zulaikha ingin menolak namun Damian bertindak mencengkam lebih kuat.

“Diam, Ika. Kau tak tahu apa jadi.” Keras, Damian berbisik membuatkan Zulaikha terdiam juga.

Apa pula kali ini?

Kening Yuta terjungkit sebelah, dia berpeluk tubuh.

“Ah, perempuan kau rupanya,” selamba dia berkata. Damian pantas saja menggeleng. Kepala tertoleh sekilas memandang Zulaikha.

“Eh, bukan. Dia adik akulah, Helena. Kau lupa ke?”

Yuta kemudiannya mengamati wajah Zulaikha dalam-dalam. Seingat dia, adik Damian sakit, tapi macam terlebih sihat saja.

Familiar, tapi dia tak ingat.

“Huh, besar dah adik kau rupanya. Kau kenapa? Muka macam nak nangis je,” Yuta pandang Zulaikha pula. Mukanya jelas-jelas menayangkan wajah jengkel.

“Dah kau buat muka macam tu mananya Ena tak takut, kan?” kata Damian. Lambat lambat Zulaikha angguk mengiyakan. Kenapa wajah suaminya terlalu jengkel dan dingin?

Dia tak faham.

“Kau boleh jaga adik kau, but please jangan bagi aku nampak dia. I don't like her,” Zulaikha dijeling sekilas sebelum dia menyambung langkahnya kembali.

Hilang saja kelibat Yuta, Zulaikha tolak Damian menjauh.

“Apa tadi tu, Ian. You better tell me!” merah wajah Zulaikha menahan rasa. Kenapa Naz nampak lain?

Gayanya lebih kurang dengan Naz, cuma tadi lelaki itu mengabaikan dia.

Damian garu kepala sebelum dia menoleh ke belakang apabila bunyi pintu kedengaran.

Kasyaf terdiam memandang wajah menyinga Zulaikha dan wajah serabut Damian.

“Asal weh?” Kasyaf bertanya.

“Asal? Kenapa suami aku tak ingat siapa aku? Apa dah jadi?” tanya Zulaikha. Geram, dia geram sangat.

Huh?”

“Huh?”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now