21-TIPS DAN BANTUAN

366 17 24
                                    

MATURED

ZULAIKHA buka mata apabila terdengar bunyi pintu bilik air dihempas. Terkenyit kenyit matanya memandang siling di hitam di atas. Tangannya bergerak memegang butang pajama yang masih terbuka sejak semalam.

Tiba-tiba saja dia teringatkan kejadian malam tadi.

Tangan yang tadinya menahan dada Yusuf bergerak melilit leher lelaki itu. Pinggangnya juga terasa dipeluk erat. Yusuf mendalamkan ciuman sambil itu badannya naik menindih separuh badan Zulaikha.

Hangat.

Zulaikha tolak perlahan bahu Yusuf apabila dia mula mencari nafasnya yang hilang. Yusuf satukan dahi mereka, menatap mata bening Zulaikha. Buat kesekian kalinya liur ditelan sebelum dia mencium Zulaikha lagi. Menghantar seribu satu rasa kepada Zulaikha.

Rambut lebat Yusuf diramas ramas perlahan. Tersentak tubuh Zulaikha apabila ciuman Yusuf jatuh ke leher dan tulang selangkanya. Zulaikha ketap bibir menahan rasa apabila ciuman tadi bertukar menjadi gigitan kecil.

“Y—yusuf..” panggil Zulaikha. Tangannya turut memegang jari Yusuf yang mula membuka butang pajama miliknya. Yusuf angkat wajahnya lalu kembali mengucup seluruh wajah Zulaikha. Telinga Zulaikha juga digigit lembut sebelum dahinya dijatuhkan pada bantal di sebelah kepala Zulaikha.

“Damn, I can't hold myself.” tercungap-cungap nafas Yusuf cuba menahan diri. Bahunya terasa dipeluk.

“Ka—kalau awak nak, sa—”

“Nah, I'm good. Tidurlah, kau mesti penat,” tolak Yusuf. Tubuh dijatuhkan terlentang ke atas tilam lalu mata dipejam rapat. Tanpa mencelikkan mata, tubuh Zulaikha ditarik semula ke dalam pelukan.

“Tidur.”

Berkerut dahi Yusuf yang baru sahaja keluar kamar mandi itu. Sambil tangannya mengelap rambut menggunakan tuala, sambil itu matanya memerhati Zulaikha yang sedang termenung itu. Makin lama, makin merah wajah putih itu memberi tanda kepada Yusuf tentang apa yang difikirkan Zulaikha.

Nakal ya?

Bibirnya melorek senyuman nakal sebelum katil bersaiz king itu dipanjat. Tanpa aba-aba, tubuh Zulaikha dicempung.

“Argh! Yusuf, apa awak buat ni?” Zulaikha menjerit. Lekas leher Yusuf dipeluk takut terjatuh.

“Subuh dah masuk dah ni. Kalau nak tunggu kau flashback yang malam tadi rasanya lambat lagi kita solat.”

“Eh, turunkan lah! S-saya boleh mandi sendiri!” Yusuf buat tak tahu saja tapi bila  sampai di dalam bilik air Zulaikha diturunkan di atas sinki. Belakang kepala Zulaikha dipegang lalu dia menyatukan bibir mereka.

Cuma sekilas.

A sweet morning kiss to start our day. Mandi cepat, aku tunggu. Kita solat sama-sama,” kata Yusuf. Kepala Zulaikha ditepuk perlahan sebelum dia berlalu keluar dari situ.

Zulaikha tekup kedua pipi yang mula berbahang.

Ya Allah, sudahlah Yusuf tak berbaju lepas itu sesuka hati saja cium dia yang belum gosok gigi ini. Rasa nak pengsan!

Tanpa membuang masa, cepat-cepat Zulaikha mandi dan apabila tiba saat mahu keluar, dia baru tersedar sesuatu. Baju!

Tak mahu Yusuf lama menunggu, bathrobe yang digantung diambil lalu dia terus keluar. Terkaku seketika melihat Yusuf yang berkopiah bersama t-shirt putih dan kain pelikat. Kacaknya itu berganda-ganda!

Okay, so kau tak nak pakai baju ke macam mana ni?” tegur Yusuf. Zulaikha yang terpinga-pinga itu segera berlalu ke walk-in closet untuk memakai baju. Selepas itu, barulah mereka solat subuh bersama.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now