MATURED
“LAMA ke abang pergi?” Zulaikha bertanya. Yusuf menggeleng tanpa menoleh, dia sibuk mengemas bajunya.
“Tiga hari je,” balas Yusuf. Zulaikha mencebik.
Je?
Tiga hari itu lama, 72 jam!
Zulaikha bangun dari katil menghampiri suaminya. Badan Yusuf dipeluk, mukanya disembamkan pada belakang badan tegap lelaki itu. Lama dia berkeadaan begitu.
“Zulaikha, sayang-” Yusuf berhenti mengemas, cepat-cepat dia berpusing menghadap Zulaikha. Wajah Zulaikha diangkat menatapnya selepas tubuh itu ditarik duduk di atas ribanya.
“Kenapa menangis ni?” soal Yusuf lembut. Pipi Zulaikha diusap penuh sayang. Betul tekaannya tadi apabila dia dapat rasa belakang bajunya sedikit basah. Wajah risau Yusuf dipandang meminta simpati.
“A-abang nak tinggal s-saya..” Yusuf menunduk menyamai ketinggian mereka.
“Apa sayang mengarut ni? Siapa cakap abang nak tinggalkan sayang?” Zulaikha dibawa ke dalam pelukan.
“N-nak ikut..” rengek Zulaikha. Yusuf mengeluh.
Sejak Zulaikha hamil, Yusuf pergi ke tandas pun dia nak ikut. Dengan Naz pun dia tak macam ini. Terasa terbayar semula masa lima tahun yang Zulaikha luangkan dengan Naz.
Well..
Best man wins.
“Sayang tak boleh ikut. Abang pergi Osaka tiga hari saja. Cepat abang pergi cepat abang balik. Okay?”
Zulaikha menggeleng, leher Yusuf makin dirangkul erat. Yusuf hela nafas perlahan.
Dia bukan apa, buatnya mereka terserempak dengan orang-orang kakaknya.
Nyawa Zulaikha boleh diancam.
“Nanti kalau Maryam jumpa kau lagi macam mana?” Zulaikha terdiam sejenak sebelum merengek, tapi Yusuf tetap Yusuf. Dia tenung saja wajah cantik Zulaikha.
“Iyalah, saya duduk rumah.” Yusuf tersenyum lalu pipi Zulaikha dikucup laju.
“Macam ni lah Zulaikha abang,” puji Yusuf. Zulaikha tersenyum nipis, kenyataannya dia masih tidak puas hati. Suruhlah Luke atau Kasyaf yang ganti. Sicheng pun ada.
Gatal sangat nak pergi!
“Kenapa abang lipat macam ni, mari sayang tolong,” tegur Zulaikha. Boleh pula dia gulung saja baju dan campak dalam bagasi.
Zulaikha turun dan duduk bersila di sebelah Yusuf. Baju di dalam bagasi Yusuf dikeluarkan semula. Pantas Yusuf menghalang.
“Sayang duduk diam-diam sajalah, biar abang yang buat sendiri.” Yusuf mendengus bila Zulaikha buat tak tahu dengan arahannya.
“Tak apa, saya-Arghh!” Terjerit kecil Zulaikha bila Yusuf mendukungnya seperti bayi kemudian dia tersengih. Leher Yusuf dipeluk erat, takut terjatuh.
“Kenapa degil sangat ni? Nak sangat kena denda dengan abang ke, hm?” tanya Yusuf. Sempat punggung Zulaikha dipukul manja.
“Argh, abang!” Zulaikha terjerit kecil namun bibirnya masih tersenyum lebar. Yusuf ketawa. Zulaikha diletakkan di atas katil sebelum dia naik menindih. Yusuf balas senyuman Zulaikha. Mereka beradu mata.
Tenang.
“Flight abang pukul berapa?” soal Zulaikha lembut. Jemarinya juga sudah naik menggosok belakang tengkuk Yusuf perlahan membuatkan lelaki itu melorek senyuman senget. Terpejam seketika mata Yusuf.
YOU ARE READING
BIDADARI ; YUSUF'S
RomansaCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...