YUTA BERCEKAK PINGGANG memandang kedua-dua anak kecil yang sedang mendongak memandang ke arahnya. Seorang sudah tersenyum lebar, seorang lagi hanya menatap biasa.
Sekarang Yuta ditinggalkan di ruang tamu bersama dua anak kembar ini. Mungkin isterinya ada bersama Thaqief dan Atiqah di halaman belakang.
Saja mahu memberi ruang mungkin.
"Babah!" Fathi menegur. Kaki kanan Yuta dipeluk rapat. Matanya dikelip-kelipkan ke arah lelaki itu. Fattah yang melihat kelakuan abangnya juga berbuat yang sama.
Yuta kemam bibir menahan senyum. Comel.
Tubuh Fathi diangkat tinggi lalu dibelek wajah dan tubuh anaknya itu. Yuta terangguk-angguk.
Memang sama. Mukanya dengan anak kembarnya ini. Ketawa suka Fathi bila tubuhnya terasa melayang. Fattah di bawah memerhati, lalu hujung baju Yuta ditarik tarik.
Yuta menunduk dan serentak itu Fattah membuka lebar kedua tangannya. Mahu Yuta mendukung dia juga. Fathi diletakkan semula dan Yuta angkat pula tubuh Fattah. Anak lelakinya itu hanya tersenyum lebar, tak seperti abangnya yang ketawa suka tadi.
Sah, yang nombor dua selalunya memang lain.
"Babah.." Fathi memanggil. Yuta yang faham maksud di sebalik panggilan itu terus menjatuhkan Fattah dengan perlahan. Dia melabuhkan duduk di sofa, serentak itu juga si kembar itu naik ke pangkuannya. Keduanya melabuhkan kepala di atas dadanya.
Dari semalam sejak dia sampai ke sini, tubuhnya langsung tidak dilepaskan. Mahu melekat saja budak berdua ini dengannya. Zulaikha pun tak dipandang.
"Babah.. nape babah iyam?" tanya Fathi, terkelip-kelip mata bulatnya. Dia pun sedar, semalam Yusuf bertanya macam-macam. Hari ini, senyap pula.
Yuta garu dahi. Takkan nak kata yang semalam itu bukan dia pula? Gila, gila.
"Aku.. ba-babah.. er.." Yuta mengeluh. Seumur hidupnya, tak pernah terfikir soal kahwin apatah lagi mahu ada anak. Rasa janggal pula dia.
Cringe dengan diri sendiri.
"Babah akit ke?" Fathi tekup kedua pipi Yuta. Fattah pula terus memeluk dada lelaki itu. Yuta ketawa kecil, tak percaya dia boleh jatuh hati dengan makhluk comel di hadapannya ini. Kecil tapi tembam!
Geram dia dibuatnya.
"Tak, Fathi. Babah tak sakit," kata Yuta. Rambut lebat itu diusap lembut. Fathi sengih menampakkan gigi. Pipi si babah diciumnya laju.
"Babah encem yah.." Fathi memuji membuatkan tawa Yuta sekali lagi terletus.
"Tengoklah babah siapa," ciuman dijatuhkan ke hidung kecil Fathi dan Fattah. Suka betul dua budak kecil itu. Ingatkan dalam gambar saja babah mereka kacak rupanya kalau jumpa depan-depan, lagi kacak!
Rasa unreal..
"Cem nye.. cam Athi!" Fathi tekup pipi Yuta lalu dicubit dengan jari tembamnya. Yuta kemam bibir geram dengan kecomelan si kecil. Akhirnya tubuh gempal kedua anaknya itu digomol sepuasnya.
Haish, comel!
"Bah, no! Nat ite.." (Babah, no! Penat kita..) pipi Yuta ditolak menjauh dengan tawa yang masih bersisa. Yuta bangun dari terus menunduk. Dipandang anak-anaknya yang masih berbaring di sofa besar itu.
"Nak bubu.." Fathi kembungkan pipi. Yuta tersenyum sambil mengusap rambut perang anaknya. Tubuh montel itu diangkat duduk di riba.
Dia memang anak mak. Kalau boleh mahu berkepit saja dengan Zulaikha. Tapi dia mahu meluangkan masa dengan Yuta dahulu.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI ; YUSUF'S
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...