07-DI SEBALIK KATA

365 28 7
                                    

ARTIKEL yang terpapar di skrin tab dibaca. Sedari tadi wajahnya serius sahaja. Seketika, terlepas keluhan berat dari dua ulas bibirnya.

Tangan naik memicit pelipis.

Pening.

Lepas satu, satu masalah yang Naz cetuskan. Dah buat, pandai pula lari tinggalkan dia yang nak kena uruskan semua ni. Sama seperti apa yang berlaku pada Atiqah dan Thaqief.

Dia juga yang kena!

Nak tolong konon.

Yusuf naik pening, nasib baiklah anak buah dia pandai nak cover semua kerja kotor Naz. Yusuf bangun dan tab tadi ditinggalkan di atas meja. Dia berjalan merapati rak buku di hujung bilik itu lalu satu buku ditarik.

'klak'

Satu pintu rahsia miliknya terbuka. Dengan langkah tenang, Yusuf berjalan menuruni tangga. Lampu dibuka dan terpapar kesan darah yang masih berkesan di lantai.

Nantilah dia suruh Damian bersihkan.

“Casper..” panggil Yusuf. Diam seketika sebelum ada sesuatu menerkam Yusuf dari belakang. Terbaring Yusuf dibuatnya.

'buk'

Yusuf ketawa. Kepala si Casper yang sedang menjilat wajahnya diusap.

Harimau kumbang kesayangannya.

Hadiah terakhir papa untuk dia.

“Do you miss me?” tanya Yusuf apabila Casper mula melentok manja di bahunya. Tubuh Yusuf seakan dipeluk. Wajah yang berbulu itu Yusuf gomol geram.

Comel.

“Did you have your special dish last night, hm?” Bulu kepala Casper diusap-usap. Tak ada pula dia bau darah pada Casper. Mungkin, Luke yang bersihkan si black panther seekor ini. Yusuf tersenyum apabila Casper mengaum manja. Rasa nak bawa Casper balik Jepun sekali.

“Papa dah kena balik, Casper. I'll miss you, kalau lama sangat papa bawa Casper sekali..” sedih saja suara Yusuf, tapi dia masih berjanji.

Sudahlah dia tak habis broken lagi.

Cakap pasal broken, sunyi pula dia rasa. Sudahlah anak yatim piatu, kekasih pun tak ada. Mengingatkan kawan-kawannya, dia sendiri pun rasa penat. Tak tahulah nak jelaskan bagaimana. Dia rindukan persahabatan mereka.

Mampukah mereka maafkan dia?

Sunyi.

Yang adanya Damian, Kasyaf dan Luke. Sudahlah tiga orang itu suka membuat dia serabut dengan perangai gila masing-masing. Selalu sangat video call dia lepas tu buat perkara merepek. Luke menganjing Damian menyanyi lah, buat muka geli bila Kasyaf bercakap lah.

Semuanya pelik-pelik.

Naz pun satu hal juga. Lagi gila dia kalau selalu begini.

Memang dah gila agaknya.

“Papa broken lah, Casper.. mama dah kena rembat. Member pula hilang. Buat penat je bersaing dengan kawan sendiri. Casper jelah yang papa ada.” Yusuf mengadu. Paw besar Casper diusap-usap pada pipinya, dipandang si bulu kesayangannya dengan wajah meminta simpati.

Casper yang seakan faham itu terus memeluk tubuh Yusuf. Seluruh tubuh besarnya dijatuhkan ke atas riba Yusuf.

Tangan naik membelai lembut bulu hitam berkilat milik Casper. Yusuf senyum namun matanya mula mengalirkan cecair jernih.

Papa, your lovely Casper is perfectly fine. Bisik hati Yusuf.

Apalah nasib dia, alih-alih binatang juga yang sayangkan dia.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now