19-CERITA LUKE

243 19 9
                                    

HARI berganti hari, namun semuanya masih sama. Yusuf dengan hidup Yusuf dan Zulaikha dengan hidup Zulaikha. Kasyaf yang menghadap pula yang rasa rimas.

Seorang ke selatan, seorang ke utara. Dengan dia sekali yang pening. Ingatkan yang berumah tangga saja yang bermasalah, dia yang bujang ini pun terpalit sekali.

Ini, mulut dia ini geram saja nak beritahu semua rahsia Yusuf pada Zulaikha. Sudahlah lelaki itu sudah seminggu tidak balik. Zulaikha pula tak habis-habis termenung.

“Encik Kasyaf, kau memang ada niat nak banjir kan rumah ni ke?” tegur Luke yang baru sahaja sampai di situ. Jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah pasu bunga yang sudah dipenuhi air itu. Bertakung siap melimpah-limpah lagi.

Kasyaf tersentak. Dia menoleh ke arah Luke seketika sebelum memandang pasu bunga yang dimaksudkan oleh Luke. Kasyaf tepuk dahi sendiri sebelum dia berlari menutup pili air. Terkumat-kamit mulutnya memarahi diri sendiri.

Walaupun bukan salah dia. Ini semua salah Yusuf dan Zulaikha!

“Kau buat apa dekat sini?” tanya Kasyaf. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke dalam rumah.

“Aku nak kahwin,” beritahu Luke selamba sebelum melangkah mendahului Kasyaf untuk masuk ke rumah agam itu. Kasyaf terdiam, terkelip-kelip matanya memandang belakang badan Luke.

What? Kahwin?

“Weh, seriuslah? Bukan hari tu kau kata parent Farhah tak suka kau?” Kasyaf bertanya. Kakinya turut mengikuti langkah Luke ke dapur.

Tahu dah dia kenapa Luke datang sini. Cari makanan percuma.

“Kau tak ada masak benda berat sikit ke, Kasy?” Luke bertanya semula. Bukan tak mahu menjawab soalan Kasyaf, tapi perutnya tengah lapar sekarang ini.

“Aku bawa Zulaikha makan luar tadi. Kau nak makan apa-apa ke, aku boleh masakkan? Tapi jawablah soalan aku dulu,” kata Kasyaf. Luke pantas membuat muka.

“Memang lah dia orang tu tak suka aku. Lagipun bukan dia orang yang nak kahwin dengan aku, tapi Farhah. Ayah Farhah tu, bila tahu aku CEO Luke's Empire terus approved. Mak dia lah susah sikit, suka sangat ungkit pasal Thaqief tu,” beritahu Luke sambil itu kek coklat buatan Kasyaf.

Kasyaf jatuhkan kepala beberapa kali. Faham.

“Aku masakkan kau resepi baru akulah. Creamy tomyam pasta.”

“Ikut kaulah nak masak apa. Ni, mana si Ika? Sunyi semacam je rumah ni.”

“Ada dekat taman belakang, termenung jelah kerja dia.” Luke angguk perlahan. Kerusi tinggi yang berdekatan island kitchen ditarik lalu dilabuhkan punggung di situ.

“Kau tak rasa dia perlukan kawan ke? Kesian juga aku tengok dia sunyi macam tu.”

“Itu kau, aku yang hari-hari hadap ni rasa nak menangis pun ada,” balas Kasyaf. Tangannya juga sibuk memotong bahan untuk dimasak.

“Aku pergi tengok dia sekejap lah,” kata Luke sebelum bergerak ke laman belakang rumah. Kasyaf buat tak tahu saja, fokusnya cuma memasak sekarang.

“Kau.. nak dengar cerita tak?”

Zulaikha yang sedang ralit termenung itu tersentak mendengar suara Luke. Dia menoleh sekilas.

“Bila kau datang?” tanya Zulaikha semula. Dia memandang saja Luke yang duduk memeluk lutut di tepi bangku yang dia duduki.

“Tadi. Kau nampak macam bosan sangat je. Nak dengar cerita?” tanya Luke lagi.

Zulaikha senyap, berfikir.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now