16-DIARI

285 23 8
                                    

'BUK'

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, tubuh Zulaikha dihentak agak kuat ke dinding. Tangannya juga naik mengepung Zulaikha di antara tubuhnya.

“S-sakitlah, Yusuf.” Zulaikha mengaduh perlahan. Menunduk saja wajahnya, tak berani memandang wajah tegang Yusuf.

“Kenapa duduk jauh dari Luke? Lupa yang kau tu isteri orang? Macam mana kau boleh bercakap dengan lelaki yang dah panggil kau murah? Kau tak serik ke? Kau masih ada perasaan pada dia?” tanya Yusuf geram.

Ah, dia tak boleh kawal rasa cemburunya!

“Kenapa kau diam—”

“Kau tu! Kau sentuh aku sesuka hati. Memanglah Han pernah panggil aku murah, tapi kau tu suka buat aku rasa murah! Aku isteri orang, aku sedar. Tapi kenapa kau layan aku macam aku ni isteri kau?!” marah Zulaikha. Geram dia bila Yusuf tak habis-habis nak salahkan dia.

Bukannya dia minta untuk berjumpa dengan Johan.

“Dia kawan aku juga, dia kawan baik kau. Kalau aku sendiri boleh maafkan dia, kenapa kau nak kena berlebih? Dari dulu lagi, Yusuf. Aku biar je kau pegang aku sesuka hati sebab aku faham niat kau nak tolong aku. Tapi kau melebih! Kau ambil kesempatan!” Teresak-esak Zulaikha selepas itu.

Dah lama dia pendam. Dia pun tahu penat juga.

Yusuf terdiam lama.

Berkerut dahi dan keningnya melihat air mata Zulaikha. Anak mata itu bergetar membalas panahan matanya.

Kenapa?

Kenapa bila dengannya, Zulaikha hanya menangis? Sedangkan bila ada Naz, hanya senyuman yang terukir di bibir itu.

Sampai bila dia harus begini?

Berpura-pura begini.

Tuhan, sakitnya.

“K-kenapa kau menangis..” bisik Yusuf perlahan.

Rapuh.

Berat dan sempit rasa dadanya.

Dia cuma takut.. dan risau. Takut dan risau yang Zulaikha akan pilih Johan berbanding dirinya.

Dia.. Yusuf, bukanlah sesiapa buat Zulaikha.

Zulaikha terpaku melihat wajah sayu Yusuf. Jelas tergambar kesedihan. Kenapa dengan lelaki ini?

Ini.. bukan Yusuf yang dia kenal.

Yusuf yang tegas, garang dan angkuh.

“Jangan keluar lagi.”

Sekelip mata saja Yusuf berubah dingin semula. Zulaikha terngadah, berdiri tegak bersandar pada dinding. Memandang penuh tanya Yusuf yang sedang mendaki tangga.

Yusuf.. aneh.

YUSUF berpeluk tubuh memerhati anak-anak buahnya sibuk mengangkut barang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YUSUF berpeluk tubuh memerhati anak-anak buahnya sibuk mengangkut barang. Syed yang sibuk menyemak barangan itu dirapati.

“Dah settle ke semua? Ada apa-apa lagi?” Yusuf bertanya, matanya mengerling ke kawasan sekeliling rumah agam itu. Selepas peristiwa hitam itu, Yusuf merancang untuk mengosongkan rumah yang Naz hadiahkan kepada Zulaikha itu.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now