18-SHAFIE

288 23 19
                                    

“WAFI!” panggil satu suara lunak dari belakang. Serta merta langkah Syed terhenti seketika sebelum kakinya laju menyambung semula langkah. Dia kenal sangat dengan suara itu.

Medina Tahirah!

“Syed Wafiuddin! Baik awak berhenti sebelum saya buat kecoh!” jerit suara itu lagi dan kali ini Syed mengalah.

Medina tak pernah main-main.

Lambat lambat tubuhnya berpaling ke belakang. Menatap datar wajah si gadis yang tersenyum manis ke arahnya. Di tangannya juga ada mangkuk tingkat.

“Jom lunch! Dina ada masakkan untuk Wafi,” ajak Medina. Terkelip-kelip matanya memandang wajah kacak Syed yang sudah membahang hangat.

Kacak kacak begini nak ke mana?

“A-aku ada kerja, Dina. Lain kali sajalah.” balas Syed lembut, kalau dia marah nanti mulalah Medina nak buat benda gila. Dia alihkan pandangan daripada terus membalas tatapan gadis itu.

Medina mencebik. Ingat dia ini jenis mudah mengalah dan menunduk ke?

Tidak, tidak.

Okay, tak apa. Terpaksalah saya viralkan video—”

“F-fine, Medina. Stop it,” pintas Syed. Tahu sangat video apa yang dimaksudkan Medina. Medina senyum lebar.

Teringatkan peristiwa beberapa bulan lepas.

Medina mengintai di sebalik dinding. Penat jugalah dia menyelinap di dalam kereta Mulhim semata-mata mahu mengganggu Syed Wafiuddin.

Kelihatan abangnya dan beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam sedang berbincang sesuatu. Tolak semua itu ke tepi kerana yang menjadi tumpuannya sekarang adalah encik crush!

Syed Wafiuddin!

Lihatlah betapa hotnya lelaki itu memakai turtleneck berwarna hitam. Dengan cuaca yang panas begini. Fuh!

Bertambah-tambah bahangnya itu!

Seketika kemudian, mereka semua bergerak masuk ke gudang besar itu. Medina tersengih. Aplikasi kamera dibuka dan dia mula merakam.

“Hey, guys! So, hari ni I nak pergi usha encik crush yang super duper hot! But, I actually don't know where I am now. Look,”

Medina berpusing 360 darjah bersama iphone miliknya. Menunjukkan kawasan gudang yang baginya sedikit aneh itu.

“Apalah yang abang dengan Wafi—”

'bang'

Medina tersentak sendiri. Terhenti segala bicaranya. Dia bukannya budak tadika untuk tidak mengerti bunyi apa itu. Lagipun, Mulhim selalu mengajaknya untuk menemani lelaki itu berlatih menembak sewaktu di sekolah dulu.

“So.. it's gonna be a thriller vlog for today!” kata Medina. Tali hoodie yang diikat di bawah dagu dikemaskan. Nasib baiklah dia pakai hitam juga, kalau tidak habislah kantoi. Kamera telefonnya juga terus diputarkan ke belakang.

“Ouh, encik crush kita yang malu-malu tu main piu piu dengan abang, ya? Biashe dia!” bebel Medina sendiri. Kakinya bergerak menghampiri pintu yang dimasuki lelaki-lelaki tadi.

Medina memandang sekeliling. Pelik! Kerana tiada sesiapa di luar ini. Sememangnya dia seorang. Takkanlah tiada yang mengawal di sini?

“Hmm.. you guys rasalah kan apa yang dia orang buat dekat sini. Sus betul..”

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now