TRIGGER WARNING
TERKAKU TUBUH MARYAM saat ayat itu meluncur keluar dari bibir Yuta. Mata tertancap pula pada rakaman intim di antara dua orang manusia itu.
Mummy.. dan datuknya sendiri.
"A-apa.."
Yuta peluk tubuh, direnung penuh rasa Maryam dari belakang. Kertas-kertas berselerak di atas meja dilihat sebelum sekeping envelope dibuka. Surat keputusan ujian DNA itu ditatap kosong.
"Papa tahu benda ni, tapi dia tetap bela kau. Tapi, apa yang kau balas? Kau.. bunuh dia.. kau bunuh mama.." Yuta genggam jemari sendiri sehingga merah, urat hijau naik menyerlah di lengan sasanya.
Mental Yusuf semakin teruk selepas kejadian itu, Yuta masih ingat dengan jelas. Semuanya menjadi huru-hara.
Dan dia tahu semua rahsia ini.
"Kau mesti tak tahukan semua ni? Kesiannya, tapi padanlah dengan muka kau." Yuta berjalan tenang. Pinggang Maryam dipeluk dari belakang.
Kuat pelukan itu sehingga wanita itu meringis kesakitan.
"Aku bunuh lelaki tua tu bersebab tau, Maryam. Bukan macam kau.. kau bunuh papa aku sebab dia kahwin lain? Eh, perempuan!"
Rambut Maryam ditarik kuat. Dingin wajahnya menatap sisi wajah wanita itu. Menyinis bibirnya melihat air mata yang mengalir di wajah itu.
Alat kawalan jauh ditekan memaparkan video yang seterusnya.
"Kau cuba tengok, apa kau buat dengan mama papa aku. Kau tikam papa, lelaki yang kutip kau jaga kau macam anak sendiri. Kau tahu betapa hancurnya hati dia bila dia tahu yang anak yang isteri dia kandungkan bukan anak dia tapi anak ayah kandung dia. Bukan salah kau, tapi salah kau bila kau tak reti nak menghargai. Bodoh!"
"Mama aku jaga kau dengan baik, tak pernah pun dia pilih kasih. Kau tengoklah, kau rodok perut dia macam tu.. sakit. Kau tahu tak?! Sakit, bodoh!" Sekuat hati rambut Maryam ditarik ke depan dan belakang.
Maryam menjerit, rasa mahu tercabut kulit kepala bila tangan kasar itu merentap-rentap rambutnya. Sebelah lagi tangan lelaki itu mencengkam kuat tepi pinggangnya.
"Kau tengok apa kau buat dengan adik aku, dia tak sempat pun tengok dunia. Ya, bukan salah kau pada mulanya tapi orang yang sepatutnya disalahkan bukan mama dengan papa, Maryam!"
Marah. Rasa meluap-luap darahnya mengalir ke seluruh badan. Di depannya sekarang ada orang yang sudah membunuh seluruh keluarganya.
Dia bukannya jenis yang memaafkan tetapi dia berdendam. Makin lama disimpan, makin lama dendam itu berkurung dalam dirinya. Makin teruk si pelaku itu terkena akibatnya.
Dan Zulaikha.
Makin besar dendamnya apabila ketahuan yang ayah wanita itu juga menjadi mangsa. Menyakiti kesayangan Yusuf bermaksud menyakiti kesayangannya juga.
"Kau memang bukan anak papa, Maryam. Dan untuk persoalkan layanan orang pada kau bukan pilihan yang tepat.."
"Abang.."
Bahu Nadir disentuh lembut. Tak senang hatinya melihat wajah sugul suaminya itu. Nadir tidak menjawab, dia menoleh sambil tangan mencapai tangan mulus yang hinggap di bahunya. Jemari runcing itu dibawa ke bibir.
Tenang rasanya bila haruman sakura itu menerobos deria baunya.
"She's not my daughter, sayang." Satu keluhan berat terhela perlahan. Pandangan jatuh pada sekeping kertas yang kemas dalam genggaman. Mata Yara juga jatuh pada tempat yang sama.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI ; YUSUF'S
RomanceCOMPLETED BIDADARI SERIES II وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ ❝Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.❞ [al-Imran : 54] RAHSIA. LELAKI ITU PENUH RAHSIA SEHINGGA MENJERAT SEORANG FATIH...