10-BUNGA

289 24 6
                                    

“SYED, tell me all my schedules for this week.” Kata Yusuf sambil jarinya laju mengetik skrin tab nipis miliknya.

“Hari ni, Tuan ada majlis ulang tahun syarikat Saft Tech dekat Angsana Hotel. Esok pula, meeting di Reyes Group, Tan Sri Schalan Suh. He's one of our company's biggest investors. Then, ada tinjauan ke La Rouge Hotel. Ada beberapa kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan dan Tuan kena ada untuk lakukan pemantauan. The next day, ada lawatan ke rumah anak yatim cahaya. That one orphanage yang perlukan sumbangan dari bulan lepas. Lepas tu—”

Wait a minute, aku kena buat semua benda ni dalam masa seminggu? Aku baru masuk hari ni, semua aku kena buat? Then, apa je Maryam buat selama ni?” tanya Yusuf bertalu-talu. Tak puas hati.

Syed terdiam.

Err.. Tuan, selama ni Puan Maryam banyak tangguhkan temujanji dan hanya fokus pada..”

“Dah dah, I know. Huh, pening kepala aku. Sambung,” Yusuf picit pelipis sendiri.

“Lepas tu, Tuan off untuk tiga hari—”

“Asal pula? Kerja aku banyak takkan..”

“Tuan, Tuan Naz yang minta cuti. It's your anniversary..” beritahu Syed. Dia tundukkan kepala sekali bila Yusuf merenungnya tajam.

Yusuf terkekeh sinis.

The love birds are totally in love, huh?”

Yusuf bersandar dengan lengan kiri ditindih dengan kepala.

Berfikir.

What can I do as a gift for 'our' fourth anniversary?” tanya Yusuf sendiri. Wajah diangkat memandang Syed.

Any idea?”

Syed garu belakang lehernya.

“Aku tak tahulah, Tuan. Maybe some sweet things that marriage couple did?”

Hujung bibir Yusuf menyengih.

Some sweet marriage thingy..

Sounds interesting.

Uh, I'll think it next time. Sekarang, aku nak kau bersiap. Kita pergi majlis..” kata Yusuf. Emel jemputan yang diterimanya dibaca berkali-kali. Cuba mengingat semula soal sedikit syarikat itu.

This is Tan Sri Sulaiman's company.. Atiqah..” Yusuf gigit bibir.

“Thaqief pergi tak agaknya?” tanya Yusuf tiba-tiba. Syed garu dahi. Aduh, Yusuf ni pun. Buat macam dia tahu semua benda.

Tak apa, dia memang gempak. Sudahlah comel.

“Aku rasa tak, Tuan. Sebabnya, Luke ada kata yang.. Atiqah baru je bersalin. Jadinya..”

Yusuf mengangguk. Bawah bibir diusap berkali-kali.

Merancang.

“Suruh Naz pergi, aku malas,” kata Yusuf. Kot yang tergantung di penyangkut diambil lalu disarungkan ke tubuhnya.

Syed angguk sekilas.

“Aku nak balik,”

Tak sempat Syed mahu membalas, Yusuf sudah berjalan keluar. Nafas dihela perlahan. Telefon yang terperap dalam poket seluar diambil.

“Bang, kau settle kan Tuan Naz malam ni. Aku ada hal lah,”

Kasyaf sudah berkerut seribu. Dah kenapa dia pula?

“Eh, kau..”

“Terima kasih, bang. Sayang kau, nanti aku belanja mamak eh? Bye..”

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now