44-HANS

364 19 4
                                    

GERAM. ZULAIKHA GERAM dengan seorang Nakamoto Yuta. Lelaki itu sengaja tinggalkan dia semula di bilik perempuan simpanan ini lagi. Sudah puas kerjakan dia dua hari, hari ketiga buat semula perangai gila dia. Marah ni..

Tak guna betul!

“Untung aku masih nampak kau, Ika. Tak nak story ke apa jadi?” tanya Maleeka. Dia menyendeng rapat pada bahu Zulaikha. Kalau tengokkan keadaan Zulaikha, dia sudah boleh agak. Jangan cakap di leher, di lengan dan bawah dagu pun ada hickeys.

Seram pula Maleeka tengok.

Jadi, betullah Zulaikha isteri Yuta. Mulhim pun berkata yang sama juga pada dia. Zulaikha yang hanya senyap itu ditenungnya. Bukan main lama biar soalan dia tergantung begitu.

“Mulhim memang tak pernah sentuh kau lebih-lebih ke?” Zulaikha pula yang bertanya. Dia dengan Yuta lain, Mulhim dan Maleeka lain. Sekurang-kurangnya mereka sudah berkahwin. Maleeka terkelip-kelip seketika seraya menggelengkan kepala.

“Tuan Taqi tu jangan cakap lebih, sentuh sikit pun dia tak pernah,” kata Maleeka, jujur. Tidak menipu sikit pun. Zulaikha mencebik, iya-iya saja si Mulhim itu. Dah kalau namanya lelaki. Miang dan suka ambil kesempatan! Badan dia ni masih sakit-sakit tau. 

Geramnya.. kalau dia dapat memang dah tak selamat lelaki itu, tengoklah.. 

“Kau.. er.. okay tak? Macam marah someone je..” tanya Maleeka. Punyalah berkerut wajah Zulaikha sampai Maleeka pun boleh rasa api kemarahan Zulaikha sedang membuak-buak. Marahkan cik suamilah gamaknya. Semalam bila Zulaikha tidak balik semula ke sini, dia fikir yang baik-baik saja. Takkanlah Yuta nak bunuh isteri sendiri kan?

“Hari-hari ke si Yuta tu langgan jantan dekat sini?” tanya Zulaikha, serius. Langsung tak senyum atau nampak wajahnya seperti sedang main-main. Maleeka terdiam seketika mahu berfikir dan mengingat semula. 

“Tak adalah sampai berhari-hari.. like setiap tiga hari macam tu..”

Zulaikha mendengus. Rasa nak ajar Yuta cukup-cukup bagi sedar langit itu tinggi ke rendah. Nakal sangat kan.. Gay konon, bila dia offer ambil juga. Tak tahulah kalau semalam itu Yusuf atau Naz. Sebab sentuhan lelaki itu.. lembut.

Uh, pening kepala!

“Eh, tu..” tak sempat Zulaikha mahu menoleh ke arah yang ditunjukkan Maleeka, lengannya tiba-tiba ditarik supaya berdiri. Berkerut dahinya memandang seorang lelaki tak dikenalinya itu menggenggam lengannya dengan wajah yang cukup mesra, senyum lebar. Tidaklah kuat tapi genggaman itu terasa kemas.                             

“Siapa..” tak sempat mahu menjawab, lelaki ini terlebih dahulu memotong bicaranya.

“Madam bagi awak pada saya, saya.. Hans.” 

Zulaikha membulatkan mata. Maknanya Maryam tahu dia di sini? Membulat besar matanya memandang lelaki bernama Hans di hadapannya sekarang. Sekali pandang, lelaki ini ada iras-iras Yuta.

Hampir.

“A-apa maksud encik?” tanya Zulaikha sambil cuba melepaskan genggaman Hans pada lengan halusnya. Nasib baiklah Hans tidak menarik semula. Dia hanya tersenyum mesra kepada wanita itu sehingga mendatangkan rasa tak selesa Zulaikha.

“Maksudnya.. awak saya punya. Jom, ikut saya!” sekali lagi lengan Zulaikha ditarik mengikut langkahnya. Kalut Zulaikha dibuatnya. Apatah lagi mata-mata di situ sudah memandangnya dengan pandangan tidak puas hati. Tertanya pula dia siapa sebenarnya lelaki ini? Apa status dia di sini?

“Ta-tak nak.. saya bukan pelacur,” Zulaikha menolak, masih dalam nada yang tidak menyakitkan hati. Hans senyum saja dari tadi.

“Tahu, awak perempuan saya, bukan pelacur.”

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now