47-PELUANG

425 20 6
                                    

RASA TIDAK PERCAYA.

Zulaikha tak mampu mahu melelapkan mata malam ini. Begitu juga Yusuf. Ralit mereka merenung satu sama lain dengan pandangan yang sarat dengan kerinduan. Lain rasanya bila jiwa Yusuf yang dekat dengannya sekarang. Rasa hangat dan sunyi yang menyenangkan.

Seketika, bibir Yusuf menarik senyuman nipis. Tangan yang berada di sisi tubuh diangkat menyentuh lembut pipi merah Zulaikha sebelum naik lagi ke bawah mata yang mula sembap itu. Perlahan dan lembut saja sentuhannya seperti tak mahu menyakiti Zulaikha.

"Tak mengantuk ke, hm?" tanya Yusuf lembut. Tadi, selepas habis sesi menghabiskan air mata masing-masing senyap. Bila Yusuf bertanya, Zulaikha langsung tidak menjawab, malah hanya senyap menatap wajah lelaki itu.

"Abang nak pergi lagi ke?" tanya Zulaikha perlahan, tidak menjawab soalan suaminya. Yusuf kelihatan tidak terkejut dengan soalan itu malah dia tetap tersenyum.

"Tak nak tidur sebab takut abang pergi ke, sayang?" Yusuf merapat lalu dahi licin itu dikucup lembut. Bila terasa tangan Zulaikha melingkar di pinggangnya, Yusuf juga bertindak merapat lalu sebelah tangan menarik lagi tubuh Zulaikha sehingga tiada ruang lagi di antara mereka. Nafas ditarik dalam mencium haruman dari tubuh isterinya.

Zulaikha pejam mata seketika sambil menyandarkan pipi pada dada Yusuf menikmati pelukan hangat itu. Rasa mahu berhentikan masa dan kekal dalam suasana ini selamanya.

"Bagi peluang pada Yuta sekejap boleh, sayang?"

Zulaikha mengerutkan dahi mendengar soalan itu, tak suka bila topik itu dibangkitkan. Baru dia mahu lepaskan pelukan, Yusuf lebih tangkas menahan dengan menarik tubuh itu kemas ke dalam pelukan. Dagu direhatkan di atas kepala Zulaikha. Mujurlah wanita itu tidak menolak.

"Dia tahu sesuatu yang abang tak tahu dan abang perlu tahu apa tu. Mesti ada kena mengena dengan kematian mama papa, paksu dan maksu. Abang yakin bukan kemalangan biasa. Sama macam parents Hans," kata Yusuf. Serta merta Zulaikha mendongak memandang Yusuf yang sedang termenung.

"Dia yang bunuh datuk kalau sayang nak tahu,"

Deg.

"He was five," Yusuf tergelak kecil, teringat yang Yuta juga sebahagian dari dirinya.

"I was five when I killed him,"

Zulaikha terdiam dalam masa yang sama dia terkejut. Tak sangka Yusuf merana dari umur yang sangat muda begitu.

"Datuk memang selalu mendesak abang dari kecil, Maryam pun sama. Nak abang jadi pewaris sebab Hans cucu lelaki dia yang tak diiktiraf. Tapi, tak ada sesiapa tahu kenapa Yuta sampai tahap membunuh. Mungkin dia tak tahan.."

"Dia terlalu banyak rahsia, dan dia sekat segala memori dia dari abang dan Naz."

Keluhan berat dilepaskan.

"Masa lepas abang terlalu gelap dan abang tak nak sayang rasa semua tu juga, tapi abang tak mampu kawal perasaan dan diri abang. Abang fikir kalau Naz jaga sayang, perasaan tu akan hilang tapi abang silap. Makin malam, rasa ni makin dalam sampai abang sendiri tak mampu nak menahan. Abang sendiri tak sangka Naz serius sampai tahap nak berkahwin,"

"Dan sekarang, hidup sayang-"

"Saya bahagia hidup dengan abang," Zulaikha berbisik perlahan, tapak tangannya melekap hangat di kedua pipi Yusuf.

"Kan saya cakap saya kekuatan abang, maknanya saya juga kekuatan Yusuf. Saya cuba pujuk dia ceritakan pada saya, ya?" Zulaikha senyum. Ikutkan emosi, memang dia marah. Tapi perasaan marah hanya akan burukkan lagi keadaan jika berlarutan.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now