50-CEMBURU

1.3K 40 8
                                        

“AKU BUAT RUMAH ni sebab nak bagi Casper hirup udara segar. Takkanlah nak terkurung je, lagipun aku suka macam ni. Sunyi, tapi tenang.”

Itu jawapan yang dia terima bila ditanyakan dengan soalan yang sama tadi.

Sedar dari lena kurang sepuluh minit tadi, Yuta sudah tiada di sebelahnya. Mungkin berada di tingkat bawah sekarang.

Malu lah tu! Hahaha..

Malu malu pun, gatal itu masih ada.

Selimut yang memeluk tubuh ditolak lalu Zulaikha berlalu ke tandas. Abang Yuta dah mandikan dia tadi, tapi sengaja dia mahu mandi sekali lagi.

Nak wangi wangi, nak goda Yuta!

Selesai mandi dan bersihkan diri, Zulaikha melangkah keluar dari bilik tidur lalu terus menuju ke tingkat bawah. Terteleng teleng kepala mencari keberadaan Yuta.

Apabila mata dapat menangkap kelibat Yuta, bibir spontan mengukir senyuman. Dilihat saja suaminya yang sedang mencekak pinggang sambil membebel pada Casper di halaman belakang.

Berkerut kerut wajahnya memandang harimau kumbang itu.

“Pilih kasih ya kau, Casper? Amboi amboi, duit makanan kau tu aku yang bayar tau. Boleh pula kau banding bandingkan aku dengan yang lain. Sekarang, bangun!” dia merengus kasar bila haiwan peliharaannya itu langsung tidak mengendahkannya.

Malah dia masih tenang berbaring berbantalkan lengannya.

“Awak,” Zulaikha memanggil. Bila dia berpusing, dahi berkerut seketika sebelum berjalan merapati isterinya.

“Aikha,” langkah Zulaikha pula terhenti.

Aikha? Ini.. Naz?

“Naz..” tak tunggu lama, Zulaikha mara memeluk tubuh itu. Naz terkelip.

Ingatkan Zulaikha marahkan dia?

“Macam mana Aikha boleh sampai sini?” tanya Naz, tangannya juga naik membalas pelukan isterinya. Zulaikha tekap wajahnya pada dada bidang itu.

“Yuta yang bawa,” jawab Zulaikha. Naz berdehem tanda faham, terpejam mata menikmati pelukan hangat dari isterinya itu.

Kepala dijauhkan dari dada Naz apabila terasa sesuatu menyenggol di kakinya. Zulaikha ukir senyum.

“Hai, Casper.. good morning!” tegur Zulaikha ceria. Naz buka semula matanya bila pelukan itu terlerai.

Wajahnya berubah mendung melihat isterinya sudah berguling di atas rumput bersama Casper.

Dengan dia bukan main degil. Casper memang selek!

“Isteri Naz.. kita kan lama tak jumpa, marilah peluk Naz. Casper tu biar je dekat sini, Aikha..” Naz mula merengek-rengek. Kaki dihentak perlahan ke tanah.

Zulaikha menoleh lalu tertawa perlahan. Casper yang sedang memeluknya dipandang seketika.

Memang layanan Casper berbeza dengan ‘ketiga-tiga’ tuannya itu. Dengan Yusuf, patuh saja. Dengan Yuta bukan main takut. Dengan Naz berani pula nak naik kepala.

Terhibur dia. Kehidupan seorang Yusuf Nazryn memang unik.

Naz memuncung bila Zulaikha tidak berganjak dari tempatnya. Terasa wajah Casper seperti sedang mengejeknya.

“Aikha..” lengan isterinya ditarik supaya menjauhi haiwan itu. Casper yang melihat cepat saja menggigit hujung baju Zulaikha.

Membulat mata Naz disebabkan itu.

Amboi! Bini aku tu!

Hey, no! Apa ni, Casper. She's my wife!” Naz menarik Zulaikha semula. Tubuh itu dipeluk erat. Casper menderam geram. Mahu mencakar kulit Naz namun Zulaikha menghalang.

BIDADARI ; YUSUF'S Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang