20-KEBENARAN

438 24 20
                                    

SELURUH pelosok rumah dicarinya si Kasyaf, namun batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan. Zulaikha garu puncak hidung.

Pelik.

Biasanya pagi-pagi begini, Kasyaf sedang sibuk memasak sarapan di dapur, tak pun sedang menyiram pokok di luar. Tapi hari ini tiada. Sunyi saja rumah agam yang besar ini. Padahal sudah pukul lapan pagi.

Tiada orang lain selain Zulaikha dan beberapa orang pengawal yang berjaga di luar rumah. Nasi goreng kampung yang terbiar di atas meja dipandang lalu tanpa membuang masa, Zulaikha mula menjamah.

Lambat lambat saja nasi itu disuap ke dalam mulut. Awal pula si Kasyaf ni masak sarapan.

Kalau ada Kasyaf, bolehlah buat jadi teman gosip memandangkan lelaki itu boleh tahan kaki membebel juga.

“Tengok tv je lah.” kata Zulaikha sendiri pinggan dan gelas air dibawa ke ruang tamu lalu diletakkan di atas meja kopi. Remote control diambil dan saluran tv3 dibuka.

Berita terkini.

Tak apalah, Ika. Tahu juga kau apa jadi dekat luar tu.

Mana tidaknya, telefon pun dia tak ada. Berharapkan telefon Kasyaf dan Luke saja. Betul-betul punya katak bawah tempurung. Dan bila kedua-dua makhluk itu tak ada, maka sendulah dia di sini.

Setelah licin pinggan yang digunakan tadi, Zulaikha kembali ke dapur. Pinggan dicuci sebelum dia pergi semula ke ruang tamu. Zulaikha bersandar sambil jarinya mengetik punat di alat kawalan jauh itu.

Bosan.

“Kalau aku bagitahu kau ni, kau jangan pecah rahsia pula. Dalam rumah ni, semua tempat kau boleh pergi kecuali yang satu ni. Aku cakap, in case kalau kau terjumpa bilik tu. Jangan masuk atau cuba-cuba nak masuk. Bahaya.”

Kata-kata Kasyaf bulan lepas tiba-tiba terlintas di fikiran. Macam menarik saja. Kasyaf pun satu, tahu tak kalau dia kata jangan itulah yang buat Zulaikha tertarik mahu mencari keberadaan bilik itu.

Zulaikha berdiri. Tak kisahlah, bahaya ke tak. Dia tetap nak cari! Rasa ingin tahunya sedang membuak-buak sekarang. Entah apalah yang Yusuf sorokkan agaknya.

Sekeliling rumah diperhatikan walaupun dia tahu pengawal di luar takkan masuk ke dalam. Ruang bawah itu diteliti keseluruhannya. Namun tiada sebarang bilik yang mencurigakan. Semuanya nampak normal dan biasa pada pandangan matanya.

Selepas itu, Zulaikha berlalu ke tingkat dua. Aras di mana terletaknya ruang rehat, bilik Kasyaf, ruang solat dan gim. Masuk saja ke dalam gim, segala butang yang nampak aneh ditekan tetapi seperti tadi tiada apa yang berlaku. Televisyen di ruang rehat juga diraba keseluruhannya.

Sama. Tiada apa yang terjadi.

Zulaikha teragak-agak mahu masuk ke surau sebab takkanlah Yusuf buat perkara—

Tunggu sekejap, dia dah tahu! Mestilah, tempat-tempat yang tak dijangka seperti itu menjadi 'port' buat kerja jahat.

Bijak, bijak.

Daun pintu ditolak lalu suis lampu dibuka. Semerbak haruman minyak argan menyapa deria bau Zulaikha. Wangi!

Ruang solat itu diperhatikan. Hanya ada sehelai sejadah dan kain pelikat yang tergantung pada ampaian. Juga tasbih dan senaskhah Al-Quran yang terletak di atas rehal.

Itu saja.

Zulaikha masuk pula ke tempat ambil wuduk. Paip di situ dibuka.

“Air.. normal. Tak ada apa pun,” keluh Zulaikha. Tak apa, ada dua aras lagi.

Tangga didaki lagi sehinggalah dia tiba di aras tiga. Di aras ini cuma ada empat bilik tidur untuk tetamu dan bilik game. Jarang ada orang di sini, kalau ada pun cuma anak buah Yusuf yang suka curi tulang.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now