43-SEDÚCTION

455 19 20
                                    

MATURED

YUTA MENGERANG perlahan sebelum matanya dibuka. Disebabkan terasa berat pada dadanya, pandangan ditundukkan ke arah itu. Keningnya bertaut memandang figura bersama rambut perang yang panjang itu sedang lena sambil memeluk tubuhnya.

Satu saat, dua saat, terus matanya membulat. Mencerlung tajam susuk itu. Bahu Zulaikha ditolak kasar sehingga terbaring di sebelahnya. Yuta selak selimut dan bila tersedar dia tidur tanpa seurat benang pun, terus dia mencarut.

Zulaikha memang mencari pasal dengannya.

Terjaga Zulaikha apabila bahunya terasa ditolak kasar. Mata mahu dibuka, tapi dia memang tak larat mahu berbuat begitu. Seluruh tubuhnya terasa mahu tercabut saja, apatah lagi di bahagian pinggang. Yuta.. terlalu kasar dan ganas.

“Kau memang suka ambil kesempatan, kan?” tersentak Zulaikha dengan soalan itu. Terus wajahnya berpaling ke arah Yuta yang sedia bersandar pada kepala katil dengan renungan tajam. Wajah lelaki itu terbias jelas yang dia sedang menahan marahnya. Zulaikha tahan selimut pada dadanya lalu turut sama bersandar di sebelah Yuta. Dia berdehem, dalam hati sudah menahan debaran yang menggila. Tapi sengaja dia buat bodoh.

Yuta berdecit.

"Kemaruk sangat dengan sentuhan laki ke sampai perlu main kotor, hm?" sinis soalan Yuta. Zulaikha ketap bibir menahan diri. Mulut itu tak boleh ke bercakap yang baik sedikit? Geram!

"Awak yang terkam saya dulu semalam," Zulaikha membalas. Bukan dia yang salah, Mulhim yang suruh dia berikan air itu pada Yuta. Lagipun apa yang mereka lakukan semalam tidak salah. Dia isteri dan Yuta suami.

"Huh, aku tak hamaklah nak sentuh kau," Yuta mencebik. Dia bukan dirinya malam tadi. Walaupun Yusuf atau Naz tidak keluar langsung tetap dia mahu menafikan yang dia sebenarnya yang tidur dengan Zulaikha malam tadi. Aish, yang tak gunanya dia ingat semua yang jadi malam tadi. Kesal betul!

Zulaikha kecilkan mata memandang Yuta.

"Habis tu, malam tadi tu bukan awak ke? Budak berdua tu ke yang keluar?" tanya Zulaikha tak puas hati. Panas saja rasa hatinya sekarang.

"Tak, ma-" memandang seraut wajah kecewa Zulaikha buatkan Yuta tersenyum penuh makna dalam hati.

"Memang, memang Yusuf yang keluar malam tadi. Bukan aku, tak ada selera aku tengok kau ni," kata Yuta dan dia terus bangun dari katil bersama selimut yang menutupi badannya. Zulaikha ini bukannya boleh percaya.

"Eh, janganlah tarik!" Zulaikha menjerit terkejut. Gila, dia pun tidak memakai apa-apa juga! Yuta mendengus, tak dihiraukan Zulaikha dan dia berterusan menarik selimut itu. Zulaikha tidak duduk diam, dia tarik balik selimut itu.

"Kau tu gatal, nanti adalah kau nak mengusyar badan aku!"

"Mana ada, entah-entah awak sengaja nak tengok badan saya kan?"

Terdiam Yuta dibuatnya. Tiba-tiba fikirannya menerewang tentang malam tadi, terbayang-bayang sentuhan dan belaian Zulaikha kepadanya. Seketika, liur ditelan kesat. Argh, rasa ini datang lagi. Hangat seluruh tubuh dibuatnya.

"Argh, suka hati kaulah!" pantas Yuta mencapai tuala yang berada di atas lantai lalu dia terus berlalu ke bilik mandi. Zulaikha mencebik. Macamlah dia tak tahu, Yusuf dengan Naz mana pernah berkasar dengan dia. Dengar panggilan pun dia sudah tahu siapa. Ada hati nak menipu. Tak apa, hari ini hari Yuta esok dan seterusnya hari dia pula.

Zulaikha bangun dari katil dan langkah Yuta dikejarnya. Lengan lelaki itu dilelar pantas. Yuta berpaling lalu lengannya direntap kasar.

“Apa kau nak?” tegang.

BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now