11-ULANG TAHUN

283 21 2
                                    

YUSUF berdiri memandang ke luar jendela kaca, menatap datar permandangan ibu kota. Walaupun sudah hampir tengah malam, dia masih di pejabat.

Lihatlah di bawah sana, manusia-manusia itu masih bekerja atau berfoya dia tak pasti. Yang pasti, suasana di situ masih meriah.

Huh,”

Esok adalah harinya.

Sesaat dia tersenyum sebelum senyumannya mati dan diganti dengan keluhan nipis. Di sebalik rasa gembira terselit juga rasa takut dan gusar.

Sanggupkah dia jujur? Atau patutkah berterusan bersembunyi dan berahsia begini?

Sukar.
Sukar untuk dia.

Yusuf berjalan kembali ke meja kerjanya. Dahi dipanggung ke atas meja. Mata dipejam seketika. Keluarganya bukan datang dari keturunan yang baik-baik. Ada satu empayar besar yang harus dia jaga. Satu-satunya harta peninggalan datuknya.

Sebagai ketua, dia tak boleh kahwin dengan wanita sembarangan. Isterinya juga harus datang dari keluarga yang begitu. Bagaimana dia mahu menamatkan semua ini jika hutang budinya pada Maryam cukup besar.

Tambah lagi, wanita itu satu-satunya keluarga yang dia ada.

Tak mudah untuk dia melawan.

Ahh, bodoh betul penat aku fikir.” Keluh Yusuf. Kepala diangkat lalu telefonnya dicapai. Nombor telefon Kasyaf didail laju.

Dua kali didail, baru panggilannya diangkat.

Suf? Asal kau call malam-malam ni?” Tanya Kasyaf dengan suara seraknya. Sedang dia sibuk lena, Kasyaf terjaga kerana bingit bunyi nada dering miliknya.

“Tolong aku esok,” Pinta Yusuf senafas. Ringkas dan padat.

Namun, Kasyaf faham makna di sebalik ayat itu. Terus mata yang kuyu tadi menjadi segar bugar.

“Kau.. serius ke ni? Kau nak..”

“Ya, apapun yang kau fikir, jawapannya ya. Aku nak jujur. Kau boleh kan teman aku?”

Kasyaf diam sebentar lalu dia tersenyum.

“Boleh je, Yusuf. Kau jangan risau, apa-apa yang berkaitan dengan kau aku sentiasa..”

“Iya, terima kasih kerana ambil berat. Aku tak suruh kau bebel pun.” Potong Yusuf. Malas pula nak mendengar suara Kasyaf membebel.

Geli pun ada sebab kadang-kadang Kasyaf cakap perkara yang sangat cringe.

“Okaylah, kalau macam tu. Aku ngantuk dah ni. Kau jangan tak tidur pula!” Kata Kasyaf. Yusuf tersenyum.

“Ya, tahu Kasy. Kau tak payahlah risau sangat.”

“Jangan lupa selawat banyak-banyak. Assalamualaikum,”

Yusuf balas salamnya dalam hati lalu telefon pintarnya diletakkan kembali ke atas meja. Sebuah fail berwarna kelabu tua itu dibuka. Beberapa helai surat dibeleknya satu-satu.

SIJIL PERAKUAN NIKAH

Nafas dihela lagi.

Agaknya, Zulaikha akan percayakan dia atau tidak?

Argh, ini yang dia tidak suka. Kurang keyakinan dan rasa yang tak pasti. Mulalah Yusuf rasa macam nak telefon Kasyaf dan batalkan rancangan.

“Tak, kau kena cuba.” Yusuf angguk sekali. Kalau Zulaikha tak terima, dia akan buat sampai Zulaikha terima.

Ah, akhirnya.

Ah, akhirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BIDADARI ; YUSUF'S Where stories live. Discover now