Bunyi muzik yang kuat menggisi ruang yang hanya diterangi dengan cahaya warna warni daripada disco ball yang tergantung di siling. Dance floor sudah dipenuhi dengan puluhan manusia, tidak kira jantina, menari mengikut rancak lagu yang dimainkan oleh DJ yang berada di stage atas sana.
Di sudut kelab malam tersebut, kelihatan Rayyan duduk bersendirian. Di tangannya terdapat gelas yang berisi cecair berwarna biru. Mocktail (technically a cocktail but it is non-alcoholic). Mata Rayyan hanya tertumpu pada dance floor sebelum matanya jatuh pada jam di pergelangan tangannya. 12:30am.
"Hey handsome. Can I sit?"
Rayyan memandang pada seorang gadis yang sudah pun melabuhkan punggungnya di sebelahnya. Matanya dibawa kepada badan gadis itu yang hanya ditutup dengan gaun ketat paras paha dan menampakkan lurah dadanya.
Gadis di hadapannya itu tersenyum manis saat menyedari mata lelaki di hadapannya. "So, what's your name?"
Rayyan menghelakan nafasnya. Blue Lagoon Mocktail di dalam gelas yang dipegangnya diteguk sehingga habis sebelum dia bangkit dari sofa. "Sorry, I'm not in the mood."
Kakinya mengatur langkah untuk keluar dari kelab malam itu setelah menghampakan gadis tadi. Angin malam menyapa lembut badannya.
Sekiranya dahulu ada Hazrul, Huzair dan Naufal yang akan menemaninya untuk ke kelab malam. Arfan sangat jarang menyertai mereka; disebabkan kawannya yang seorang itu sibuk dengan kerja di hospital. Tetapi sejak Naufal berkahwin, Hazrul bertunang dan Huzair telah berpindah ke London atas urusan kerja dan keluarga, kelab malam yang selalunya menjadi tempat dia melepaskan tekanan hidup dan kerja sudah tidak mengembirakan seperti dulu.
Kunci kereta di dalam poket seluar dikeluarkannya. Pintu kereta dibuka dan dia mula memboloskan diri ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan sebelum keretanya laju meluncur di jalan raya. Jarinya mengetuk permukaan stereng keretanya sambil matanya fokus pada jalan raya.
20 minit kemudian, Rayyan memarkirkan keretanya di tempat kereta persendirian di basement apartment yang diduduki olehnya. Sebaik sahaja mematikan enjin kereta, Rayyan melangkah keluar. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam apartment. Kaki panjangnya melangkah ke arah lobi bangunan apartment tersebut.
Rayyan terus melangkah ke arah lif. Nasibnya baik bila pintu lif terbuka terus tanpa perlu dia menunggu lama.
"No! Wait! Jangan tutup lagi!"
Belum sempat Rayyan hendak menutup pintu lif, suara jeritan seorang gadis bergema. Dia memandang ke arah seorang gadis yang separuh wajahnya ditutup dengan kotak-kotak yang diangkutnya. Tanpa berfikir, Rayyan menekan butang untuk membuka kembali pintu lif yang hampir tertutup tadi.
"Thank you!" Gadis yang lengkap dengan seluar slack hitam, kemeja putih dan blazer hitam menghelakan nafas lega sebaik sahaja masuk ke dalam lif. Kotak-kotak di tangannya diletakkan di atas lantai lif sebelum dia menekan butang nombor aras apartment miliknya. Dia kemudiannya menoleh pada jejaka yang menumpang lif yang sama dengannya. Membulat matanya saat melihat rakan kepada abang sulungnya itu.
"You!"
"Puteri Ayyara. Hai." Rayyan mengukir senyuman manis sambil memasukkan tangannya di dalam poket seluarnya. Wajahnya yang tegang tadi serta-merta kembali bersinar saat melihat gadis itu.
"You buat apa dekat sini?" soal Ayyara sambil pandangannya menjadi tajam, menikam wajah jejaka kacak di hadapannya ini. Matanya kemudian jatuh pada pakaian kasual yang dipakai oleh jejaka itu. Seluar hitam, t-shirt putih tuck in dalam seluar dan jaket hitam.
"I see that you are checking me out. How do I look?" Rayyan menjongketkan keningnya membuatkan Ayyara membawa matanya kembali pada wajah Rayyan.
"Perasan," cetus Ayyara malas. "You are not answering my question anyway."
"What question?"
Ayyara merengus. "What are you doing here?"
"This is my apartment, sweetheart."
Ayyara mengerutkan keningnya saat mendengar perkataan 'sweetheart' keluar daripada jejaka di hadapannya. "Don't sweetheart me ever again," ujar Ayyara tegas.
Rayyan mengukir senyuman sinis. Dia bersandar pada dinding lif sambil melipatkan lengannya di dada. Mata coklatnya tajam pada gadis di hadapannya itu. "Why? You risau you jatuh hati dekat I ke?"
Ayyara tergelak. Gelak yang kedengaran palsu walaupun di telinga Rayyan. "In your dreams!"
"Good idea. I would love to dream of you tonight. Thank you for giving the permission."
"Euw!" Ayyara mengerutkan hidungnya, tidak senang dengan balasan jejaka itu.
Ting!
Bunyi pintu lif terbuka membuatkan Ayyara tersenyum lega. Dia terus membongkokkan badannya untuk mengambil dua buah kotak di atas lantai lif. Tidak sempat dia hendak mengangkat kedua-dua buah kotak tersebut, Rayyan sudah lebih laju membantunya dan terus melangkah keluar tanpa banyak bunyi.
Ayyara mengerutkan keningnya. "Apa.."
"Faster Ayyara. Where do you live?" Rayyan menahan pintu lif daripada tertutup dengan hujung kakinya sambil matanya jatuh pada Ayyara. Kepalanya digerakkan, memberi isyarat agar Ayyara keluar dari lif tersebut.
Ayyara memandang wajah Rayyan lagi sekali sebelum dia melangkah keluar dari lif. "Tiba-tiba jadi baik dah kenapa?" bisiknya sendiri sambil mengeluarkan keycard dari dalam poket seluarnya.
"You should say thank you instead of doubting me like that."
Ayyara menoleh pada Rayyan. "I tak minta tolong pun dengan you," ujar Ayyara malas sambil dia meletakkan keycard pada keycard scanner di pintu apartmentnya. Serentak itu, pintu rumahnya itu ditolak dengan badannya sebelum dia kembali memandang pada Rayyan.
"Now give me.. hey!" Ayyara sudah menjerit saat Rayyan selamba sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"So this is where you live now?" Rayyan meletakkan kotak-kotak di tangannya di atas lantai sambil matanya diliarkan ke setiap sudut rumah tersebut sebelum kembali memandang gadis yang sudah merah wajahnya, mungkin kerana marah.
Ayyara merengus. "I tak suruh you masuk pun." Nada Ayyara kedengaran keras dan garang.
Kening Rayyan terjongket sebelah. "Really? I'm sorry then."
Ayyara mengetap bibir. Sudahlah badannya penat kerana bekerja seharian di pejabat dan ditambah lagi dengan memindahkan barangnya dari rumah agam Megat Awatif ke apartment barunya itu. Ditambah lagi dengan lelaki yang seperti tidak mengenali apa itu segan atau malu. "Get out. Sebelum orang lain tengok you dalam rumah I."
Rayyan melepaskan tawa kecil. "Betul you nak I keluar?"
Ayyara mengecilkan matanya saat melihat senyuman penuh makna di bibir Rayyan itu. Dasar buaya darat. "Yes. I'm not interested with the idea of you being in the same space as mine. So get out from my house."
Rayyan menganggukkan kepalanya. "Sure." Dia mengatur langkah untuk merapati Ayyara. To his surprise, Ayyara langsung tidak bergerak walau seinchi pun. Rayyan senyum kecil saat wangian Ayyara menusuk deria baunya. "But if you rasa you perlukan teman, rumah I dekat atas rumah you ni je. Do knock my door," Rayyan mengenyitkan matanya sebelum beredar keluar. Senyuman kemenangan terukir di bibirnya saat melihat mata Ayyara membulat sebaik sahaja dia 'mengumumkan' bahawa mereka tinggal di dalam bangunan yang sama.
Ayyara masih kaku di tempatnya walaupun Rayyan sudah keluar dari rumahnya. Namun wangian maskulin jejaka itu masih di sekelilingnya.
"But if you rasa you perlukan teman, rumah I dekat atas rumah you ni je."
Suara Rayyan tadi kembali terngiang di telinganya. Kepalanya digelengkan perlahan.
What do you mean by that?! Are you really saying that I'm living in a same apartment as Rayyan Ziqri?! That playboy?!
Ayyara mengetap bibirnya. "Right, fate is never good with me anyway."
~
Suka tak ? hahahahah 🤣 nampak tak perangai playboy si Rayyan tu 😭
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...