"Iv, tolong aku."
Ivan yang sedang menyisip teh dari cawan kacanya menjongketkan kening saat mendengar suara Rayyan itu. "You're not killing someone after your reception right?"
Rayyan menggulingkan biji matanya saat mendengar tanggapan Ivan itu. "No. Aku nak kau tolong aku masak."
"What?" Ivan terdiam sejenak. Dia menjauhkan telefon dari telinganya dan dibacanya kembali nama pemanggil. Betul, Rayyan Ziqri. Habis tu kenapa yang bercakap dengannya sekarang seperti bukan Rayyan?
"Aku nak buat breakfast. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Kat dapur suite ni ada roti.."
"Who are you and what did you do to Rayyan?"
Kata-kata Rayyan terhenti saat mendengar balasan Ivan itu. Bibirnya diketap. "I'm not kidding Ivan. Aku nak buat breakfast. For my wife. And I need your help. You know that I'm good in everything but cooking."
"And going to high place, cleaning up your mess.."
"Ivan, kau nak cari gaduh dengan aku sekarang ke?" Rayyan bersandar pada kabinet di dapur suite yang dihuni olehnya dan Ayyara.
"Fine. What do you have in your kitchen again?"
"Roti, telur, susu and some kind of blueberries. Yara beli semalam rasanya," ulang Rayyan sambil matanya satu-persatu memandang bahan-bahan di atas meja itu.
"French toast and blueberry milk."
Rayyan menjongketkan keningnya. "Yara suka ke?"
Ivan menghelakan nafasnya. "Rayyan, how should I know apa yang dia suka apa yang dia tak suka?"
"Right." Rayyan menggaru tepi dahinya. "Fine. French toast and blueberry milk. How do I make them?" soalnya lagi sambil jarinya mencapai bahan-bahan di atas meja itu. Dibiarkan panggilan dengan Ivan dalam loud speaker mode sambil dia mendengar dan menurut dengan teliti apa yang disuruh oleh Ivan melalui panggilan itu.
~
Sinaran matahari yang menyelinap masuk melalui celah-celah langsir sedikit sebanyak menganggu lena Ayyara. Jarinya serta-merta mencari bantal untuk menutup kembali wajahnya. Badannya yang terasa sengal dan penat masih memaksa dirinya untuk menyambung tidurnya. Selimut ditariknya untuk menutup hingga ke wajahnya. Ayyara, kau selalu bangun wal pagi, ni dah kenapa kau penat sangat ni?
"Sweetheart, are you awake?"
Suara garau itu serta-merta membuatkan mata Ayyara serta-merta terbuka luas. Selimut yang menutupi wajahnya ditolak sebelum matanya mencari sumber suara garau itu. Matanya terus tertumpu ke arah Rayyan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik dengan tangannya menatang dulang. Membulat matanya. "You buat apa dekat sini?!" soalnya terus. Dia segera bangun dari pembaringannya sambil tangannya menahan selimut di dadanya.
Terjongket kening Rayyan saat mendengar soalan gadis itu. Hilang ingatan ke isteri aku ni? Rayyan meletakkan dulang makanan di tangannya di atas meja bersebelahan dengan katil. Bantal di atas lantai diambil dan diletakkan di atas katil sebelum dia melabuhkan punggungnya di birai katil, menghadap Ayyara.
Ayyara menjegilkan matanya pada Rayyan. Tangannya menarik dan menahan selimut di dadanya. "You're not answering my question Rayyan."
"You lupa ke apa jadi semalam sweetheart?" soal Rayyan biasa. Matanya jatuh pada batang leher, collarbone dan bahu Ayyara yang terdedah. Kesan-kesan merah di kawasan kawasan itu membuatkannya tersenyum bangga. There, she looks so fucking sexy with all those hickeys. She looks so mine.
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...