25 : permission

36.3K 1.2K 55
                                    

Sebulan kemudian . . .

"I can't believe I'm doing this."

Rayyan memandang pada Huzair yang merungut sambil mengangkat kotak yang penuh dengan hiasan-hiasan untuk majlis hari jadi Airis seperti yang dirancang oleh Arfan. Dan yang menjadi mangsa untuk menghias lokasi itu ialah mereka. Senyuman mengejek terukir di bibir Rayyan. "Kau tiap minggu pergi gym, Ir. Takkan angkat kotak tu pun tak boleh?" sindir Rayyan.

Huzair menoleh padanya. "The case is not sama ada aku boleh angkat ke tidak kotak ni. The case is kenapa aku, I mean, kita kena buat semua ni? Aku tak balik Malaysia untuk jadi event planner, tahu?"

"This is still better daripada kita join Arfan masuk dapur," sampuk Naufal yang muncul dari belakang dua orang jejaka itu. Rayyan dan Huzair memberi laluan untuk Naufal meletakkan kotak itu di dalam kereta. "Lagipun, apa guna kau balik Malaysia kalau setakat nak duduk dekat rumah?" soal Naufal biasa.

Huzair mencebik. "To catch up with you guys lah. Penatlah aku selalu jadi orang last tahu update korang."

"Siapa suruh pindah London?"

"Aku takkan pindah sana kalau bukan sebab kerja." Huzair menjeling kedua-dua rakannya itu.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya. Dia menepuk bahu kedua-dua kawannya itu. "Jom balik. Kejap lagi Arfan membebel kita lambat. Korang macam tak tahu dia tu kalau pasal Airis semua nak perfect," ujar Rayyan sebelum beredar ke tempat pemandu.

"For real!"

~

"Huzair! Bagi aku balloon tu!" Rayyan menjerit dari atas tangga yang digunakan olehnya untuk mengantung belon yang sudah ditiup oleh mereka tadi.

"This one?"

Tangan Rayyan yang ralit melekatkan foil fringe curtain tiba-tiba menjadi kaku saat mendengar suara yang sudah sebulan tidak didengari olehnya itu. Dengan perlahan, dia menoleh ke bawah, di mana Ayyara berdiri sambil tersenyum manis. "Ayyara.."

Ayyara senyum. Belon di tangannya dihulurkan kepada Rayyan. "You minta balloon kan tadi? This one or yang warna gold tu?" soal Ayyara biasa, tidak menghiraukan tatapan keliru Rayyan itu.

"That... Wait.." Rayyan turun dari tangga dan terus berdiri menghadap gadis itu. "Pusing jap."

Ayyara mengerutkan keningnya, keliru dengan arahan Rayyan itu namun hanya diturutkan sahaja. Dipusingkannya badannya. "Dah?" Ayyara menjongketkan keningnya.

Rayyan masih diam. Matanya turun naik memandang Ayyara, seolah-olah dia sedang berada di dalam mimpi bila melihat gadis itu berdiri di hadapannya selepas sebulan menghilang. "Bila you balik?" soalnya perlahan.

"I sampai sini dalam pukul sebelas malam semalam kot."

"Semalam?" Rayyan menjongketkan keningnya. "You sampai semalam tapi you tak bagitau I?"

"Sorry. Tapi, I sampai lewat malam."

"Don't give me an excuse, Ayyara. You tahu tak I tunggu you call or at least, text I sepanjang sebulan you pergi dari sini? Do you know how hard it is to control myself to not go and meet you? And do you know.." Rayyan mengetap bibirnya sebelum menyambung, "how much I miss you Ayyara?"

Ayyara senyum kecil. "I'm sorry Rayyan. But, I'm back, right?" tutur Ayyara lembut.

Rayyan menghelakan nafasnya. Dia mengambil beberapa langkah ke hadapan, mendekati Ayyara. Wangian Ayyara yang dia rindukan menusuk deria baunya. Matanya menatap lembut wajah Ayyara. "I miss you Ayyara. So much."

"I.."

"Ehem."

Tidak sempat Ayyara bersuara, bunyi deheman yang dihasilkan tidak jauh daripada mereka membuatkan Ayyara dan Rayyan serentak memandang pada Arfan yang berpeluk tubuh sambil menjongketkan keningnya. Rayyan mengetap bibir. "Here's come the overprotective brother."

My Silent Temptation Where stories live. Discover now