"You were raped?"
Serta-merta, memori hitam di mana suatu pagi dia bangun di dalam sebuah bilik hotel tanpa ada seutas benang di badannya bermain di mindanya. Dan serentak itu, air matanya menitis perlahan. Tangannya mengenggam kuat jari-jemarinya, cuba mencari kekuatan.
Rayyan mengetap bibir. Dia bangun dari duduknya dan melangkah ke sebelah Ayyara. Tanpa kata, badan gadis dipeluknya erat. Tangannya mengusap lembut lengan Ayyara, membiarkan gadis itu menangis.
Ayyara mengenggam kuat hoodie yang dipakai oleh Rayyan. Ini merupakan pertama kali dia memberitahu tentang memori hitamnya itu kepada orang lain. Bahkan keluarganya langsung tidak mengetahui. Kejadian yang sudah berlaku 4 tahun yang lalu sentiasa menghantuinya hingga kini kerana kepercayaan yang dia berikan kepada orang di sekelilingnya. Dia sering mengatakan kepada diri bahawa dia akan melupakan semua itu dan itu hanyalah satu fasa terburuk dalam hidupnya, tetapi dia berjanji untuk tidak akan menangis kerana hal itu. Namun kini, saat orang lain menyebut tentang fakta itu, tembok kekuatan yang dibinanya selama ini runtuh.
"Sorry.." Ayyara menjauhkan badannya setelah tangisannya reda. Rayyan mengetap bibir bila melihat mata gadis itu merah.
"You don't need to be sorry, Ayyara. If someone need to be sorry, it should be that asshole. Not you. It's not your fault and it's never your fault."
Ayyara memandang wajah tegang Rayyan. Jika dia ingin menyamakan orang yang sudah menghancurkan hidupnya, jejaka di hadapannya ini ialah orang yang paling sesuai. Tetapi entah kenapa dia terasa selesa dengan lelaki itu.
"What?" soal Rayyan sambil menjongketkan keningnya.
"You see my worse and you are still here."
Rayyan menghelakan nafasnya. "Kalau you nak bandingkan diri you dengan I, I would say that I'm the worse. I lagi teruk daripada you. My whole life.." Rayyan mengetap bibir. "Penuh dengan dosa, Yara. I'm much worse compare to you."
Ayyara terdiam. Matanya memandang wajah tegang jejaka itu.
"Look." Rayyan mencari anak mata gadis itu. "I akan cari whoever did this to you. Tapi I perlukan something yang better for me to track down this asshole. I can't track him down with just those pictures. I mean, it's not impossible but it would take a lot of time."
Ayyara mengeluarkan telefonnya dari dalam poket hoodienya. Aplikasi Whatsapp dibuka sebelum dia menghulurkan telefonnya kepada Rayyan. "The first picture he send to me is through Whatsapp."
Rayyan menyambut huluran Ayyara itu. Jarinya berlari perlahan di skrin telefon Ayyara itu, melihat satu-persatu gambar yang dihantar oleh nombor itu. Rahangnya diketap. I will definitely find you and I'll fucking kill you with my own hands, bastard.
Rayyan mencapai telefonnya untuk menaip nombor itu sebelum dia membuang terus sejarah perbualan dengan nombor itu. Setelah itu, tanpa kata, dia terus menyimpan nombornya sendiri di telefon gadis itu dan didailnya.
Ayyara mengerutkan keningnya. "You buat apa?"
Rayyan mengembalikan telefon itu kepada Ayyara. "That's my number. Call me kalau you dapat new call or new chat daripada that asshole. It's not a request, it's an order. So make sure, you terus call I," arah Rayyan tegas.
Ayyara memandang skrin telefonnya dan hanya mengangguk. "Okay."
Rayyan menghelakan nafasnya. "Arfan tahu pasal tu?" soalnya biasa.
Ayyara menggelengkan kepalanya. "I tak pernah bagitau sesiapa, not even my father. You are the first person yang tahu." Ayyara mengorak senyuman tipis.
"Kenapa you bagitau I?"
Ayyara menjungkitkan bahunya. "Maybe sebab you dah memang tak suka I. So I don't need to worry about what would you think about me. I tak perlu risau kalau you nak pandang jijik dekat I sebab I tahu you memang tak suka tengok I."
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...