"Cik Yara dah ready?"
Ayyara memandang Rose yang tampil dengan memakai gaun satin yang berwarna biru muda dipadankan dengan rambutnya yang diikat tinggi, menayangkan lagi batang lehernya. Kenapa macam dia pula yang dress up berlebihan ni?
"Dah. Jom," Ayyara menarik nafas dengan dalam dan dihelakannya. Dia dan Rose melangkah masuk ke dalam ballroom yang menjadi tempat majlis ulang tahun perkahwinan Datuk Mikael berlangsung. Majlis ulang tahun perkahwinan yang nampak lebih sesuai dipanggil sebagai majlis mengembangkan network satu sama lain kerana yang hadir pada ketika itu ialah rakan-rakan bisnes Datuk Mikael dan juga Datin Faiza yang merupakan pemilik jewelry line yang terkenal iaitu Be Jeweled.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di dalam ballroom yang dihias mewah, Ayyara memaksa dirinya untuk mengukir senyuman pada sesiapa sahaja yang ada.
"Puteri Ayyara? From Edspired?"
Ayyara dan Rose serentak menoleh ke arah seorang lelaki yang menyapa mereka. Serta-merta mereka mengukir senyuman untuk jejaka yang memakai tuxedo yang kemas di hadapannya mereka itu walaupun Ayyara tidak mengenalinya. "Yes, it's me. And you are?" Ayyara bertanya sopan.
"Aidan. Datuk Mikael's son," ujarnya sambil mengorak senyuman manis.
"Ah- I'm sorry I didn't recognize you. I mean.." Ayyara mengetap bibir. Aku tak tahu pun Datuk Mikael ada anak lain selain dari Adam dan Aaron yang selalu datang mesyuarat shareholders tu.
"No, it's okay. I baru balik daripada London, so it's quite possible you tak kenal I." Aidan hanya berbicara biasa, langsung tidak nampak angkuh atau berlagak.
Ayyara menarik sengih. "I'm really really sorry. I tak tahu pula Adam dengan Aaron ada adik lain."
"It's okay, Puteri Ayyara.."
"Just call me Ayyara." Ayyara senyum kecil, memberi kebenaran.
"Ayyara." Aidan menganggukkan kepalanya. "What a beautiful name," puji Aidan.
Ayyara senyum tipis. "Thank you."
Aidan hanya senyum kecil. "You datang seorang ke?" soalnya sambil meliarkan matanya, kot-kot ada kelibat sesiapa yang menemani gadis ini.
"Eh tak, I datang dengan.." Ayyara menoleh ke tepinya, mencari kelibat Rose. Dahinya berkerut bila melihat Rose sudah berbual dengan beberapa orang lelaki di sana. Bibirnya diketap.
Aidan jongket keningnya bila melihat gadis itu tiba-tiba diam. "Ayyara?"
"Hah?" Ayyara kembali memandangnya. "Oh, sorry. I datang dengan.."
"She came with me." Tidak sempat Ayyara menghabiskan ayatnya, kedengaran satu suara memotong ayatnya itu. Ayyara dan Aidan serentak memandang ke arah suara itu. Mata Ayyara membulat saat melihat Rayyan yang melangkah menghampirinya dan Aidan.
Rayyan senyum biasa. Dia memandang pada Ayyara sambil tangannya naik memaut lembut pinggang gadis itu. "Hi sweetheart."
Ayyara mengerutkan keningnya. "Hi." Namun dijawabnya juga sapaan jejaka itu.
Rayyan senyum kecil sebelum dia menoleh pada Aidan. "Hai Mr. Aidan. It's been a while, right?"
Aidan menyungging senyuman. "5 years, I guess?"
"Probably."
Aidan senyum mendengar balasan sepatah daripada Rayyan itu. Matanya jatuh pada tangan Rayyan yang memaut pinggang Ayyara.
Rayyan yang menyedari mata Aidan itu mengeratkan lagi pautannya pada pinggang Ayyara, menarik gadis itu untuk lebih rapat dengannya, membuatkan Ayyara mengetap bibir. Kehangatan dari tangan Rayyan itu dirasakan hingga ke tulangnya.
"If you have nothing else to say to us, can you excuse us?" tutur Rayyan biasa.
Aidan menjongketkan keningnya. "Yes, sure." Aidan senyum kecil. "Anyway, send my regards to Naufal. I'm expecting to see him tonight. Tapi kau pula yang datang."
"Sure. Naufal busy dengan wife dia."
Aidan mengangguk. "Aku lupa dia dengan Arfan dah kahwin." Aidan memandang pada Ayyara. "Ayyara, I'll you see around. Enjoy the rest of the party, alright?" Aidan mengukir senyuman kepada pasangan itu sebelum beredar.
Ayyara terus menjauhkan badannya daripada Rayyan sebaik sahaja Aidan beredar. Dia berdiri menghadap Rayyan. "What are you doing?" soalnya sambil menjongketkan keningnya.
"What?" soal Rayyan kembali.
"Tadi tu lah! Dah kenapa pula you cakap I datang dengan you? And what are you even doing here?" soal Ayyara geram.
"It's better daripada you malu you datang seorang."
"I tak datang seorang!" tutur Ayyara sambil melagakan giginya dek perasaan geram pada jejaka di hadapannya itu.
"Yes, you datang dengan I. We'll keep it that way."
Ayyara mengetap bibir. "Whatever!" Ayyara memusingkan badannya, ingin beredar namun tangannya kembali ditarik oleh Rayyan.
Ayyara membulatkan matanya saat badannya melekap di badan Rayyan dengan tangannya di bahu jejaka itu. Matanya meneliti wajah maskulin jejaka itu. Buat seketika, dia memahami kenapa jejaka ini boleh menjadi igauan ramai wanita. Bahkan sekarang, dia perasan jejaka di hadapannya itu menjadi tumpuan.
Rayyan senyum kecil saat dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas. Daripada awal sampai di ballroom itu tadi, matanya terus mencari kelibat gadis ini. Tika itu lah dia melihat Ayyara dan Aidan berbual mesra yang entah kenapa membuatkannya hatinya terasa dibakar. Ditambah lagi dengan gadis itu yang senang sahaja mengukir senyuman untuk lelaki lain di ballroom itu membuatkannya ingin menembak sesiapa sahaja yang dapat melihat senyuman cantik dan manis gadis di dalam tangannya itu.
"You're wearing a black dress tonight," tutur Rayyan lembut.
"You said black looks good on me," balas Ayyara, mengingatkan akan kata-kata yang diucapkan oleh Rayyan kepadanya tempoh hari, selepas mereka balik dari makan malam bersama.
"Black or white?"
Rayyan mengerling pada Ayyara yang berdiri di sebelahnya saat mendengar soalan itu. Sejak mereka masuk ke dalam kereta selepas momen janggal mereka di tempat meletak kereta di luar cafe sebentar tadi sehinggalah sekarang sudah masuk ke lif, mereka hanya diam tidak bersuara. "Kenapa tiba-tiba tanya?" soalnya kembali.
"I have an occasion this weekend. Just getting suggestions what color should I wears."
"Black."
Ayyara memandangnya. "Black?"
Rayyan menganggukkan kepalanya. "Black look good on you. I can guarantee you that."
Rayyan senyum kecil. "I think I'm mistaken saying that black look good on you."
Ayyara mengerutkan keningnya. "Kenapa pula? Tak cantik ke?"
"No, sweetheart." Rayyan menyelitkan helaian rambut Ayyara yang terjatuh di sisi mata gadis itu ke belakang telinga Ayyara. Dia menatap anak mata Ayyara yang menatapnya juga. "You look gorgeous in it. No one can pull this color as perfect as you."
Ayyara mengemam bibirnya, menahan senyuman. Dia menjauhkan badannya dari Rayyan. "I want to believe in you tapi I tak tahu berapa banyak perempuan dah dengar that very same sentence from you," ujar Ayyara biasa. Matanya dilarikan dari terus memandang jejaka itu.
Rayyan menjongketkan keningnya. "I tak puji random person, sweetheart. Kalau I puji, then it's true. You should believe in me."
Ayyara mengerling padanya. "It's not easy for me to believe in anyone other than me myself, Rayyan." Ayyara mengukir senyuman kecil. "I got to go. Enjoy yourself," Ayyara terus melangkah meninggalkan Rayyan di situ.
Rayyan hanya memandang langkah gadis itu yang dihentikan oleh beberapa orang wanita yang menyapanya.
"It's not easy for me to believe in anyone other than me myself, Rayyan."
Matanya Rayyan tajam mengikut kelibat gadis itu. I want to know what makes you think you like that, sweetheart.
~
Rayyan is soooo possessive aaaaaa !!!
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...