Rayyan memandang pantulan imejnya di cermin. Rambutnya yang basah ditolak ke belakang. Jarinya naik mengusap bibirnya sendiri. Serta-merta, momen dengan Ayyara tika mereka di majlis Datuk Mikael malam tadi kembali bermain di kepalanya. Matanya dipejamkan. Kau tak pernah kiss mana-mana perempuan Rayyan even kau buat seks dengan diaorang. That is your own rule. But you broke your own rule with Ayyara? Without her touching you or seducing you. Can you believe that, Rayyan?
Rayyan mengurut dahinya, pening dengan sikap sendiri. Dia kembali memandang cermin, hanya untuk melihat kembali reaksi Ayyara setelah momen itu.
Mata Ayyara terkebil-kebil saat bibir Rayyan mengucup lembut bibirnya. Buat seketika, masa seakan berhenti sebelum Ayyara menolak perlahan badan Rayyan dan melangkah beberapa tapak ke belakang, memisahkan bibir mereka. Rayyan memandangnya. "Yara.."
Ayyara mengangkat tangannya, tidak mahu Rayyan meneruskan kata-katanya. "I.. I masuk balik.." ujar Ayyara gugup sebelum memusingkan badannya untuk kembali melangkah masuk ke dalam ballroom, meninggalkan Rayyan.
Rayyan menghelakan nafasnya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Setelah menyarungkan pakaiannya, dia melangkah keluar dari biliknya. Tika itu juga dia dapat mendengar suara dari televisyen dari ruang tamunya. Rayyan mengerutkan keningnya. Aku tak buka tv pun sejak balik dari majlis tadi?
Rayyan melangkah perlahan ke ruang tamu sambil tangannya mencapai kayu baseball yang diletakkan di balik kabinet di hallway ke ruang tamu. Dari jauh, dia dapat melihat seorang lelaki yang duduk di sofa.
"Baru habis mandi?"
Rayyan menjongketkan keningnya saat mendengar suara itu. Tika itu juga, gerangan yang duduk di sofa itu berpaling. Rayyan menghelakan nafasnya. "Ivan." Kayu baseball di tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia melangkah ke arah jejaka itu. "Bila kau sampai?" soalnya sambil melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Ivan.
"Sejam yang lepas," jawab Ivan ringkas.
"And you come to my house right after?"
Ivan hanya angguk. "Apartment kau ni ada rumah kosong? Aku nak beli."
Terjongket kening Rayyan saat mendengar kata-kata Ivan itu. "Kau cakap nak beli apartment macam nak beli makanan je kan? Tahulah kau dah dapat semua harta datuk kau."
"Takde kena-mengena Rayyan. Tell me, kau ada tak? Kalau takde, aku cari tempat lain." Ivan malas hendak berbasa-basi dengan lelaki di hadapannya itu.
Rayyan menggelengkan kepalanya. "Takde. Tapi kalau kau nak duduk rumah aku yang lagi satu tu, kau duduk jelah. Lagipun rumah tu takde orang duduk. Aku guna kalau ada kerja je."
Ivan jongket keningnya. "That house?"
Rayyan angguk. "If you don't mind duduk rumah besar macam tu seorang-seorang."
"Only until I find another place."
"Or kau duduk dengan aku."
Ivan melepaskan ketawa palsu. "No, thanks. I don't enjoy companion as much as you do." Dia bangkit dari sofa. "But, can I spend a night here? I'm too tired to drive to that house."
Rayyan mengangguk. "That guest room is your room," ujar Rayyan sarkastik sambil tangannya menghala ke bilik tetamu yang tidak jauh dari ruang tamunya itu.
"Thanks." Ivan menarik bagasinya. "Good night."
Rayyan menoleh pada Ivan. "Kau tidur ke?" soalnya, hairan kerana dia sangat tahu akan penyakit insomnia jejaka itu.
"No. But I need to lay down. A 20 hours flight is tiring enough," ujar Ivan sambil melangkah ke arah bilik tetamu yang selalu menjadi biliknya jika dia datang ke rumah Rayyan. "I need to use your kitchen later. Do you have food?"
"You need to get it yourself Ivan! I'm not getting groceries for you just because you are a grandson of a billionaire!"
"Shut the fuck up Rayyan!"
Rayyan hanya tersenyum saat melihat Ivan menggulingkan biji matanya sebelum masuk ke dalam bilik. Matanya kembali pada skrin televisyen. Buat seketika, fikirannya kembali kepada gadis yang tinggal di tingkat bawahnya itu. Kepalanya digelengkan, cuba menghilangkan gambaran gadis itu di fikirannya.
"You really should shut the fuck up in your brain, Rayyan."
~
"I don't deserve you but I'm taking you anyway because from this point you are mine."
Ayyara mencengkam rambutnya saat ayat yang sama sudah bermain di dalam fikirannya entah buat untuk berapa kali. Jarinya memegang bibirnya. Dan hanya begitu, gambaran jejaka itu mengucup bibirnya kembali bermain di fikirannya. "Arghh!" Ayyara menjatuhkan kepalanya di atas meja. "Auch!"
Arisha yang baru keluar dari bilik mengerutkan dahinya bila melihat perilaku kakaknya itu. "Kak Yara?"
Ayyara menoleh. "Mak!!" Terbeliak matanya saat melihat wajah gadis itu yang dipakaikan dengan face mask yang berwarna putih.
"Kak, this is face mask," ujar Arisha biasa sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Ayyara di kitchen counter tersebut.
"Lain kali tu boleh tak jangan pakai macam ni lagi? Terkejut tahu tak?" tegur Ayyara geram.
"Sorry," ucap Arisha ringkas. Kotak Pizza yang terletak di atas meja diambilnya dan dibuka. Sepotong pizza diambil dan disuap biasa. Dia kemudiannya menghulurkan kotak pizza tersebut kepada Ayyara.
Ayyara hanya menggeleng. "No, thanks." Dia memandang Arisha yang selamba sahaja makan Pizza itu dengan keadaannya memakai face mask.
"Akak okay ke tak? Dari balik majlis sampai sekarang stress je muka?" soal Arisha dengan mulutnya yang penuh. "Datuk Mikael tak tarik diri kan dari company Papa?"
"That's not the case." Sebab kes yang sebenarnya ialah lelaki yang tinggal dekat atas kepala kita ni hah! Ayyara menggelengkan kepalanya, tidak mahu mengingati momen yang membuatkan dia tidak dapat memikirkan perkara lain selalu mengulang momen itu di dalam fikirannya, which is so tiring!
"Okay." Arisha malas hendak bertanya lebih. Telefonnya dicapai dan aplikasi Instagram dibuka.
"Adik," panggil Ayyara.
"Hmm?" Mata Arisha masih pada skrin telefonnya sambil dia mengigit pizza di tangannya.
"Kalau orang kiss kita out of nowhere, rasanya kenapa?"
"Uhuks!" Arisha tersedak saat mendengar soalan itu. Segera dia meletakkan pizza di tangannya kembali di atas kotak dan menepuk dadanya bagi meredakan batuk peritnya itu. Botol air mineral di tepinya dicapai dan diteguknya terus.
Ayyara mengerutkan keningnya. Kenapa teruk sangat dia ni tersedak?
Setelah batuknya reda, dia memandang Arisha dengan matanya yang merah akibat pedih tersedak tadi. "Ada orang kiss akak ke?" soalnya hairan.
"Hah?!" Ayyara membulatkan matanya. "Takde! I'm asking for a friend. Tu je. Adik kan banyak baca novel," dalih Ayyara biasa.
Arisha mengecilkan matanya, seolah-olah mencari kejujuran di mata kakaknya itu sebelum menghelakan nafasnya. "Erm.. maybe he's attracted to you. Physically or emotionally," jawab Arisha ringkas. "Kalau dia tak tertarik, dia takkan buat semua tu. Well, if he's not that kind of man that walking around, kissing everyone."
Ayyara terdiam. He is a playboy, Ayyara. You need to remember that. Fikirannya seolah-olah mengingatkannya tentang fakta yang satu itu. Nafasnya dihelakan. Dia bangun dari kerusi. "Akak nak masuk tidur. Nanti Ari tolong check pintu kot-kot belum kunci ke," pesan Ayyara sebelum melangkah ke dalam bilik tidurnya.
Ayyara menutup pintu bilik tidurnya sebelum dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia menoleh pada laci meja di bawah sekali. Tangannya mengenggam kuat baju tidur yang dipakainya. Bibirnya diketap kuat.
Kau dah pernah hancur di tangan lelaki Ayyara, kau tak boleh biarkan hidup kau dihancurkan lagi sekali oleh spesies yang sama. Terutamanya lelaki macam Rayyan Ziqri. You can't let that happen Ayyara. Not after everything you went through to be who you are now. Run while you can Puteri Ayyara.
~
Ivan and Arisha are here everyone hahahaha !!
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...