Bunyi pintu yang dikuak dari luar membuatkan Rayyan yang sedang menanggalkan kemeja yang dipakainya memandang pada gerangan yang membuka pintu biliknya itu. Dahinya berkerut bila melihat Ayyara. "Sweetheart, you buat apa dekat sini?" soalnya sambil dia melangkah ke arah isterinya itu. Lengan Ayyara dipegang dan dipimpin untuk duduk di katil. "Sarah tau tak you keluar bilik ni?"
Sarah merupakan confinement lady yang diupah oleh Rayyan untuk menjaga Ayyara dan Zayyan sepanjang tempoh berpantang Ayyara. Meskipun wanita itu sudah mencapai umur lewat 40-an, dia insisting on Rayyan dan Ayyara untuk memanggilnya dengan panggilan nama sahaja.
Ayyara geleng. "I takkan ada kat sini kalau dia tau." Dia memandang pada Rayyan yang duduk di sebelahnya. "You baru balik kerja ke?" soalnya bila melihat Rayyan sudah menanggalkan kemeja kerjanya dan hanya memakai seluar hitam.
"Ha'ah. Naufal balik awal untuk apa tah, so dia suruh semua balik awal juga," jelas Rayyan ringkas. "Zayyan mana?" soalnya kembali.
"He's asleep," ujar Ayyara sambil dia memainkan jari-jemarinya dengan jari-jemari Rayyan.
Rayyan memandang wajah mulus isterinya itu sambil tangannya naik untuk mengusap lembut pipi Ayyara. "You okay? How was your confinement?" soalnya lembut.
Ayyara menarik nafas. "I'm good. The confinement as well. Tapi.." Ayyara memandang Rayyan lembut. "I miss you," ucap Ayyara perlahan.
Rayyan jongket kening. It's a rare moment of Ayyara cakap rindu. "Repeat that," ujar Rayyan biasa. Ayyara memandangnya sebelum dia merapatkan jarak antara mereka. Tangannya naik tracing that fine lines of Rayyan's chest muscle.
"I miss you," ulangnya semula.
Rayyan senyum sambil tangan kekarnya naik mengusap lembut belakang badan Ayyara. "I miss you too sweetheart. I miss all of you." Tangannya kemudia mengelus lembut pipi isterinya itu.
Ayyara mendongak, memandang suaminya. Matanya kemudian turun pada bibir Rayyan. Jarinya yang tadi mengelus dada Rayyan naik pada rahang Rayyan dan akhirnya pada bibir jejaka itu. Dielusnya ulas bibir itu dengan lembut sebelum dia merapatkan diri dengan Rayyan, merapatkan lagi jarak antara bibirnya dengan bibir suaminya. Rayyan memaut badan Ayyara untuk lebih rapat dengannya.
"Puan Ayyara! Tuan Rayyan!"
Serentak, mata Ayyara dan Rayyan yang tadinya tertutup kembali terbuka luas. Masing-masing terus menoleh pada Sarah yang mendukung Zayyan di hadapan pintu yang terbuka luas itu. Segera, Ayyara menjauhkan diri daripada Rayyan walaupun tangan Rayyan masih pada pinggangnya.
Sarah geleng kepala. "Kamu berdua memang tak boleh sabar ke? Lagi sepuluh hari pantang Puan nak habis. Takkan sepuluh hari pun tak boleh tunggu? Dahlah buka pintu luas macam nak bagi satu dunia tengok adegan mesra kamu berdua. Ini nasib baik Zayyan kecik lagi, tak tahu apa-apa. Cuba bayangkan.."
"Kitaorang tak buat apa-apa, Sarah. It's merely a kiss. I mean, tak sempat pun lagi awak dah berdiri situ," Rayyan laju memotong bebelan Sarah itu. Satu perkara yang dia tidak suka tentang Sarah sepanjang wanita itu berada di rumah itu ialah bebelan Sarah.
"Yelah tu kiss je. Lepas tu nanti ke lain pula. Pantang ke mana, Zayyan ke mana, kamu berdua ke mana." Sarah masih tidak mengalah.
"Sarah.." Ayyara sudah bersuara. "Awak pergi bawa Zayyan masuk bilik, ya? Kejap lagi saya balik bilik. Sepuluh minit, alright?" ujar Ayyara sambil melemparkan senyuman manis kepada wanita itu.
"Lima minit."
Ayyara mengangguk lalu mengangkat tangan kanannya, seolah-olah berikrar, "okay, lima minit. Janji."
Usai Ayyara menuturkan itu, Sarah terus beredar bersama Zayyan, meninggalkan Ayyara dan Rayyan berduaan semula. Ayyara geleng kepala dan kembali memandang Rayyan yang mempamerkan riak wajah yang menyampah. Senyuman terukir di bibir Ayyara sambil dia mencekup pipi Rayyan dan dengan laju, bibirnya mengucup lembut bibir Rayyan. "Sorry for that," ucap Ayyara seusai itu.
Rayyan memandangnya dan menarik kedua-dua tangan Ayyara dari pipinya lalu digenggam. "10 days is fucking too long sweetheart."
"You boleh tunggu 50 hari, so takkan lagi 10 hari tak boleh? You lupa ke deal kita?" Ayyara menjongketkan keningnya.
Keluhan keluar dari bibir Rayyan. Dia memeluk badan Ayyara dan kepalanya diletakkan di bahu isterinya itu sambil dia menghidu bau isterinya itu.
Senyuman meniti di bibir Ayyara sambil dia menepuk lembut belakang badan Rayyan. "Be patient Rayyan. 10 days is not that long."
"I'll take you to somewhere once we're done with this shit. Just two of us," gumam Rayyan.
"How about Zayyan?"
"Arfan dan Airis ada."
"Rayyan, tak boleh tinggal Zayyan macam tu je. Dia baru je dua bulan."
Rayyan menghelakan nafasnya. "I know." Dia meleraikan pelukannya dan memandang Ayyara. "It's hard.." tuturnya perlahan. Matanya jatuh pada tautan tangan mereka. "Jadi parents. I don't know if I'm a good father or a bad one to Zayyan. Perhaps a bad one sebab I sempat fikir untuk tinggalkan dia."
Ayyara senyum kecil. Satu benda yang dia perasan sejak dia melahirkan, Rayyan masih berusaha untuk menjadi seorang ayah. Dia nampak betapa struggle nya jejaka itu. Tetapi dia juga nampak usaha Rayyan untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada Zayyan. Bukti? Ayyara mengerling pada buku yang terletak elok di atas meja bersebelahan dengan katil itu. Parenting books.
"You're a good father, Rayyan. Mungkin bukan cukup baik untuk Zayyan but you have the effort to be the good one. It's okay kalau sometimes you rasa penat, susah. Tapi Rayyan, you are not alone. Zayyan ada you as his father and me as his mother. This is our first time jadi parents. So, it's normal for us untuk rasa we are not good enough or we are useless. Tapi, kita akan try our best untuk jadi a good parents to Zayyan. Right?"
Rayyan kembali memandang wajah isterinya. Senyuman kecil meniti di bibirnya sebelum dia mengucup lembut dan kejap bibir isterinya. "That's why I love you."
Ayyara jongket kening, "sorry?"
"Because you're mature enough to deal with me. You are my reassurance," ujar Rayyan lembut. "But you will always be my one and only silent temptation." Dan usai menuturkan itu, dia kembali mengucup bibir Ayyara.
Ayyara senyum dalam ciuman mereka sebelum membalas lembut. Tangannya naik memeluk leher Rayyan sambil tangan Rayyan memaut badannya, merapatkan lagi jarak mereka.
"Puan Ayyara, your five minutes is over!"
Jeritan Sarah dari dalam bilik sana membuatkan Ayyara dan Rayyan tersentak. Masing-masing menghentikan ciuman itu.
Rayyan mengetap bibirnya. "I tak tahu kenapa I ambik dia kerja," ucapnya geram, mengundang senyuman daripada Ayyara.
"She's good in her works," ujar Ayyara sebelum bangun. "I kena balik bilik sekarang. It's Zayyan's breastfeeding time anyway," sambungnya.
Rayyan mendongak memandang Ayyara yang berdiri. "I bila pula you nak bagi breastfeeding?"
Laju tangan Ayyara menolak muka Rayyan. "In your dreams!"
~
enjoy you all !
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...