21 : i love you

42.9K 1.1K 36
                                    

"How do you find this place?"

Ayyara menoleh pada Rayyan yang duduk di sebelahnya. Mereka duduk pada bumper kereta sambil menikmati permandangan malam daripada puncak sebuah bukit.

Rayyan memasukkan tangannya di dalam poket seluarnya sambil kepalanya didongakkan memandang ke langit. "Mummy I selalu ajak I datang sini for stargazing when I was a kid," ujar Rayyan. Dia memandang Ayyara yang berpeluk tubuh memandangnya. Senyuman kecil terukir di bibirnya sebelum dia menanggalkan jaket yang dipakainya dan disangkutkan pada bahu Ayyara. Tangannya memicit lembut bahu Ayyara, menyalurkan kehangatan buat seketika.

Ayyara memandang Rayyan dan senyum kecil. Jaket Rayyan yang membalut bahunya digenggam lembut. Wangian Rayyan yang melekat pada jaket tersebut dihidu. Dia tidak pernah suka akan wangian lelaki kerana baginya wangian lelaki sangat memeningkan kepalanya namun entah kenapa wangian yang dipakai oleh Rayyan diterima elok oleh badannya.

"You can have that jacket if you love it so much."

Tersentak Ayyara. Dia kembali memandang Rayyan yang tersenyum nakal padanya. Serta-merta, pipi Ayyara naik merah dan bibirnya diketap. "No, thanks."

Rayyan tersenyum. Dia kembali mendongak memandang langit malam yang dihiasi bulan dan bintang-bintang. Ayyara turut sama mendongak, memandang dada langit. Serta-merta, senyuman terukir di bibirnya dan matanya bersinar bila melihat kecantikan dada langit pada malam itu.

Rayyan kembali memandang Ayyara dan senyum kecil. Buat seketika, dia mengambil kesempatan untuk meneliti wajah gadis itu. Walaupun dari sisi, dia dapat melihat kecantikan Ayyara dengan jelas. "You're so pretty.."

Ayyara memandang Rayyan. Keningnya berkerut. "You cakap apa?"

Rayyan senyum kecil. "The stars are beautiful," ujarnya tanpa mengalihkan pandangannya daripada Ayyara. Matanya lurus menatap mata gadis itu yang sangat cantik baginya. The stars in your eyes are probably my new favorite things now.

Ayyara senyum dan mengangguk, bersetuju. "You selalu datang sini ke?" soalnya.

Rayyan geleng. "As a kid, yes. As an adult, I datang bila I rindu mummy I je," Rayyan senyum kecil.

"My Rayyan, kalau suatu hari nanti mummy dah takde, Rayyan datanglah sini."

Rayyan yang baru sahaja berumur 9 tahun itu mendongak memandang wanita di sebelahnya. "Why?" soalnya petah.

Wanita itu tersenyum dan mengusap lembut rambut pendek Rayyan. "Sebab mummy akan tengok Rayyan dari atas. Among thousand of stars up there, mummy will be one of it. So nanti, bila mummy takde, Rayyan jangan sedih. Sebab mummy ada dekat je tengok Rayyan."

Genggaman hangat Ayyara pada lengannya menarik Rayyan daripada memorinya itu. Dia kembali memandang Ayyara yang beriak sedih. Senyuman kecil terukir di bibirnya. "Please don't be sad for me Ayyara. I tak nak you sedih sebab I. Nanti I tak boleh buat apa-apa kalau you sedih."

Ayyara senyum kecil. "Fine, I won't."

"Good girl." Mata Rayyan menatap lurus pada Ayyara. "I nak tanya you something, boleh?"

"Apa dia?" Ayyara membalas tanpa memandang pada Rayyan. Pandangannya kembali dibuang ke dada langit.

"Kalau I halalkan you, will you be okay?"

Ayyara tergelak. "In your dreams, Rayyan."

"I'm not kidding Ayyara. I'm asking you a real one," ujar Rayyan bila Ayyara tidak mengambil serius akan kata-katanya. Matanya tajam dan lurus pada wajah Ayyara, memberitahu bahawa dia sangat memaksudkan itu.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now