2 : breakfast

42.5K 1.3K 28
                                    

Rayyan menekan butang lif sambil dia mengemaskan kot yang terletak elok di badannya. Seketika kemudian, dia melangkah masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Pintu lif kembali tertutup sebelum lif tersebut bergerak turun. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya sambil dia mendongak memandang pada nombor yang tertera di skrin lif tersebut. Lif tersebut kemudiannya berhenti di tingkat bawah tingkat penthouse miliknya.

Rayyan bergerak ke belakang lif, memberi ruang kepada sesiapa yang bakal masuk ke dalam lif tersebut. Matanya dialihkan pada gerangan yang berdiri di luar lif tersebut sebaik sahaja pintu lif terbuka. Serta-merta bibirnya mengukir senyuman lebar saat melihat Ayyara.

Ayyara yang tadinya ralit menatap skrin telefonnya mengangkat wajah saat pintu lif terbuka dan serta-merta matanya bertembung dengan mata Rayyan. Ayyara merengus sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Dia terus berdiri di hadapan, membelakangkan Rayyan.

Rayyan berdehem, memecahkan kesunyian antara mereka. "Shouldn't you at least greet me with a good morning?"

Ayyara mengerling Rayyan yang berdiri beberapa tapak di belakangnya. Tanpa menjawab, dia kembali melihat skrin telefonnya walaupun dia tidak pasti apa yang sebenarnya dilihatnya di skrin tersebut.

Rayyan menjongketkan keningnya saat tidak menerima apa-apa balasan daripada gadis itu. Apa yang menarik sangat dekat telefon tu berbanding dengan aku ni? Rayyan terus melangkah, merapati Ayyara dan kepalanya dijengukkan di bahu Ayyara. Wajahnya betul-betul di sisi wajah Ayyara.

Ayyara yang merasakan kehangatan yang tiba-tiba muncul serta-merta menjauhkan diri dan terus memandang Rayyan yang hanya tersenyum melihat reaksinya itu. "Apa masalah you ni?!"

Rayyan senyum. Puas hati bila melihat wajah gadis itu berona merah. Tidak pasti kerana marah atau malu. "Just wondering apa yang menariknya benda on your phone daripada muka I yang handsome ni?"

"What--" Ayyara menggelengkan kepalanya. "Mana you beli confident you ni ya?"

"It's a fact, sweetheart."

Ayyara mencebik. "I'm not your sweetheart."

Tika itu juga pintu lif terbuka luas. Tanpa banyak kata, Ayyara terus melangkah keluar dari lif tersebut, meninggalkan Rayyan. Namun Rayyan segera mengikut langkahnya.

"You nak pergi kerja ke?"

"Eh taklah, I nak pergi kahwin," balas Ayyara selamba. Kunci keretanya dikeluarkan namun sikunya ditarik oleh Rayyan membuatkan badannya kembali ke belakang, menghadap Rayyan. Tangannya melekap di dada bidang Rayyan. Matanya yang bulat bertembung dengan mata gelap Rayyan.

Hanya untuk seketika. Ayyara terus menolak badan Rayyan dari terus rapat dengannya. "Lepaslah!"

"You nak kahwin dengan siapa?" soal Rayyan datar.

"Dengan sesiapa je. Yang penting bukan dengan you. Bye!" Ayyara terus kembali menyambung langkahnya yang tadinya terbantut akibat ditarik oleh Rayyan tadi.

Rayyan terlepas gelak kecil. Masih tidak serik, dia kembali mengikut langkah Ayyara. "You tahu tak you rugi kalau tak kahwin dengan I?"

Ayyara melepaskan tawa palsu. "Oh my God! I sanggup sangat rugi tak kahwin dengan you daripada untung kahwin dengan you." Ayyara menekan butang di kunci keretanya.

Rayyan segera menekan pintu kereta sebelum sempat Ayyara membukanya. Mata Ayyara mencerlung pada Rayyan. "Oh my God Rayyan! What is your problem?! Can you leave me alone?!"

Rayyan mengukir senyuman yang mampu memikat mana-mana gadis, kecuali gadis di hadapannya. Bukannya hendak cair kerana senyuman Rayyan, Ayyara semakin rasa ringan hendak menyepak jejaka itu.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now