18 : visiting

27.5K 1.1K 52
                                    

"Makan sikit."

Ayyara menggelengkan kepalanya. Mulutnya ditutup dengan tangannya membuatkan Arisha mengeluh. Kepalanya yang tidak gatal digaru. "Akak, kalau akak tak makan, nanti abang Arfan dengan Kak Airis membebel lagi dekat Ari."

Ayyara tetap menggelengkan kepalanya. "Nanti akak muntah. Salad takde ke?"

"Mana ada salad lah kak!" Arisha mengetap bibirnya. "Akak nak makan salad ke? Kalau nak adik.."

Tidak sempat Arisha hendak menghabiskan ayatnya, kedengaran loceng rumah berbunyi. Serentak, Arisha dan Ayyara berpandangan. Arisha meletakkan mangkuk bubur di atas meja kecil bersebelahan dengan katil sebelum bangkit. "Ari pergi buka pintu kejap."

Arisha mengatur langkah ke pintu. Pintu dibuka dan wajah Rayyan terpampang di hadapan pintu. Arisha senyum kecil sebelum matanya jatuh pada Ivan yang berdiri di sebelah Rayyan.

"Yara ada ke?"

Soalan daripada Rayyan membuatkan Arisha kembali memandangnya. "Kak Yara? Ada. Abang Rayyan datang nak melawat ke?"

Rayyan menganggukkan kepalanya. "Ha'ah. If you are okay."

Arisha menguak pintu dengan lebih luas. "Masuklah. Kak Yara ada dekat dalam bilik."

Rayyan senyum kecil. Dia memandang Ivan. "Kau nak masuk sekali ke nak tunggu sini?" soal Rayyan.

"Aku tunggu sini."

Rayyan angguk. Dia melangkah melimpasi badan Arisha dan terus ke bilik tidur Ayyara. Senyuman terukir di bibirnya bila melihat Ayyara yang bersandar pada kepala katil sambil memejamkan matanya. "Good morning angel."

Ayyara kembali membuka matanya. Dia memandang Rayyan yang melangkah masuk. Senyuman terukir sama di bibirnya. "It's 6 in the evening, Rayyan. Good morning apanya?"

"Whatever." Rayyan menarik kerusi untuk duduk di sebelah katil Ayyara. Plastik di tangannya diletakkan di atas meja. "How does you feel?" soalnya lembut.

"Better than yesterday."

Rayyan mengangguk. Dia memandang mangkuk bubur yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katil Ayyara. "Kenapa tak makan?"

"Muntahla nanti."

Rayyan menggelengkan kepalanya. Plastik yang dibawanya tadi diambil dan satu bekas plastik dikeluarkan. "Salad nak?" soal Rayyan.

Bersinar mata Ayyara saat melihat itu. "You buat?"

"Kind of. Ivan ajar," ujar Rayyan biasa. "Tapi dia main cakap je. I yang buat ambik itu ini, campur semua ingredients. So full credits to me," tambahnya, tidak mahu Ayyara memuji orang lain pula.

Ayyara mencebik. "I baru nak cakap untung siapa yang jadi isteri Ivan tu nanti."

Rayyan mengecilkan matanya. "So you nak cakap siapa yang jadi isteri I rugi la?" soalnya sambil menjongketkan keningnya.

"Kind of. I tak nampak apa untungnya kahwin dengan you," balas Ayyara selamba membuatkan Rayyan melepaskan tawa palsunya.

"Said the person who is going to be my wife."

"Siapa entah nak jadi wife dia?"

Rayyan membulatkan matanya. "Angel, you must be kidding me. Your brother bagi I green light tahu semalam?"

"Itu abang I. I tak cakap pun I nak kahwin dengan you," balas Ayyara selamba membuatkan Rayyan membulatkan matanya.

"Yara, you are going to be mine. You tak boleh nak kahwin dengan sesiapa kecuali I," Rayyan menjegilkan matanya membuatkan Ayyara tergelak.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now