1. This is our first and last sex. I'm not having sex with the same person repeatedly.
2. This should only between us. No one should or need to know about us.
3. I won't having sex with you if you are a virgin.
4. I won't having sex with you if you are drunk. I'm not taking advantage on someone who is not sober.
5. Protection comes first.
~~~"You tahu kan our agreement?"
Rayyan duduk pada tepi meja sambil matanya pada seorang perempuan di atas katil hotel yang ditempahnya tadi, ingin memastikan gadis tersebut ingat akan syarat-syarat yang dia letakkan sebelum mereka meneruskan aktiviti mereka tadi.
"That was our first and last session. I tahu, Rayyan." Gadis tersebut tersenyum biasa.
"Good." Rayyan mencapai jam tangannya dan kembali dipakai pada pergelangan tangannya.
"Tapi.." Gadis itu bangun dari katil dan melangkah ke arah Rayyan. Bahu Rayyan disentuh lembut. "You sure you tak nak ada next session with me? I don't mind breaking the agreement."
Rayyan memusingkan badannya untuk memandang gadis tersebut. Tangannya naik dan mengelus lembut pipi gadis tersebut. "My beautiful Rose.." Rayyan mengukir senyum kecil dan penuh makna. "I may have enjoyed our session just now but I didn't enjoy it enough to have another session with you. I'm sorry but I love the idea of us sticking to our agreement more."
Rayyan senyum kecil sebelum melarikan tangan Rose daripada terus menyentuh bahunya. "Also, you know that you need to keep this between us, right?" Rayyan jongket keningnya. "Kalau I tahu you walking around telling everyone that you were sleeping with me.." Rayyan mendekatkan kepalanya pada telinga gadis itu. "I'll do anything to destroy your life and your family. I have everything on you and your family, Rose. So, don't try to make a mess with me."
Rayyan mengukir senyuman saat melihat wajah pucat gadis itu. "I harap you keep that in your mind, Rose Marisa." Rayyan mengenyitkan matanya sebelum beredar dan melangkah keluar dari dalam bilik hotel tersebut.
Kakinya mengatur langkah keluar dari hotel tersebut dan menuju ke keretanya. Pintu kereta dibukanya dan dia memboloskan diri ke dalam perut kereta. Matanya memandang pada bangunan hotel di hadapannya.
"Right. So you nak apa kali ni? Breakfast? Dinner? Lunch? Supper? Or apa benda? Hah? Ke you nak I layan you on bed?"
Suara Ayyara kembali terngiang di telinganya. Disebabkan gadis itu juga dia membawa gadis yang bernama Rose itu naik ke atas katil. Kerana ayat terakhir gadis tersebut.
"Ke you nak I layan you on bed?"
Rayyan menggelengkan kepalanya.
"Don't mess up with my sister, Rayyan."
Suara Arfan juga terngiang di telinganya. Rayyan menghelakan nafasnya. Kalau Arfan tahu kau fantasizing about her sister, mati kau Rayyan. Kau boleh lupakan hasrat kau nak hidup lama. Silap hari bulan Arfan guna pisau bedah dia tu untuk bunuh kau.
"Get yourself together, Rayyan Ziqri," Rayyan merengus sebelum dia menghidupkan enjin keretanya.
~
Ayyara menanggalkan bathrobe yang dipakainya sebelum dia masuk ke dalam bathtub yang sudah diisi dengan air sejuk. Dia bersandar pada bathtub tersebut sebelum dia merendamkan seluruh badannya. Matanya terpejam erat. Air sejuk yang membasahi badannya membuatkannya melupakan segala masalah yang sedang dihadapinya tika ini.
Ayyara kembali bangun sebaik sahaja dia mulai terasa sesak akibat menahan nafas di dalam air. Nafasnya dihelakan sebelum dia kembali bersandar pada dinding bathtub. Tangannya mencapai telefonnya yang terletak di atas di sebelah bathtubnya. Jarinya menekan aplikasi Whatsapp dan ruang perbualan dengan nombor yang dia tidak dikenali ditekan. Gambar yang dihantar awal malam tadi ditekan dan kembali diteliti. Gambar yang agak gelap tetapi dia dapat melihat dengan jelas gerangan yang berada di dalam gambar tersebut. Ayyara mula menekan skrin telefonnya untuk membalas.
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...