Tumpuan Ayyara pada Arfan dan Airis terganggu bila dia merasakan ada yang memerhatikannya daripada tadi. Ayyara memalingkan mukanya, hanya untuk matanya bertembung dengan mata Rayyan yang lengkap dengan baju Melayu bewarna hitam.
Rayyan senyum kecil saat Ayyara akhirnya memalingkan wajah untuk memandangnya. Tanpa berfikir, Rayyan mengenyitkan matanya membuatkan Ayyara mengerutkan hidungnya sambil menuturkan gila tanpa mengeluarkan suara.
Rayyan hanya tersenyum. Sejujurnya, gadis itu dari awal sampai di masjid tadi hingga sekarang sudah menarik perhatiannya dengan baju kurung moden yang berwarna cream dan dipadankan lagi dengan selendang yang berwarna coklat cair. Wajah gadis itu disolek tipis tetapi cukup menyerlahkan lagi kecantikkannya.
Hazrul yang duduk di sebelah Rayyan mengerutkan keningnya bila melihat kawannya itu dari tadi tersenyum. Dia menyiku lengan jejaka itu, menarik perhatian Rayyan. "Kau kenapa senyum senyum?" soal Hazrul.
Rayyan memandangnya. "Salah ke aku senyum?"
"Tak salah. Tapi kau dari tadi senyum macam tu. Creepy kau tau tak?"
"Muka aku punyalah handsome macam ni kau cakap creepy," ujar Rayyan riak.
Hazrul mengerutkan dahinya mendengar balasan daripada Rayyan itu. Kepalanya digelengkan, sudah biasa dengan sikap riak Rayyan itu. Dia memalingkan wajahnya kembali ke Arfan dan Airis yang sudah mula bersalam dengan orang di sekeliling mereka sebelum matanya jatuh pada Qayra yang duduk di sebelah Arisha.
"Bukan kau cakap kau benci tunang kau tu ke? Kau bawa juga dia datang sini," Huzair yang tadinya menatap skrin telefonnya menyoal.
"Entah. Sedondon pula tu. Aku ingatkan ada dua majls hari ni." Rayyan turut membalas.
Hazrul memandang kedua-dua kawannya itu. "Bukan aku yang nak bawa dia. Mama aku tu yang mengada suruh ajak dia sekali."
"Jangan benci sangat Haz. Kejap lagi kau jatuh cinta dekat dia." Naufal yang memangku Aariz menyampuk.
Hazrul menggulingkan biji matanya. "Whatever. Tak.." Hazrul memandang satu-persatu wajah Naufal, Huzair dan Rayyan. "Sekarang ni, ni majlis Arfan dengan Airis tau? Dah kenapa korang bagi attention dekat aku pula?"
"Because you are likely to be the next one yang kahwin," ujar Rayyan biasa.
"Ha yelah," Hazrul malas hendak menjawab lagi.
Rayyan hanya tersenyum melihat riak wajah malas Hazrul. Dia kembali memandang ke arah Ayyara yang tersenyum lebar saat bersalaman dan berpelukan dengan Airis. Senyuman terukir di bibir Rayyan. Buat pertama kali, dia dapat melihat senyuman manis dan ikhlas menghiasi wajah gadis itu.
~
"Ehem."
Ayyara yang sedang mengemaskan selendangnya memandang Rayyan yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. "You buat apa dekat sini?" bisiknya, tidak mahu orang lain di sekeliling mereka mendengar.
"Nak ambik gambar."
"Kawan-kawan you dekat belah sana kan? Kenapa mengada nak berdiri dekat sini juga?" soal Ayyara geram.
"Belah sana memang ada kawan-kawan I, tapi belah sini ada you," ujar Rayyan selamba sambil mengenyitkan matanya kepada Ayyara.
Ayyara menggulingkan biji matanya. "I'm not thankful for that."
"Smile everyone!"
Ayyara dan Rayyan serentak memandang ke arah photographer yang memberi arahan. Ayyara mengukir senyuman tipis, hanya untuk kamera.
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...