"Ayyara."
Ayyara yang duduk di hadapan meja solek tersentak. Dia memandang pada Arfan yang melangkah masuk ke dalam biliknya itu. "Dah sampai ke?"
Arfan menggelengkan kepalanya. "Belum sampai, tapi Huzair dengan Hazrul cakap diaorang dah on the way dari rumah Rayyan."
Ayyara menghelakan nafasnya. Dia tunduk memandang jari-jemarinya yang bermain dengan satu sama lain. Arfan menarik kerusi untuk duduk di hadapan Ayyara. "Bagi aku tangan kau jap," pinta Arfan biasa, mengundang kerutan di dahi Ayyara. Namun hanya diturutkan sahaja permintaan Arfan itu. Dihulurkannya tangannya kepada Arfan.
Sebuah kotak dikeluarkan dari dalam poket baju Melayu yang dipakainya. Dibukanya penutup kotak yang berwarna biru itu. Mata Ayyara hanya meneliti pergerakan tangan abangnya itu. Arfan menarik lembut tangan Ayyara dan gelang tersebut dipakaikan di pergelangan tangan adiknya itu. "Aku tak tahu nak bagi kau apa. Yang ini pun Airis yang tolong pilihkan."
Ayyara memandang gelang yang dipakaikan oleh Arfan pada tangannya. "You don't need to give me anything," ujarnya perlahan. Dia kembali mengangkat wajahnya untuk memandang Arfan.
Arfan senyum. "Just take it. Kalau kau nak tahu, masa Airis kahwin dengan aku, arwah ibu dia hadiahkan dia gelang yang dia pakai sampai sekarang. Dia tak pernah tanggal pun," cerita Arfan. Jarinya memusingkan gelang di pergelangan tangan Ayyara itu sebelum dia kembali memandang pada Ayyara. "Aku tahu every daughter's dream is to have her parents to be with her on her wedding day. But that doesn't applied to us," Arfan menghelakan nafasnya.
"Yara, aku takkan pernah mampu ganti tempat mama dan ayah kau. Tapi aku nak kau tahu, aku akan buat apa sahaja untuk kau supaya kau tak rasa keseorangan masa hari perkahwinan kau. Aku nak kau tahu yang kau ada aku. Kau ada Arisha. Kitaorang akan ada dengan kau, kitaorang akan duduk dengan kau, kitaorang akan iringi kau untuk kau mulakan kehidupan yang baru. Just like what other parents would do. Apa yang aku buat untuk kau mungkin not as perfect as what a parent would do, but I'm telling you, I'm trying my best to give you what you deserved to receive."
Ayyara senyum kecil. Matanya memandang wajah Arfan. "Abang, you are the best brother I could ever ask. You did everything for me since I was a kid and I'm very thankful for that."
Arfan senyum. Tangannya naik mengusap lembut kepala Ayyara. "Lepas ni kau jadi isteri orang dah. Kau jaga diri, jaga suami. Kalau kau ada masalah dengan suami kau, sit and talk about it, tak kisahlah benda tu buruk ke baik ke. Just talk about it with each other. Jangan pendam seorang-seorang. Dan yang paling penting, if you need to trust someone, trust your husband first. Because you know him well and better than anyone else." Arfan menghelakan nafasnya. "Love is not the only thing you need in a relationship. Patience, loyalty, trust, respect, communication and don't be selfish."
Ayyara menganggukkan kepalanya.
Arfan menghelakan nafasnya. "I can't believe you are getting married. Aku rasa macam kau masih adik aku yang menangis malam-malam sebab kena buli. But look at you now.."
Ayyara tergelak kecil. "I'll miss your protectiveness as well."
Arfan senyum sebelum ketukan di pintu bergema. Serentak, Ayyara dan Arfan menoleh ke arah Arisha dan Airis yang melangkah masuk.
"Abang Rayyan dah sampai," beritahu Arisha biasa, membuatkan debaran di dada Ayyara kembali menyerang
Arfan mengangguk. Dia kembali memandang Ayyara. "Are you ready?" soalnya.
Ayyara menghelakan nafasnya, cuba menenangkan jantungnya yang berdegup kencang sebelum mengangguk. "Yes."
Arisha senyum kecil. Dia membantu Ayyara untuk bangun dan mengemaskan gaun pengantin yang dipakai oleh Ayyara. "You look so beautiful in this dress," puji Arisha lembut, mengundang senyuman di bibir Ayyara.
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...