5 : friends

32.2K 1.1K 12
                                    

"You buat apa jalan seorang diri malam malam macam ni?" Rayyan bertanya tanpa memandang Ayyara yang duduk berdiam diri di sebelahnya.

"Buang stress," jawab Ayyara ringkas. Matanya memandang pada jam yang tertera di kereta Rayyan. Sudah hampir pukul 12 malam. Buat seketika, dia agak terkejut saat melihat jam itu. Padan muka tinggal phone.

"Puteri Ayyara pun ada stress juga?"

Suara Rayyan membuatkan Ayyara tersentak. "You ingat I robot ke tak reti stress?" soalnya kembali. "Yang you ni pula? Balik lewat malam macam ni kenapa? Pergi mana? Dating?"

"More than dating."

Ayyara mengerutkan hidungnya. "Disgusting. Macam manalah abang I boleh berkawan dengan you ni?"

Rayyan mengerling pada gadis itu sambil mengorak senyuman kecil. "I'm a good friend, Ayyara."

"I'm doubting that."

"Excuse me?" Rayyan menjongketkan keningnya. Dia memandang Ayyara sebaik sahaja keretanya berhenti di lampu trafik merah.

"Kalau you kawan yang baik, you takkan kacau I, adik pada kawan you sendiri," ujar Ayyara sambil dia membalas pandangan Rayyan.

Rayyan mengukir senyuman manis. "I tak kacau you pun. Bila masa I kacau you ya? I tak ingat pula I datang jumpa you saja-saja untuk kacau you. I mean, does we run to each other because we are living in the same building counts?"

Ayyara mengetap bibir, menyampah kerana kata-kata Rayyan itu ada benarnya juga. "Whatever."

Rayyan senyum saat mendengar nada menyampah Ayyara itu. Dia kembali memandu sebaik sahaja lampu trafik bertukar menjadi hijau. "You dah dinner?"

"Asking 'you dah dinner' pukul 11:47 malam. You tak rasa ke tu soalan bodoh?" balas Ayyara sarkastik. 

"The answer is a yes or a no, sweetheart."

"Dah berapa kali cakap jangan panggil I sweetheart!"

"Sweetheart sweet apa?"

Ayyara mengetap bibir. "You siapa ya nak panggil I sweetheart? You are not even my boyfriend or even my husband."

"Oh, you nak I jadi boyfriend or husband you lah ni?"

"God.." Ayyara memicit dahinya. "You know what? Suka hati you lah." Ayyara mulai malas hendak bertikam lidah dengan jejaka yang memandu di sebelahnya itu.

"So you okay lah kalau kahwin dengan I?"

"Obviously no!" Laju Ayyara menjawab. "Even if you satu-satunya lelaki yang tinggal di dunia ni, I sanggup terjun bangunan daripada kahwin dengan kaki perempuan macam you ni."

Rayyan tergelak saat mendengar itu.

Ayyara menjelingnya. Aku tak buat lawak pun. Namun begitu, entah kenapa bunyi tawa Rayyan itu kedengaran very nice pada telinganya. Tawa yang sangat carefree, seolah-olah lelaki di sebelahnya itu tidak mempunyai masalah dalam hidup. Ayyara mengeluh. How I wish to live a life like that..

Rayyan yang mendengar keluhan perlahan gadis itu terpadam terus tawanya. "What's wrong?" soalnya.

Ayyara yang matanya tadi pada jalan raya memandang Rayyan. "What's wrong what?"

"Tu tadi mengeluh. Asal?"

"I tak tahu pula you ni busy body juga orangnya," komen Ayyara biasa.

"What? I cuma ambil berat tentang adik kawan I. Salah ke?" Rayyan memusingkan stereng keretanya untuk masuk ke dalam kawasan tempat meletak kereta The Newhaven, apartment di mana mereka tinggal.

My Silent Temptation Where stories live. Discover now