Pintu bilik air yang dibuka membuatkan Ayyara dan Arfan menoleh pada Rayyan yang baru keluar dengan wajah lesunya. Senyuman terukir di bibir Ayyara sambil dia menongkat dagunya.
"You okay tak ni?" soal Ayyara biasa.
Rayyan yang bersandar pada dinding di luar bilik air memandang pada isterinya. "No, I'm not. Why am I getting the morning sickness?" soalnya sambil melangkah ke arah Ayyara dan melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya itu.
"It's couvade syndrome," jawab Arfan biasa sambil dia menyelak fail kerja di hadapannya.
"Cow what?" Rayyan memandang Arfan.
Arfan memandangnya sebelum menjawab. "Couvade syndrome. Sympathetic pregnancy. It's normal," balas Arfan biasa. "Tapi make sure kau minum banyak air juga," sambungnya sebelum memandang pada Ayyara. "And for you.."
Ayyara menjongketkan keningnya.
"I'll refer you to an obstetrician," ujar Arfan biasa. "As for now, kau jaga diri. Jangan overwork, jaga stress level and make sure you eat and stay hydrated."
Ayyara menganggukkan kepalanya. "Okay."
Arfan menyandarkan badannya pada kerusi empuknya sambil matanya masih memandang pada Rayyan dan Ayyara silih berganti.
"What?" Rayyan menyoal, hairan dengan pandangan Arfan itu. Botol air di atas meja diambil dan air diteguknya perlahan.
"Minimize your sex activities during the pregnancy."
Tersedak Rayyan saat mendengar kata-kata daripada Arfan itu. "What?" Rayyan menepuk dadanya. Ayyara yang duduk di sebelahnya dipandang sekilas. Gadis itu turut terdiam. "Why should I?"
"I didn't ask you to stop. I said, minimize. You still can have sex but minimize it. Bila korang jumpa dengan doktor yang akan handle Ayyara during her pregnancy, make sure you ask about this. Either it's safe or not and what you should know about sex pregnancy."
Rayyan berdehem sejenak. "Arfan, you are really talking about sex with us?"
"I'm talking to you guys as a doctor. Not as your brother or brother in law and I'm not interested in your sex life." ujar Arfan biasa, langsung tidak terkesan dengan perbualan itu.
Rayyan dan Ayyara berpandangan sebelum masing-masing berdehem, membuang rasa janggal. Rayyan kembali memandang pada Arfan. "Noted that."
~
Kereta Rayyan berhenti di hadapan bangunan Edspired. Dia kemudiannya memandang Ayyara yang sudah membuka seatbelt yang membalut tubuhnya. "You sure you nak masuk kerja?" soalnya.
Ayyara memandang padanya dan mengukir senyuman kecil. "I okay, Rayyan. I ada banyak kerja dekat office, nak tak nak I kena masuk kerja juga."
"But you're pregnant."
"I know. Tapi sebelum I sarat, I should finish my work first. Nanti kalau I dah sarat, lepas tu bersalin, pantang pula, I need to take a long holiday."
"Tapi nanti you stress. Tadi abang you cakap apa? Jaga your stress level."
Ayyara menghelakan nafasnya. "Okay, I janji I tak stress sangat. I mean, as long as those Datuks tak buat masalah."
"I'll send them straight to underground if that's the case," ujar Rayyan serius, membuatkan Ayyara tergelak kecil. "I mean, who the fuck they think they are?"
"Tak boleh sayang. Nanti I nak dapat duit business daripada siapa?" ujar Ayyara sambil mencapai beg tangannya yang terletak di back seat. "I should go now," ujarnya sambil meraih tangan Rayyan, disalam dan dikucupnya lembut.
Rayyan mencium lembut dahi Ayyara dan turun ke bibir gadis itu. Dikucupnya ringkas dan dilumat lembut buat seketika. "Take care. I love you," ucapnya lembut setelah itu, mengundang senyuman manis daripada Ayyara.
"You want 'I hate you' or 'I love you too'?" usik Ayyara.
"The first one is so you."
"Then, I hate you, Rayyan," kata Ayyara lalu mengenyitkan matanya pada Rayyan sebelum memboloskan dirinya keluar dari dalam perut kereta. "See you later, husband."
"See you later too, wife." Rayyan hanya mengukir senyuman untuk isterinya. Matanya hanya memandang langkah Ayyara masuk ke dalam bangunan Edspired. Setelah memastikan gadis itu selamat masuk ke dalam bangunan Edspired, dia kembali memandu keretanya keluar dari perkarangan Edspired itu.
~
"Yan, kau tahu apa jadi dengan Mirella?"
Rayyan yang baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya di atas kerusinya mengangkat wajah memandang Naufal yang tiba-tiba masuk ke dalam ruang kerjanya. "Aku tahu kau CEO, Naufal tapi boleh tak kurangkan sikit perangai suka terjah bilik orang tanpa ketuk, tanpa salam tu?" sindir Rayyan, menjeling tajam pada Naufal yang sudah duduk di hadapannya.
Naufal tidak kisah. "Mirella. It's your doing, kan?"
Rayyan menjongketkan keningnya. "Mirella? Kenapa dengan Mirella?"
Naufal mengecilkan matanya. "Kau betul-betul tak tahu atau kau buat buat tak tahu ni?" Keningnya dijongketkan dan lengannya dilipatkan pada dadanya.
Rayyan geleng. "No, I don't know anything."
"The news of Mirella facing bankruptcy are over the Internet, Rayyan and you're telling me kau tak tahu apa-apa?" duga Naufal.
"I see.." Rayyan menyungging senyuman sinis. "Naufal, aku ada kerja lain selain daripada nak ambik tahu pasal Mirella. Lagipun, aku takde kaitan pun dengan diaorang."
"So kau nak cakap, tu bukan kerja kau?"
Rayyan tergelak. "Fal, you really think that I'll hack into everyone's system while having a morning sickness because my wife is pregnant?"
"I guess so," Naufal menjungkitkan bahunya. "Wait.." Naufal menjongketkan keningnya saat menyedari pemberitahuan indirect oleh Rayyan itu. "You're having a morning sickness? And what? Your wife is pregnant?"
"Again Naufal, if you thought that I'm joking, I'm not walking around telling those kind of jokes to everyone," balas Rayyan sarkastik.
"Dude!" Naufal tergelak.
Rayyan mengerutkan keningnya. "Kau dah kenapa?"
"I thought you guys baru kahwin for about two months?"
"Two months and 20 days."
Naufal tersenyum. "And here you are, telling me that your wife is pregnant? I'm impressed."
Rayyan menggulingkan biji matanya. "Is that a compliment?"
Naufal menjungkitkan bahunya sebelum bangkit dari kerusi. "I don't know. You tell me." Naufal mengetuk permukaan meja kerja Rayyan dengan jari-jemarinya. "Congrats on the pregnancy and welcome to the parenthood. Enjoy your time sebelum Ayyara bersalin."
"What does that even means?"
Naufal hanya menjungkitkan bahunya sebelum melangkah keluar. "Kau akan tahu bila Ayyara dah selamat bersalin."
"Naufal.."
"Good luck Rayyan."
"Nau.." Rayyan mengetap bibir. Nafasnya dihelakan sambil dia menyandarkan badannya pada kerusi. Jarinya mengetuk permukaan meja sambil cuba memikirkan sebab Naufal mengatakan itu kepadanya.
Beberapa ketika kemudian, kepalanya digelengkan, tidak mahu memikirkan itu.iPad di atas meja dicapai dan dihidupkan. Senyuman sinis terukir di bibirnya saat melihat headline news tentang kebankrapan Mirella. Matanya kemudian jatuh pada gambar Adam yang keluar dari mahkahmah dengan wajah yang tegang.
iPad di tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia memusingkan kerusinya itu untuk menghadap dinding kaca bilik pejabatnya itu. Senyuman sinis mekar di bibirnya.
"Put the blame on Noah Aidan, Mirella."
~
"I'm impressed." - halah tak yah nak impressed sangat lah Naufal 🤚
grrrr the urge to rewrite My Seducing Wife because I didn't do justice to my first couple, i mean, i could write better :(
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...