46: pregnant

49.7K 1.1K 47
                                    

"Macam mana dengan Arisha?"

Ayyara yang baru sahaja keluar dari bilik tidur Arisha menoleh pada Rayyan dan Ivan yang duduk di ruang tamu apartment milik Arisha itu. Nafasnya dihelakan sebelum dia melangkah ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Rayyan. Rayyan memeluk lembut bahu Ayyara. "She's okay?" soalnya lembut.

"She's not but she insisted that she's okay. She got a fever, mungkin sebab terkejut," jawab Ayyara. Dia menoleh pada Ivan yang hanya diam, duduk berhadapan dengan mereka. "Thanks Ivan sebab jaga Arisha malam tadi."

Ivan hanya mengangguk.

Rayyan mengerling juga pada Ivan sebelum kembali memandang pada isterinya. "You tak ajak Arisha duduk sekali dengan kita? I'm okay if she want to stay with us," beritahunya.

Ayyara geleng. "I dah ajak tapi dia tak nak. Dia tak nak susahkan both of us."

"She won't."

"I told her that too. Tapi dia tetap degil nak duduk sini juga. Dia cakap she's gonna be okay." Ayyara menghelakan nafasnya. Jari-jemarinya dimainkan dengan satu sama lain. "That is so Arisha, so independent. Even dah macam ni pun dia masih nak duduk seorang sebab tak nak menyusahkan orang lain. She always says she's okay even though she's not."

Rayyan menggengam lembut jari-jemari Ayyara.

"Sorry for disturbing but.."

Ayyara dan Rayyan serentak memandang pada Ivan yang tiba-tiba bersuara. Rayyan menjongketkan keningnya, tanda menyuruhkan kawannya itu meneruskan kata-katanya.

Ivan berdehem sekejap. "Since Arisha insists on staying here, how about a bodyguard?"

"A bodyguard?" Rayyan mengerutkan keningnya sebelum dia memandang Ayyara. "That's a good suggestion. Kita boleh upah bodyguard untuk jaga Arisha sementara polis buat kerja diaorang untuk tangkap pembunuh tu. So that both you and Arfan tak perlu nak risau sangat dengan Arisha. How about that?" soal Rayyan.

Ayyara diam sejenak sebelum membuka mulut, "tapi mana kita nak cari bodyguard yang we can fully trust in taking care of Arisha?"

"Right.." Rayyan turut sama buntu.

"How about me?"

Serentak, Rayyan dan Ayyara kembali menoleh pada Ivan. Rayyan menjongketkan keningnya. "You want to be Arisha's bodyguard? Seriously?" Rayyan seperti tidak mempercayai apa yang keluar dari mulut rakan baiknya itu.

Ivan menghelakan nafas dan mengangguk. "Yes. I'll protect her, no matter what it takes."

Rayyan senyum tipis sebelum mengangguk. Dia kembali memandang Ayyara. "There you go. A trustworthy person, I can guarantee you that."

Ayyara masih tunak memandang Ivan sebelum mengeluh, "fine." Nafasnya dihelakan. "Tapi you kena janji, you need to tell us as soon as possible if anything happens to Arisha," pinta Ayyara tegas.

Ivan mengangguk. "Sure."

~

"Kenapa Ivan tiba-tiba nak jadi bodyguard Arisha pula?"

Rayyan yang sedang memandu mengerling sekilas pada Ayyara yang duduk di sebelahnya. Mata gadis itu tunak memandangnya. "How I'm supposed to know?"

"You are his bestfriend."

"Ada kena-mengena ke?"

"Seriously, Rayyan?" Ayyara mengecilkan matanya. "I mean, you tak rasa dia macam tiba-tiba?"

"No."

"Really?"

Rayyan tergelak kecil. Tangan kirinya meraih tangan Ayyara dan digenggamnya sambil matanya masih pada jalan raya. "I don't know, sweetheart. Apa yang I tahu dan pasti, you should not worried about Arisha's safety anymore. I kenal Ivan tu lama dah. Bila dia cakap dia nak buat something, dia akan buat dengan betul-betul."

My Silent Temptation Where stories live. Discover now