Bunyi ketukan disusuli dengan bunyi pintu dikuak menyentakkan Ayyara yang sedang meneliti rekod kewangan Edspired. "Pa.." Ayyara segera berdiri saat melihat Megat Awatif melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya.
Megat Awatif melabuhkan punggungnya di hadapan Ayyara. "Duduk," arahnya.
Ayyara berdehem seketika sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi empuknya. "Papa kenapa datang office Yara?" soalnya. Kerana selalunya, Megat Awatif akan memanggilnya ke pejabatnya jika ada apa-apa yang hendak dibincangkan.
"Datuk Mikael call tadi."
Ayyara mengerutkan keningnya. "For what?"
Megat Awatif bersandar pada kerusi. "Dia suggest something."
"Apa dia?"
"Dia nak kahwinkan Adam dengan Yara."
"What?!" Ayyara membulatkan matanya. "Kahwin? Dengan Adam? What? Kenapa?" bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya.
"Yara tahu kan betapa besarnya pengaruh Datuk Mikael dan keluarga dia? And you are going to be the CEO of Edspired. Kalau kamu kahwin dengan Adam, there's a high possibility all of our investors yang tarik diri akan invest balik."
Ayyara mengetap bibirnya. "Pa, kan kita dah cakap yang kita akan cari investor baru.."
"Do you find it?"
Ayyara terdiam saat mendengar soalan itu.
"Exactly. You don't find it and you can't find it."
Translation: You are useless.
Megat Awatif menghelakan nafasnya. "Macam nilah Yara. Kalau kamu masih nak jadi CEO Edspired ni nanti, kamu kahwin je dengan Adam. I don't really care bila you guys nak kahwin. Even if you guys nak bertunang dulu ke apa, I don't care. As long as our investors are back to us. Or, I'll ask Arfan to get married with Clara Hanisa." Sengaja Megat Awatif menyebut nama Arfan kerana dia tahu Ayyara menyayangi Arfan dan Arisha lebih dari segalanya.
Ayyara mengerutkan keningnya. "Pa, Abang Arfan is married. What do you mean?"
"I don't care." Megat Awatif bangun dari duduknya. "Choose Ayyara. You or your brother," ujar Megat Awatif sebelum dia kembali keluar, meninggalkan Ayyara.
Ayyara meraup wajahnya. Rambutnya ditolak ke belakang. Dahinya dipicit.
"Kalau kamu masih nak jadi CEO Edspired ni nanti, kamu kahwin je dengan Adam."
"Or I'll ask Arfan to get married with Clara Hanisa."
"Choose Ayyara. You or your brother."
Ayyara memandang bingkai gambar yang memaparkan gambarnya dengan Arfan dan Arisha. Bibirnya diketap. Matanya jatuh pada wajah Arfan sebelum dipejamkan buat seketika.
"I don't deserve you but I'm taking you anyway because from this point, you are mine."
Ayyara kembali membuka matanya saat suara Rayyan kembali terngiang di telinganya.
"We are not friends. You cuma kawan pada abang I. Itu je. Nothing more, nothing less. So tak perlu nak act like we are friends or lebih daripada tu cause we are nothing."
"After what I have told you?"
"That changes nothing, Rayyan. I lagi prefer kita anggap that night and that conversation between us tak terjadi."
Ayyara menekup wajahnya. Tidak kira betapa inginnya dia melupakan apa yang berlaku antaranya dan Rayyan pada malam itu, dia masih tidak mampu membuang memori yang satu itu. Suara Rayyan dan sentuhan hangat Rayyan masih lagi menghantuinya hingga sekarang. Ayyara menghelakan nafasnya.
YOU ARE READING
My Silent Temptation
RomanceRayyan Ziqri - seorang kaki perempuan yang terkenal dengan mulut manis dan wajahnya yang kacak sehingga tiada sesiapa yang dapat menolak lelaki itu jauh daripada mereka. Namun begitu, saat mereka mengambil keputusan untuk mengikut lelaki itu ke atas...