49 : groveling

42.9K 1K 42
                                    

"I swear to God, I'll kill him for making you like this."

Ayyara mengangkat wajahnya daripada permukaan meja untuk memandang Arisha yang berdiri di hadapannya, bercekak pinggang. Nafasnya dihelakan. Kerana tidak tahu hendak ke mana; sekiranya dia muncul di hadapan rumah Arfan and Airis, Arfan semestinya tidak akan membiarkan dia bersikap seperti budak-budak seperti ini; maka, dia mengambil keputusan untuk datang ke rumah yang diduduki oleh Arisha.

"Akak je yang emosi lebih. Betullah apa dia cakap tu. Emosi, suka marah. Dia mesti penat layan akak."

Arisha menggulingkan biji matanya. "You're absolutely wrong. Akak pregnant kot! Anak dia lagi tu! Should us remind him yang dia penyebab akak jadi macam ni? Please lah, all these man.. grr.." Arisha jadi gumam hendak mencari perkataan yang sesuai.

Mata Ayyara terkebil-kebil memandang wajah Arisha yang naik merah, akibat geram dan marah. Mungkin. Tetapi ini kali pertama dia melihat Arisha hilang kawalan terhadap emosinya sendiri. "Ari, you're okay?  Kenapa marah sangat ni?"

Arisha berdehem sambil menyelak rambutnya ke belakang. Kerusi di hadapannya ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya. Sejak-sejak hidupnya 'dikawal' ketat oleh Ivan sekarang, emosinya juga sudah mulai tidak stabil kerana jejaka itu sering sahaja membuatkannya naik angin.

Ting!

Bunyi loceng pintu rumah ditekan jelas kedengaran. Arisha dan Ayyara berpandangan sebelum Arisha bangkit dari duduknya. "Biar Ari pergi tengok. Akak kalau penat boleh masuk bilik rehat tau," ujar Arisha lembut sebelum dia mengatur langkah untuk membuka pintu rumah.

Pintu rumah dibuka dari dalam. Seperti yang sudah Arisha agak; Rayyan berdiri di hadapannya sekarang. Tanpa menjemput pun Rayyan masuk, Arisha berpeluk tubuh sambil matanya tajam pada abang iparnya itu; salah seorang penyebab dia terperangkap dalam kawalan seorang Ivan.

"Your sister ada?" soal Rayyan tanpa mempedulikan pandangan tajam dan wajah dingin yang ditunjukkan oleh Arisha.

"No."

Rayyan menyungging senyuman sinis. "And her car is nicely parking situ and yet you cakap dia takde?" Keningnya dijongketkan sebelah.

Arisha mengerling pada kereta yang dipandu oleh Ayyara tadi. "So what if dia kat sini sekalipun?"

"You have no right to hide my wife. Now bagi abang jumpa dia." Rayyan sudah mengambil langkah untuk menerjah masuk namun Arisha lebih pantas menghalang. Rayyan mengetap bibir.

"Dengan keadaan Kak Yara macam tu, Ari tak rasa yang dia nak jumpa abang. So, why not abang balik rumah?" tutur Arisha, terang dan jelas.

"Keadaan dia macam mana?! Is she sick?"

"Yes, she's sick of you. So please go away."

Rayyan mengetap bibir bawahnya. Matanya tajam memandang wajah Arisha. "Arisha, I'm not in the mood untuk main.."

"Too bad, I'm not playing around," potong Arisha biasa.

Rayyan mengepal penumbuknya. "Arisha, please step aside or I'll.."

"I dare you to finish the sentence, Rayyan."

Kedua-dua kepala menoleh pada Ivan yang melangkah ke arah mereka dengan tangan kirinya di letakkan di dalam poket seluarnya dan tangan kanannya memegang telefon. Matanya tajam menikam wajah Rayyan dengan wajah tenangnya.

Rayyan menghelakan nafasnya dengan geram.

"Kau buat apa kat sini?" soal Ivan biasa. Matanya mengerling pada Arisha yang berdiri diam di hadapan pintu.

"My wife dalam rumah ni and your fucking princess halang aku daripada jumpa wife aku sendiri. Is that clear enough?" Rayyan mengetap rahangnya.

Ivan menoleh pada Arisha. "What are you doing?" soalnya tenang.

"Saya.."

Tanpa menunggu Arisha menghabiskan ayatnya, lengan gadis itu ditariknya, agar gadis itu bergerak daripada hadapan pintu, menghalang laluan untuk masuk ke dalam rumah itu. Dia kemudiannya memandang Rayyan. "Masuk."

Membulat mata Arisha saat mendengar sepatah kata itu keluar dari bibir Ivan. "Ivan!"

"Their business is not your business. Stay away from it," tutur Ivan sambil matanya tajam menikam anak mata coklat milik gadis itu.

Arisha mengetap bibir. Tangannya direntap kuat daripada genggaman Ivan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Ivan hanya memandang langkah gadis itu sebelum dia kembali memandang pada Rayyan. "What?" soalnya bila jejaka itu terus-menerus memandangnya.

Rayyan geleng bersama senyuman kecil tetapi penuh maknanya. "Nothing, just interested." Kasutnya ditanggalkan. "Anyway, thank you."

"Rayyan."

Rayyan kembali menoleh pada Ivan. Keningnya dijongketkan, tanda menyuruh Ivan meneruskan kata-katanya.

"Don't even thinking of saying the f word again in front of Arisha. She deserved better than that."

~

"Sweetheart."

Rayyan membuka pintu bilik, di mana Ayyara sedang duduk bersila di atas katil. Ayyara mengangkat mukanya untuk memandang Rayyan sehinggalah jejaka itu melabuhkan punggung di hadapannya. Rayyan menghelakan nafasnya dan tangannya meraih lembut tangan Ayyara.

"My Puteri Ayyara, my sweetheart, my angel.."

Ayyara mengerutkan keningnya mendengar itu. "What's wrong with you?"

"Hmm.." Rayyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Suddenly I'm suck at groveling. "Sweetheart, listen." Rayyan mengenggam lembut jari-jemari Ayyara sebelum kembali besuara, "I minta maaf sangat for being such an ass, a stupid one while at it. But please don't get me wrong. I tak pernah penat pun layan you." Tangan Ayyara dibawanya ke mulut dan dikucup lembut. "I cintakan you Ayyara, really and truly. I'll do anything for you. So please, I tak nak you hilang dari mata I even untuk sesaat pun," Rayyan menatap anak mata Ayyara.

Ayyara memandang tautan tangan mereka. "I'm sorry Rayyan. I know I'm being an ungrateful bitch.."

"You're not a bitch," potong Rayyan.

Ayyara senyum kecil. "But I'm an ungrateful wife.."

"No, you're not."

"Rayyan, bagi I cakap habis boleh tak?" Naik geram Ayyara bila Rayyan tidak habis-habis hendak memotong kata-katanya, mengundang tawa kecil daripada Rayyan.

"Sure, sweetheart. What is it?"

Ayyara menjeling tajam pada Rayyan sebelum dia kembali menyambung kata-katanya tadi, "I tahu sejak I pregnant ni, a lot of my actions are questionable. Tapi.." Ayyara menghelakan nafasnya. "I pun benci dengan diri I sebab jadi macam ni. I can't control myself, I can't control my emotions. So," Ayyara mengangkat wajahnya untuk memandang Rayyan. "I'm sorry Rayyan sebab banyak susahkan you. I banyak naik suara dengan you when I know I should not."

Rayyan senyum kecil. Tanpa kata, bibirnya mengucup lembut bibir Ayyara buat seketika. Ibu jarinya mengelus lembut pipi mulus isterinya itu. "Sweetheart, out of many things in the world, I tak nak you minta maaf just because you are pregnant. I tak nak you blame yourself for being emotional unstable. Instead, I want you to talk to me about it. Help me to understand you, help me to help you in this journey. Please remember you are never alone in this. You ada I, Ayyara. So if something bother your mind or if you nak anything sekalipun, please tell me. I'll be really mad if you can't satisfied your cravings because you tak nak susahkan I. Baby ni," Rayyan mengusap lembut perut Ayyara. "Baby kita. Apa-apa pun you kena hadap sepanjang you pregnant ni, I pun kena hadap sekali."

Senyuman terukir di bibir Ayyara saat mendengar kata-kata itu. Kepalanya dianggukkan. "Thank you Rayyan."

Rayyan senyum sama. "Come here," tangannya didepakan dan tanpa kata, Ayyara terus memeluk erat tubuh sasa suaminya. Dahi Ayyara dikucupnya lembut sambil tangannya mengusap lembut belakang badan isterinya.

"I love you, Rayyan. I really do."

~

More spoiler for our Ivan and Arisha !!

My Silent Temptation Where stories live. Discover now